Showing posts with label Textbook Reviews. Show all posts
Showing posts with label Textbook Reviews. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

Bahan rujukan Opthalmology untuk pelajar perubatan

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua


Bagi pelajar yang sedang atau akan membuat latihan di unit mata, di sini saya titipkan beberapa cara belajar supaya pengalaman anda di unit ini lebih bermanfaat dan bermakna

1. Buku teks

Rotation ini agak ringan pada saya. Selain kes yang tidak sebanyak pembedahan am, unit ini amat menarik sebenarnya. Saya mempunyai masa untuk benar-benar belajar berkenaan mata. Yela, sebelum ini di universiti, subjek mata macam tak dipentingkan sangat dan tiada kelas yang benar-benar mengajar tentang mata.

Saya amat menyarankan pelajar perubatan membaca buku ini:

Manual for eye examination  and diagnosis Leitman



SBuku ini hanyalah 126 muka surat, bewarna dan amat mudah dibaca. Daripada buku ini saya belajar bagaimana memmeriksa mata seseorang. Dimuatkan tentang slit lamp exam, prism, dan wirt stereopsis

General opthalmology Vaughan Asbury's


Buku ini lebih kepada pathophysiology. Hnaya beberapa muka surat yang bewarna. 

2. Laman web/ youtube

Saya jatuh cinta dengan laman web ni selepas lihat comparative eye anatomy oleh doktor Tim Root ini. Sangat hebat

Opthobooks





Sekian Semoga bermanfaat!






Saturday, 7 September 2013

Buku rujukan untuk penempatan wad Kanak-kanak

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم        


Assalamu alaykum

Seperti biasa saya ingin kongsikan buku yang saya guna semasa di wad kanak-kanak

1. Core clinical cases Paediatrics Bought online for AUD25





Buku ini sangat bagus kerana menulis point-point penting untuk sesuatu penyakit. Penyakit ynag dimuatkan pula adalah yang lazim dijumpai di hospital. Bacaan yang ringkas, mudah dibaca dan sesuai sebagai bacaan awal. Harus diingat buku ini diterbitkan di UK jadi jadual vaksinnya mengikut negara berkenaan.

2. Royal Children Hosp Melbourne Paediatric Handbook library loan, bought online for AUD 34?




Sesuai untuk rujukan pantas semasa dalam wad. Kecil, mudah dibawa dan bagus untuk pelajar perubatan local kerana berasaskan sistem kesihatan australia. 95% isi klinikal - bagaimana mahu mengurus pesakit dengan pelbagai presentation/masalah.

3. Paediatric skills - nursing  Library loan

Saya amat suka buku ini kerana penjelasan menggunakan bahasa pendek dan mudah sesuai untuk jururawat kanak-kanak. Tapi sebab utama ia bagus untuk pelajar perubatan ialah ia mengajar teknik/ cara memeriksa bayi/kanak-kanak dengan lebih baik, ringkas dan terperinci. Sangat bagus untuk memperbaiki teknik memeriksa kanak-kanak. 

4. Paediatric clinical skills Library loan




Buku ini juga seronok untuk dibaca kerana lebih bersifat personal. Penulisnya seakan-akan berkata-kata dengan anda dan tips-tips diberikan berpandukan pengalaman penulis sebagai pakar dalam bidang ini. Sesuai untuk melengkapi pengetahuan medikal yang didapati daripada buku paediatric skills-nursing diatas. Bacaan ini menjadi lebih bermakna apabila anda membandingkan ilmu dan tips yang diberikan dengan pemerhatian semasa di wad.

5. Case files Paediatrics Bought online used AUD10







Seperti biasa siri case files ini merupakan pilihan saya. 60 kes penting di wad boleh dipelajari dengan mudah dan menarik berbanding membaca buku teks tebal biasa. Rawatan/pengurusna yang disarankan adalah daripada skop besar dan tidak spesifik. Contoh antibiotik jenis amoxycillin oral tapi tidak dinyatakan dosnya.  Mengikut sistem kesihatan Amerika syarikat. 5 bintang!

6. Illustrated textbook of paediatrics Bought in store RM 200?



Buku ini bewarna warni, dan tidak mempunyai penjelasan yang berjela. Sesuai untuk rujukan penyakit tetapi bukan untuk pengurusan klinikal. Saya jarang menggunakan buku ini kerana tidak sempat. Kesimpulannya, biasa sahaja bagi saya.


7. Nelson textbook of paediatrics Bought in store RM200?



Buku ini tebal dan seperti buku rujukan medical tetapi dalam konteks kanak-kanak. Saya rasa hanya sesuia untuk rujukan sekali-sekala dan tidak berapa produktif dan time-effective untuk pelajar klinikal.

8. Diseases of children Library loan 



Buku ini kecil dan amat menarik hati kerana gaya bahasa yang klassik. Buku ini diterbitkan pada tahun 1945 dan rawatan ubatannya nyata berbeza dengan sekarang. Walaubagaimanapun penjelasan dapatan  tanda-tanda klinikal (signs) pada pesakit mengajak saya berfikir dari sudut yang berbeza lantas mengubah cara saya memandang sesuatu penyakit. Setelah saya membaca beberapa helaian daripada buku ini saya merasakan buku-buku rujukan kanak-kanak sekarang terlalu overloaded sehingga terlepas menekankan point-point utama yang sebenar. 

Sekian, semoga bermanfaat

Sunday, 28 July 2013

Buku rujukan untuk subjek Psychiatry

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamu alaykum semua


Jika sebelum ini saya kongsikan senarai buku rujukan untuk OB/GYN kali ini saya nak maklumkan berkenaan buku rujukan untuk rotation Psikiatri (kesihatan mental)

1. Foundations of Clinical Psychiatry Bought used from Ebay au for $AUD20



Buku ini adalah teks yang disarankan oleh universiti saya. Saya membeli buku ini agak lewat tetapi sebelum saya memulakan rotation kali ke-2. Pada pendapat saya buku ini sesuai sebagai bacaan permulaan kerana ia memberi penjelasan yang mudah difahami. Ianya tidak berwarna warni dan tidak pula ditulis dalam bentuk dot points. Walaubagaimanapun ia mempunyai penjelasan yang membuatkan anda lebih memahami sesuatu konsep berbanding jika hanya membaca nota kaplan semata-mata dahulu. Jadi, jika selepas membaca nota ringkas anda masih tidak memahami berkenaan sesuatu topik, buku ini mungkin mempunyai penjelasan yang anda cari.

2. Kaplan and Sadocks Pocket Handbook of Clinical Psychiatry Bought in-store for RM186



Mulanya saya tidak menyukai buku ini kerana terlalu seperti buku nota dan saiznya yang kecil menjadikan buku ini tebal dan tidak "sedap" untuk diselak. Saiz tulisan juga kecil berbanding biasa. Tetapi selepas saya membaca buku dia atas dan merujuk kepada buku ini, buku ini sebenarnya saling melengkapi, padat, ringkas dan sangat sesuai untuk dijadikan buku rujukan pantas utama. Kesimpulannya buku yang bagus

3. Core Clinical Cases of Psychiatry Bought online from Bookdepository for AUD25



RIngkas dan sesuai untuk memory recall bagi peperiksaan amali dan bertulis. Sesuai dengan tajuk buku ini, hanya kes utama untuk OSCE sahaja di muatkan dalam siri ini. Satu lagi, buku ini tipis sahaja! 3.5 bintang

4. Case files Psychiatry Bought online for AUD10



Terdapat 60 kes menarik beserta maklumat tambahan dan soalan aneka pilihan di setiap akhir kes. Buku ini lebih padat berbanding core clinicals of psyhciatry. Lebih sesuai untuk rujukan ujian bertulis dan mcqs.


Baiklah semoga bermanfaat!




Friday, 21 June 2013

Buku rujukan bagi subjek OB/GYN


بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم


Assalam alaykum semua, 

Berikut merupakan senarai buku rujukan saya semasa OB/GYN rotation.

1. Obstetrics, Gynaecology and Women's Health  O'Connor and Kovacs - bought online USED for $AUD10

Ulasan: Baik sebagai bacaan asas untuk permulaan; menggunakan bahasa mudah; penjelasan ringkas berkenaan fungsi asas diselitkan, isi kandungan lebih cenderung kepada klinikal; gambarajah yan terhad dan tidak bewarna warni; statistik dan "public health" atau kesihatan masyarakat umum adalah dari pandang sisi sistem kesihatan Australia

2. Essentials of Obstetrics and Gynaecology Hacker and Moores- Bought in store NEW

Ulasan: Gambarajah yang banyak dan bewarna warni; kandungan dibahagikan kepada beberapa bahagian- introduction-obstetrics-gynae-gynaeoncology; memuatkan lebih fungsi asas (basic physiology), statistik dan maklumat yang lebih terkini, berasaskan sistem kesihatan Amerika. Buku yang bagus!

3. Oxford Handbook of Obstetrics and Gynaecology - Bought in store NEW for MYR109.90


Ulasan: Sesuai untuk rujukan pantas, ringkas dan padat di wad atau klinik. Maklumat ditulis dalam "dot point" dan tiada penjelasan panjang lebar. Tidak sesuai sebagai buku rujukan utama.

4. Case files Obstetrics and Gynaecology Toy et al - Bought online USED for $AUD15

Ulasan: 60 kes pendek yang lazim dijumpai. Penjelasan padat berkenaan kes dan cara menanganinya di wad. Sesuai sebagai latihan tubi dan memperkuat ingatan! 4-5 soalan MCQ's beserta "clinical perals" atau butir penting dalam aspek klinikal diselitkan di bahagian akhir setiap kes

5. Core clinical cases Obstetrics and Gynaecology - Bought online for NEW $AUD25.57
Ulasan: Kes lazim . Latih tubi untuk peperiksaan bertulis dan  latihan amali sesuai untuk OSCE


Sekian, semoga bermanfaat!


Tuesday, 18 June 2013

Hari Pertama OBYGYN

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم


Assalam alaykum semua, 


Pada hari pertama, kami berempat diperkenalkan kepada ahli "pasukan" OBYGYN. Oleh sebab kebanyakan doktor pakar sedang bercuti, hanya tiga daripada empat pelajar  mendapat doktor pakar sebagai "supervisor" atau penyelia. Kali ini, saya ditempatkan di bawah penyeliaan Senior Registrar.

Gambar: Diambil daripada ACM

Seperti sebelumnya, kami diberikan orientasi mengenai selok belok wad, klinik, bilik rehat dan sebagainya. Seterusnya, "midwive educator" atau cikgu bidan terlatih (memiliki ijazah sarjana universiti) mengajar kami teknik memeriksa kedudukan bayi (abdo palpation) dan mengagak bahagian bayi yang berada di ruang pelvis ( tiada terjemahan dalam bahasa melayu tetapi dalam bahasa mudah ialah lingkungan bahagian badan yang meliputi tulang pinggul ke kawasan kemaluan) Seterusnya kami diberi tutorial ringkas mengenai proses kelahiran normal dalam konteks klinkal. Keseluruhan sesi orientasi mengambil masa dua jam setengah sahaja. 

Gambar: Leopold manouver diambil daripada Merck's manual


Untuk pengertahuan, menariknya di hospital ini, pelajar perubatan dianggap sebagai "agak setaraf" dengan doktor bertauliah. Sebabnya kami diberi pager setiap satu supaya mudah dihubungi, diberi akses persendirian sistem maklumat "online" dalaman hospital  termasuk nota pesakit, keputusan radiograf, USS dan sebagainya, sistem preskripsi ubat-ubatan mahupun jadual waktu bedah. Kami juga diberi akses untuk sistem maklumat luar bandar serta semua kelebihan akses perpustakaan dan database hospital kerajaan di sini. Hebat bukan! Jadi,  di jabatan ini kami diberi akses secara  percuma bagi "perinatal pack" di  website ini : http://www.intellilearn.com/ yang bernilai $125 AUD atau dalam MYR 375 setahun. "Inilah kelebihan belajar di negara maju " detik hati saya. Pada rakan-rakan lain yang mahukan akses percuma berkenaan asas fetal surveillance bolehlah melayari website ini RANZCOG FESP . 

 Rasanya cukupla sampai sini, sampai jumpa lagi