Friday 21 February 2014

Orthopaedics- Jabatan sakit tulang dan sendi?

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua

Saya baru sahaja menamatkan penempatan di wad orthopaedics (berkaitan tulang dan sendi). Sebelum saya memasuki unit saya menjangkakan ianya satu bidang kepakaran yang paling tidak diminati dan membosankan. Manakan tidak, kebanyakan doktor-doktor memandang enteng akan pakar orthopaedics. Walaubagaimanapun, pengalaman saya di unit ini mengubah pandangan saya pada bidang ini. Sebenarnya doktor yang memupunyai kepakaran ini mahir dalam anatomy dan neurology (saraf), 2 subjek yang boleh dikira sukar untuk dikuasai bagi pelajar perubatan!

Menariknya, bidang kepakaran ini didominasi orang doktor lelaki. 95% doktor adalah lelaki manakala 100% pakar adalah lelaki di sini. Apabila saya masuk ke bilik bedah, saya semakin faham kenapa lelaki amat meminati bidang ini. Pembedahan orthopedics selalunya mengambil masa yang lama berbanding pembedahan lain (umum). Selain itu, ia menggunakan pelbagai skru, plate, tukul, driller dan banyak lagi alatan canggih lain. Teknik pembedahan juga memerlukan kekuatan fizikal untuk menarik dan meluruskan sendi yang bermasaalah (apalagi sekiranya pesakit berbadan gempal). Jika pembedahan memasang sendi besi pula memerlukan anda menukul, menekan yang rasanya kurang diminati doktor wanita. Kadang-kadang saya merasakan secara teknikalnya, pakar orthopaedics ini seperti mekanik dan tukang kayu pun ada (ops jangan marah).

Pada minggu ke-2 saya di sini, terdapat seorang pakar ortopedik wanita datang sebagai locum (sementara) untuk 2 minggu. Saya secara peribadi amat kagum dengan kekentalan dirinya dalam bidang ini kerana bukan mudah apabila semua rakan sekerja adalah lelaki yang masing2 mempunyai ego yang tinggi.


Terdapat begitu banyak kes yang saya pelajari di unit ini, terutamanya berkaitan dengan sendi-sendi, patah tulang dan penyakit tulang seperti osteoporosis yang begitu banyak di sini.

Kes lazim di hospital

Kes patah tulang adalah suatu kelaziman. Jika orang muda selalunya berkaitan dengan tulang di tangan, dan kaki akibat dari kecedaraan bermain sukan seperti bola sepak, bola baling dan sebagainya. Sekiranya pesakit mengalami kemalangan, mereka akan patah pelbagi tulang, iaitu seperti tulang peha, tangan, belakang dan pinggul. Pada golongan emas pula, mereka lebih cenderung patah tanpa perlu ada sejarah kecederaan/jatuh mahupun aktiviti lasak. Ini berlaku terutamanya pada wanita yang telah menopause dan mempunyai diet yang kurang kalsium dan vit D. Tidak kurang juga ada 2 pesakit yang cuba membunuh diri dengan terjun bangunan. Malangnya usaha mereka hanya menyebabkan patah tulang yang amat kecil jadi, tidaklah menyebabkan kematian malahan akan menyebabkan kesakitan yang berpanjangan (chronic). 

Selain itu, sakit yang selalu dijumpai ialah sakit belakang yang berpanjangan. Terdapat pelbagai sebab sakit belakang boleh berlaku tetapi selalunya ianya disebabkan penggunan otot yang salah semasa mengangkat beban/berat yang dilakukan secara berulang semasa muda. Nah, kesannya semasa seseornag itu berusia. Selain itu ada juga yang mengalamai osteoarhtritis (radang sendi akibat penggunaan/usia) yang mennyebabkan saluran yang memuatkan saraf tunjang di tulang belakang menjadi sempit lalu merangsang saraf yang berkenaan. Ada juga satu kes, di mana lelaki muda ini mendapat jangkitan ruang antara tulang belakang yang dikenali sebagai discitis. Pesakit akan melaporkan rasa sakit yang teramat setiap masa, Sungguh kesemua kes ini membuat kita sedar betapa nikmatnya mempunyai sendi dan tulang yang sihat dan masih berfungsi dengan baik tanpa kesakitan! 



Tips posting ortho untuk pelajar

Bagi pelajar perubatan, sila lihat video ini untuk mempelajari berkenaan cara melaporkan X ray secara verbal:



Saya mendapati penerangannya adalah mudah dan bagus untuk permulaan.  Selain itu sila lihat website Radiology Masterclass untuk mengenal pasti anatomy di filem X ray. 

Secara ringkasnya untuk unit ini, ada beberapa perkara asas yang saya rasa mesti dipelajari:

1. Mengambil history (sejarah) untuk mengetahui bagaimana kecederaan telah berlaku dan menilai impak kecederaan tersebut. 
2. Melakukan pemeriksaan otot, dan neuro untuk menilai fokus kecederaan dan sejauh mana kecederaan merosakkan saraf dan otot terlibat
3. Memesan investigations atau ujian yang betul di awal admission. Contohnya. ulangan  X ray, 2 views, 4 joints dan sebagainya
5. Mengesan patah tulang di X ray, atau ligamen di MRI
6. Prinsip rawatan orthopaedics: resuscitation, reduce, restraint, rehab
7. Mengakui dan menggunakan khidmat physiotherapist untuk mempercepat penyembuhan
8. Melakukan trauma survey
9. Membuat plaster - fibre glass dan plaster of paris
10. Mengetahui nutrien/supplemen tambahan untuk pesakit
11. Bersiap siaga untuk menghadapi kesan selepas pembedahan seperti jangkitan, prosedur yang gagal dan delirium (terutamanya pesakit berumur)
12. Menjadi jurucakap antara pakar dan pesakit


Buku rujukan pula saya menggunakan 
1. Toronto's notes- orthopaedics- saya suka kerana notanya straight to the points dan lengkap
2. Pocket book of orthopedics and fractures- Saya rasa terlalu dense dan tidak berapa sesuai untuk pelajar
3. Oxford handbooks orthopaedics and trauma- Sangat ringkas dan hanya sesuai rujukan pantas atau bacaan ringan
4. Orthopaedics assessment - Buku ni dicetak sekitar tahun 1980an. Saya meminjam buku ini di perpustakaan tetapi amat menarik bagaimana penulis melihat orthopedics dari kacamata yang agak berlainan. 
5. Appleys ortho - disarankan oleh universiti tapi saya tidak membelinya kerana saya tidak saya tidak suka cara maklumatnya disusun.

Tips untuk pesakit

1. Jika anda patah tulang dan dipakaikan plaster aka simen, selalu gerakkan jejari anda supaya darah mengalir. Jangan menebuk, memasukkan bendasing atau menggerakkan sendi ynag terlibat kerana tugas simen itu untuk tulang anda berehat dan berada dalam keadaan neutral supaya ia boleh menyambung bahagian yang patah dengan baik. 
2. Sejurus simen dibuka, jika ia melibat bahagian kaki anda perlu beransur -ansur berdiri dan menggunakan kaki yang terlibat.
3. Urutan aka physiotherpy amatlah penting kerana otot-otot yang tercedera membentuk parut di dalam. Jika anda tidak mengurut ataupun menggerakkan sendi ynag terlibat terlalu lama anda akan merasa "cramp" . Urutan berfungsi me"ngurai"kan parut tersebut


4. Supplemen tambahan seperi zink dan multivitamin selalunya disarankan oleh pakar

Sekian, semoga bermanfaat!