Friday 27 September 2013

Tips bertutur dalam bahasa inggeris

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم    


Assalamualaykum pembaca semua,


Acapkali saya ditanya oleh adik-adik bagaimana mahu menguasai dan bertutur dalam bahasa inggeris dengan lancar dan fasih hampir kepada tahap "native speakers". Jawapannya tidak ada jalan singkat melainkan usaha, usaha dan usaha. Sungguhpun begitu usaha yang semacam mana yang boleh anda lakukan? 

Ketetapan/ rules mempelajari bahasa

Sebelum anda mempelajari mana-mana bahasa terdapat beberap "rules" atau ketetapan yang mesti anda fahami:

Pertama, setiap bahasa ada tiga komponen berbeza. Pendengaran, percakapan dan penulisan. Jika anda hebat menulis tidak bermakna anda hebat berkata-kata. Begitu juga jika anda hebat mendengar tidak bermakna anda hebat menulis. Justeru, adalah penting anda belajar dengan tiga cara. Mendengar, menulis dan berkata-kata.

Keduadalam konteks tatabahasa aka grammar, umumnya bahasa di dunia ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu bahasa yang mempunyai "tenses" iaitu berubah perkataan atau bunyinya mengikut waktu seperti sekarang, akan datang dan yang telah lepas. Sebagai contoh dalam bahasa inggeris perkataan bagi minum apabila dikatakan dalam konteks sekarang ialah drink dan akan menjadi drank jika telahpun lepas (telah minum). Bahasa lain yang mempunyai tenses sebegini adalah bahasa arab. Bahasa melayu tiada tenses jadi agak sukar untuk penutur bahasa melayu memahami konsep tense ini kerana perkataan dan bunyi langsung tidak berubah mengikut waktu ia dilakukan.

Ketiga, setiap bahasa yang mempunyai penyusunan perkataan yang tersendiri dalam pembinaan ayat. Sebagai contoh, bahasa inggeris akan mendahulukan adjektif atau "sifat" sebelum menyebut sesuatu benda. Lantas, beg yang bewarna merah akan disebut "red bag" berbanding "bag red" yang tidak wujud samasekal dalam bahasa inggeris. Justeru, adalah menjadi kesalahan besar apabila anda mengalih sesuatu bahasa bulat-bulat  kepada bahasa yang lain. 

Keempat, tidak semua perkataan dalam sesuatu bahasa wujud dalam bahasa yang lain. Banyaknya perkataan itu bergantung kepada budaya atau culture/lifetsyle penutur bahasa tersebut dan kemajuan ilmu penuturnya. Sekarang bahasa inggeris ialah bahasa ilmu. Jumlah perkataannya berkembang sekian hari dalam segala cabang ilmu berbanding bahasa melayu yang masih terhad dan agak ketinggalan. Contoh perkataan "pancreas" iaitu salah satu organ dalaman badan tidak boleh diterjemah menjadi sesuatu yang lain dalam bahasa melayu kerana tidak wujud perkataan ini dalam bahasa melayu. Berlainan pula dengan "liver" atau "heart", masing-masing boleh diterjemah degan mudah kepada "hati" dan "jantung" dalam bahasa melayu.   Sebaliknya, dalam bahasa melayu, beras disebut sebagai "rice" dalam bahasa inggeris. Jika beras itu telah dimasak kita memanggilnya "rice" juga dalam bahasa inggeris. Walaubagaimanapun, dalam bahasa Melayu, beras yang telah dimasak disebut "nasi". Nah, bahasa inggeris tiada perkataan bagi nasi!

Tips daripada seorang pelajar kepada pelajar

Di sini ingin saya kongsikan tips pendek bagaimana saya belajar bertutur bahasa inggeris pertutuan secara berstrategi.

1. Gunakan google translate
Terjemahkan perkataan bahasa inggeris yang anda kurang pasti pada google translate dan terjemahkan kepada bahasa indonesia dan kemudiannya kepada bahasa melayu jika anda masih tidak memahaminya. Ini kerana, terjemahan kepada bahasa indonesia adalah lazimnya lebih tepat. 


2.  Belajar  menggunakan frasa pendek dan ayat

KIta sering diajar menghafal perkataan -perkatan baru aka vocabulary. Tetapi apalah gunanya maksud perkataan tanpa mengetahui cara penggunaannya. Jadi, jika anda mendengar sesuatu perkatan baru, dengarkan bagaimana ianya digunakan (atau cari ayat contoh di internet bagaimana perkataan itu digunakan). Contoh perkataan "horrendous" bermaksud teruk sekali/dahsyat.  Jadi google  "horrendous in a sentence" ataupun anda boleh sahaja gunakan laman Your Dictionary untuk mencari ayat contoh bagi perkataan tersebut. Contoh the service and attitude of the staff was absolutely horrendous "Jadi, tuliskan maksud perkatan tersebut, tuliskan ayat contoh dan cuba gunakan perkataan tersebut.

3. Belajar sebutan dan ejaan yang betul

Dengarkan di google translate bagaimana perkataan itu disebut dan ulang beberapa kali sebutan yang betul. Jika anda dikelilingi mat saleh, dengarkan bagaimana mereka menyebut perkataan-perkataan tertentu dan cuba ajuk sebutan mereka.


4. Belajar bercakap menggunakan intonasi penutur asal "native speakers"

Mat saleh ni bunyi dan intonasinya berbeza mengikut negara. Ini disebut accent. Contoh american bunyi "r" dia akhir perkataan sangat ditekankan berbanding australian yang hampir tidak akan menyebut huruf tersebut lantas menjadi "ah". Contoh: rive"r" menjadi riv"ah" dalam pertuturan penduduk australia. Orang ireland, uk, scottish dan welsh juga mempunyai sebutan dan intonasi yang tersendiri. Pilih satu accent dan konsisten bila bercakap. Jangan kejap american kejap australian dalam satu ayat sebab macam tak original je bila kita cakap nanti. Macam mana nak tahu mereka bertutur? Cari di youtube!

5. Fikir sebelum cakap

Sebelum bukak mulat tu, fikir macam mana nak mula. Jangan main cakap je. Takpa ambil masa sebab lama-lama boleh menjadi spontan. Orang putih tak cakap laju macam orang asia, baik macam orang cina, india, orang asli mahupun orang melayu. Mereka menggunakan perkataan dan ayat lengkap bila bertutur jadi mereka memang mengambil masa menyebut setiap perkataan. Jadi kita kena ambil masa juga bila bertutur. 

6. Jangan alih bahasa bulat-bulat

Contoh kita akan mengatakan " ko/awak nak ke tak nak?" . Jika dialih bahasa akan menjadi "do you want or not?" Hampir tidak pernah orang putih menggunaka ayat sebegini jadi amatlah pelik dan mereka tidak akan faham apa yang anda tuturkan. Jadi sepatutnya kita mengatakan "would you like to have this/some?"

7. Berani mencuba
setelah anda menggunakan tips di atas adalah penting anda mencuba menggunakan perkataan dan bunyi ini dengan rakan sekelas anda. Jika anda tidak pernah melakukan kesilapan anda tidak akan tahu di mana kelemahan anda!


Sekian, semoga bermanfaat






Saturday 7 September 2013

Buku rujukan untuk penempatan wad Kanak-kanak

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم        


Assalamu alaykum

Seperti biasa saya ingin kongsikan buku yang saya guna semasa di wad kanak-kanak

1. Core clinical cases Paediatrics Bought online for AUD25





Buku ini sangat bagus kerana menulis point-point penting untuk sesuatu penyakit. Penyakit ynag dimuatkan pula adalah yang lazim dijumpai di hospital. Bacaan yang ringkas, mudah dibaca dan sesuai sebagai bacaan awal. Harus diingat buku ini diterbitkan di UK jadi jadual vaksinnya mengikut negara berkenaan.

2. Royal Children Hosp Melbourne Paediatric Handbook library loan, bought online for AUD 34?




Sesuai untuk rujukan pantas semasa dalam wad. Kecil, mudah dibawa dan bagus untuk pelajar perubatan local kerana berasaskan sistem kesihatan australia. 95% isi klinikal - bagaimana mahu mengurus pesakit dengan pelbagai presentation/masalah.

3. Paediatric skills - nursing  Library loan

Saya amat suka buku ini kerana penjelasan menggunakan bahasa pendek dan mudah sesuai untuk jururawat kanak-kanak. Tapi sebab utama ia bagus untuk pelajar perubatan ialah ia mengajar teknik/ cara memeriksa bayi/kanak-kanak dengan lebih baik, ringkas dan terperinci. Sangat bagus untuk memperbaiki teknik memeriksa kanak-kanak. 

4. Paediatric clinical skills Library loan




Buku ini juga seronok untuk dibaca kerana lebih bersifat personal. Penulisnya seakan-akan berkata-kata dengan anda dan tips-tips diberikan berpandukan pengalaman penulis sebagai pakar dalam bidang ini. Sesuai untuk melengkapi pengetahuan medikal yang didapati daripada buku paediatric skills-nursing diatas. Bacaan ini menjadi lebih bermakna apabila anda membandingkan ilmu dan tips yang diberikan dengan pemerhatian semasa di wad.

5. Case files Paediatrics Bought online used AUD10







Seperti biasa siri case files ini merupakan pilihan saya. 60 kes penting di wad boleh dipelajari dengan mudah dan menarik berbanding membaca buku teks tebal biasa. Rawatan/pengurusna yang disarankan adalah daripada skop besar dan tidak spesifik. Contoh antibiotik jenis amoxycillin oral tapi tidak dinyatakan dosnya.  Mengikut sistem kesihatan Amerika syarikat. 5 bintang!

6. Illustrated textbook of paediatrics Bought in store RM 200?



Buku ini bewarna warni, dan tidak mempunyai penjelasan yang berjela. Sesuai untuk rujukan penyakit tetapi bukan untuk pengurusan klinikal. Saya jarang menggunakan buku ini kerana tidak sempat. Kesimpulannya, biasa sahaja bagi saya.


7. Nelson textbook of paediatrics Bought in store RM200?



Buku ini tebal dan seperti buku rujukan medical tetapi dalam konteks kanak-kanak. Saya rasa hanya sesuia untuk rujukan sekali-sekala dan tidak berapa produktif dan time-effective untuk pelajar klinikal.

8. Diseases of children Library loan 



Buku ini kecil dan amat menarik hati kerana gaya bahasa yang klassik. Buku ini diterbitkan pada tahun 1945 dan rawatan ubatannya nyata berbeza dengan sekarang. Walaubagaimanapun penjelasan dapatan  tanda-tanda klinikal (signs) pada pesakit mengajak saya berfikir dari sudut yang berbeza lantas mengubah cara saya memandang sesuatu penyakit. Setelah saya membaca beberapa helaian daripada buku ini saya merasakan buku-buku rujukan kanak-kanak sekarang terlalu overloaded sehingga terlepas menekankan point-point utama yang sebenar. 

Sekian, semoga bermanfaat

Penutup penempatan di wad kanak-kanak


بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم        

Assalamu alaykum semua


Alhamdulillah penempatan saya di wad kanak-kanak telahpun berakhir pada Jumaat lepas. Saya berasa amat lega kerana saya rasa secara keseluruhannya saya tidak berapa "gembira" dengan penempatan kali ini. 

Sungguhpun begitu saya hendak kongsikan senarai penyakit yang telah/biasa saya temui di sini.

Wad Perubatan Am.
1. Osteomyelitis - jangkitan tulang (amat biasa dalam kalangan orang asli)
2. Septic arthritis- jangkitan pada sendi
4. Rheumatic fever- banyak sekali. Juga terdapat pesakit dengan sydenham chorea (gerakan tanpa kawalan)
5. Viral myocarditis causing dilated cardiomyopathy- pesakit ini dapat heart failure yang kekal
6. New onset febrile/Afebrile seizures
7. Henoch Scholein Purpura
8. FG syndrome
9. Decarboxylase deficiency- (pendatang tanpa izin dari Iran)
10. Asthma (amat banyak)
11.Diabetic ketoacidosis
12. Stroke
13. Neglect/abuse
14. Idiopathic thrombocytopenic purpura presented as menorrhagia
15. Acute poisoning- Tricyclic anti-depressants
16.Chronic suppurative otitis media- some degree of hearing loss
17.Burns
18.Scabies, norwegian scabies
19.Bronchiectasis
20. Chronic bronchitis
21.Mid gut Volvulus, necrotic ileitis
22. Heart failure- down syndrome
23.Biliary atresia- prolonged jaundice
24. Severe mitral incompetence, pancariditis , heart failure
25. non MRSA sepsis
26. Cellulitis
27. Dilated cardiomyopathy

Wad penyakit berjangkit
1. Bronchitis
2. Bronchiolitis- RSV
3. Community acquired penumonia- 
4. Thigh abcess
5. Diarrhea- salmonella
6. pyrexia unknwon origin
7. Failure to thrive
8. Meningitis
9. Ex-atypical kawasaki disease complicated by multiple embolic foci
10. Bronchopneumonia
11. Viral gastroenteritis
12. Cryptosporidium
13. Scarlet fever
14. necrotising enteroclitis
15. Influenza A 

Wad Penjagaan rapi
1. Premature babies, resuscitation, laryngospasm
2. Neonatal jaundice
3. Down syndrome- hear failure, duodenal atresia
4. Prader Willi syndrome mom?
5. Apnea complicated by cardiac arrest? Ondine curse
6. Hypoglycemia
7. Sticky eyes- Serratia
8. Arryhtmias
9. Perinatal asphyxia
10. Patent ductus arteriosus
11. Low birth wt 1200g at 30 weeks

Pengajaran

Jika dilihat sebenarnya ada banyak sebab yang boleh mengalang kita daripada membesar menjadi sihat dan normal. Selain itu, untuk mendapat anak yang normal juga adalah tidak mudah. Sakit semasa kecil memberi impak yang sangat besar untuk kanak-kanak. Ini kerana tempoh masa inilah mereka membesar dengan cepatnya dan otak mereka menjadi matang dan berkembang. Kemasukan hospital yang berulang dan pengambilan ubatan yang pelbagai menghalang anak-anak mendapatkan nutrien yang secukupnya, berinteraksi dengan dunia sekeliling lantas menafikan masa depan yang cerah di masa dewasa. Sebagai contoh anak yang disahkan penyakit kencing manis sejak kecil atas sebab genetik terpaksa mengambil suntikan insulin 4 kali sehari dan melakukan ujian gula dalam darah. Anak- anak yang mempunyai masalah makan pula boleh terbantut tumbesarannya dan menjadi rendah berbanding rakan sebaya. Selain itu, otak mereaka juga mungkin terkena tempiasnya lalu mereka menjadi lemah dalam IQ. Justeru, kita sebagai dewasa hendaklah bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kita melepasi zaman kanak-kanak yang mencabar itu sehingga kita sihat, normal dan berjaya hidup sehingga ke hari ini.

Sekian, semoga bermanfaat. 



Sunday 1 September 2013

Hari jadi yang sederhana

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم        

Assalamu alaykum semua 

Hari ini saya nak berkongsi gambar surprise birthday dari rakan sekelas :)


Ni kek chiffon pandan dibakar oleh kevin! 

Ni kek dibuat oleh megan




kawan-kawan sekelas dari Flinders



Hadiah dari helen

helen juga printkan gambar kenangan lama :)
Posing masa kat shangri la singapore 



Ni gambar dulu-dulu masa kat singapore dengan classmates 3 orang sekarang di cairns, 1 orang di mackay




Masa ni jakun la pakai henna.


Ok tu sahaja singkat daripada saya!