Friday 21 June 2013

Buku rujukan bagi subjek OB/GYN


بسم الله الرحمن الرحیم


Assalam alaykum semua, 

Berikut merupakan senarai buku rujukan saya semasa OB/GYN rotation.

1. Obstetrics, Gynaecology and Women's Health  O'Connor and Kovacs - bought online USED for $AUD10

Ulasan: Baik sebagai bacaan asas untuk permulaan; menggunakan bahasa mudah; penjelasan ringkas berkenaan fungsi asas diselitkan, isi kandungan lebih cenderung kepada klinikal; gambarajah yan terhad dan tidak bewarna warni; statistik dan "public health" atau kesihatan masyarakat umum adalah dari pandang sisi sistem kesihatan Australia

2. Essentials of Obstetrics and Gynaecology Hacker and Moores- Bought in store NEW

Ulasan: Gambarajah yang banyak dan bewarna warni; kandungan dibahagikan kepada beberapa bahagian- introduction-obstetrics-gynae-gynaeoncology; memuatkan lebih fungsi asas (basic physiology), statistik dan maklumat yang lebih terkini, berasaskan sistem kesihatan Amerika. Buku yang bagus!

3. Oxford Handbook of Obstetrics and Gynaecology - Bought in store NEW for MYR109.90


Ulasan: Sesuai untuk rujukan pantas, ringkas dan padat di wad atau klinik. Maklumat ditulis dalam "dot point" dan tiada penjelasan panjang lebar. Tidak sesuai sebagai buku rujukan utama.

4. Case files Obstetrics and Gynaecology Toy et al - Bought online USED for $AUD15

Ulasan: 60 kes pendek yang lazim dijumpai. Penjelasan padat berkenaan kes dan cara menanganinya di wad. Sesuai sebagai latihan tubi dan memperkuat ingatan! 4-5 soalan MCQ's beserta "clinical perals" atau butir penting dalam aspek klinikal diselitkan di bahagian akhir setiap kes

5. Core clinical cases Obstetrics and Gynaecology - Bought online for NEW $AUD25.57
Ulasan: Kes lazim . Latih tubi untuk peperiksaan bertulis dan  latihan amali sesuai untuk OSCE


Sekian, semoga bermanfaat!


0 comments:

Post a Comment