Thursday 29 January 2015

Info Laluan Kerjaya Menjadi Seorang Doktor untuk Pelajar Lepasan SPM

بسم الله الرحمن الرحیم          

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh 

Semasa saya di tingkatan 5, saya tidak jelas laluan kerjaya seorang doktor. Apa yang saya diberitahu di MRSM dahulu ialah mohon MARA/JPA, temuduga dan dapatkan tempat untuk ke luar negara. Saya tertipu dengan diri sendiri iaitu merasakan SPM ialah pelajaran secara serius yang terakhir bagi diri saya kerana pada masa itu ramai yang mengatakan "alah, dah masuk univesiti nanti senang je". Jadi saya tidak bersiap sedia untuk terus belajar dengan cemerlang sejurus selepas SPM. Angan-angan pendek masa itu hanyalah mahu ke luar negara, noktah. 


Gambar hiasan Ihsan carian Google


Rumusan selepas tamat pengajian ijazah

Pada pendapat saya, semakin tinggi kita mahu naik, sebenarnya semakin sukar cabaran yang akan ditempuhi. Ini amat dirasai dalam tempoh 6 tahun pengajian dalam jurusan perubatan. Justeru, apabila sahaja saya mendengar seseorang tidak lulus satu2 tahun terutamanya tahun pra-klinikal, saya agak resah kerana bimbang bagaimana ia mahu menempuhi tahun berikutnya yang lebih susah. Yang pasti, pelajar sebegini perlu merefleksi cara belajar, ringan mulut dan berusaha mendapatkan bantuan dan nasihat, tidak putus asa, melebihkan usaha belajar dan terus mara ke hadapan. Kata kunci seperti rajin, belajar berstratergi dan tidak putus asa adalah sikap asas yang perlu ada pada pelajar perubatan.

Saya terdetik untuk menulis berkenaan laluan kerjaya ini kerana kerapkali ditanya. Cara permohonan mungkin berbeza sekali dengan zaman saya yang dah berlalu dahulunya. Justeru, tulisan ini hanyalah maklumat asas sahaja.

Sebelum peperiksaan SPM

Pada zaman persekolahan saya, terdapat satu program Fast Track bagi pelajar cemerlang. Hanya beberapa puluh tempat sahaja diberikan untuk pelajar MRSM menggunakan keputusan percubaan SPM untuk ke Rusia di bawah tajaan MARA. Saya tidak pasti samada skim ini masih wujud. Langkah yang dibuat ialah skor semua A dalam percubaan SPM dan anda akan dipanggil untuk temuduga. Saya menghadiri temuduga ini tetapi tidak berjaya kerana kurang persediaan dan kemahiran komunikasi yang mungkin masih belum cekap. Walaupun agak kecewa pada masa itu, tetapi amat bersyukur dengan pilihan yang ditentukan Allah sekarang.

Cuma, jika anda perasan, beza pelajar tajaan MARA dan JPA ke Rusia ialah, MARA menghantar pelajar MRSM yang cemerlang pada percubaan SPM iaitu pada saya, pelajar yang memang terbaik. Manakala JPA pula tidak mengambil pendekatan yang sama. Ya, diakui memang untung kerana cepat habis belajar berbanding rakan-rakan iaitu mungkin awal beberapa bulan hinggalah setahun setengah secara relatif berbanding pelajar di pelbagai negara lain) daripada rakan-rakan lain. Inilah faktor penarik utama pelajar mahu ke Rusia. Tetapi, kekurangannya pula Rusia masih belum bertaraf negara maju dan bukan juga negara penutur bahasa Inggeris. Jadi secara teknikalnya prasarana, kualiti pendidikan dan latihan klinikalnya berkemungkinan kurang berbanding negara maju dan kerapkali dipersoalkan. Sungguhpun begitu harus diingat bahawa penentu kejayaan seseorang itu tidak bergantung pada institusi pendidikan semata-mata tetapi pada sikap positif diri sendiri. 


Selepas SPM

1. Dalam Negara

Saya tidak arif berkenaan laluan awal kerjaya di dalam negara. Tetapi, perkara utama selepas peperiksaan SPM yang saya lakukan ialah menghantar borang permohonan ke matrikulasi ataupun/dan UPU. Pilih kursus asasi PASUM UM atau sains hayat di universiti tempatan lain yang menawarkan kursus perubatan. PASUM hanyalah untuk bumiputra. Seingat saya, surat tawaran matrikulasi datang dahulu sebelum UPU. Jika kita pelajar MRSM bitara yang mempunyai skor yang cemerlang, saya rasa peluang untuk mendapat tempat di UM amatlah cerah walaupun ko-kurikulum kita tidak seberapa. Boleh dikatakan saya dan majoriti rakan semaktab mendapat PASUM UM.

Setelah lulus PASUM dan Matrikulasi barulah kita memohon kursus perubatan. Proses selanjutnya saya tidak layak untuk ulas kerana tidak berada dalam sistem ini.

2. Luar Negara
Sejurus selepas mendapat keputusan SPM, terus mohon biasiswa untuk kursus perubatan. JPA/MARA ataupun Petronas dan Bank Negara antara yang popular. Pilih dan inshaAllah dipanggil temuduga. Sebelum itu anda akan dikehendaki membuat esei berkenaan diri sendiri saya rasa. Nyatakan cita-cita negara pilihan anda semasa temuduga. Jika dipersetujui oleh panel dan dengan izinNya dapatlah anda negara yang dipilih

Kolej Persediaan

Program Pre-U (IB, SAM/AUSMAT, A-level, ICPU)

Terdapat pelbagai kolej persediaan untuk ke luar negara. Selalunya negara yang perlukan ini ialah negara maju yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, pelajar yang akan ke Australia selalunya dihantar ke Taylor's College atau INTEC UiTM untuk program AUSMAT atau SAM. Ini sebenarnya ialah Year 12 di negara mereka. Ada juga yang dihantar ke program A-level di Kolej Shahputra sebelum ini(sekarang mungkin tidak lagi). Bagi ke negara UK pula pelajar di hantar ke KM Banting untuk program IB atau A-level. Pelajar yang tidak lepas pointer untuk ke UK selalunya akan memohon ke Australia, India mahupun Indonesia.

Apa yang saya dapati pointer yang ditetapkan untuk masuk program perubatan berbeza antara jenis peperiksaan dan tidak begitu sama tarafnya. Contoh mudah ialah minimum pointer untuk program AUSMAT/SAM untuk masuk ke program perubatan di Australia ialah TER 96/97 (bagi pelajar antarabangsa. TER 99 bagi pelajar domestik) manakala bagi program A-level boleh mencecah serendah 2A dan IB pula markah dalam 35. Jadi, sifir mudah ialah jika anda hendak ke Australia, lebih mudah ambil program selain SAM kerana pointer minimum yang lebih rendah. Begitu juga jika hendak ke UK, kriteria minimum bagi program SAM/AUSMAT hanyalah dalam TER 90. 

Bahasa Inggeris

Secara umumnya, kriteria minimum bagi peperiksan IELTS ialah Band 7.0 dan tidak ada komponen yang kurang daripada 7.0. Maaf, tetapi jika setinggi manapun keputusan seseorang tetapi ia tidak berjaya melepasi standard ini, ia tetap tidak akan diberi tempat di Universiti. Pengecualian pada komponen speaking. Jika anda dapat band 6.5 dan lulus interview anda boleh cuba merayu dan dilulus atas budi bicara pihak Dekan Universiti.

Peperiksaan IQ

Di Australia pelajar hendaklah menduduki peperiksaan dinamakan ISAT. Peperiksan IQ dan bahasa inggeris sebenarnya. Skor dan ranking akan diberikan. Jangan terkejut, jika ada kawan anda mendapat 91 tapi anda mendapat 4! Pada saya ia benar2 bergantung pada kemahiran bahasa Inggeris seseorang. Tidak semua universiti menggunakan skor ini jadi jika anda tidak mempunyai markah yang baik, pergi sahajalah ke universiti lain.

***
Kolej Persediaan ke Rusia, Negara Timur Tengah, Indonesia dan India

Saya tidak pasti kolej sekarang. Tetapi dahulunya rakan-rakan yang akan ke Mesir akan ke Kolej Teknologi Timur untuk persediaan bahasa selama 3 bulan. Pelajar Rusia pula mungkin akan ke UiTM. Bagi negara Indonesia pula, saya tidak pasti.


Permohonan Universiti ke Luar negara

Meski anda telah berjaya mendapatkan biasiswa MARA dan melepasi kriteria minimum mereka. Anda mestilah melepasi minimum kriteria Universiti juga. Jika di Taylor's pelajar perlu proaktif dalam mecari universiti pilhan dan menguruskan permohonan sendiri dengan bantuan pihak kolej. Agak renyah proses ini antaranya ialah mencari beberapa orang guru untuk menulis surat rekemendasi untuk anda dalam bahasa Inggeris. Ada sesetengah tu gembira untuk menulis sendiri manakla selebihnya ada juga yang anda kena mengarang sendiri dan meminta mereka menandatanganinya. Bukan senang bukan?

Anda juga kena peka akan tarikh tutup permohonan. Jika lewat, anda bakal terlepas peluang ke universiti tersebut. Senarai universiti pula anda boleh tanya pihak universiti dan cari di website. Yang penting kena sentiasa pastikan borang permohonan kita telah dihantar oleh pihak universiti kerana ada kes di mana beberapa kawan saya borang mereka tercicir dan tidak dihantar.

Temuduga

Anda akan melalui proses temuduga setiap kali anda mendapat tawaran temuduga daripada setiap universiti. Jika lapan yang anda peroleh. Maka lapanlah temuduga yang anda akan hadapi. 

Tips saya, gunakan buku ini:



Tolonglah beli atau cari buku ini. Amat berguna sebelum anda memasuki Med school dan temuduga untuk menjadi doktor pada masa akan datang! Boleh juga membeli buku lain. Terpulanglah kerana pada zaman saya tak banyak lagi buku seperti ini di Malaysia.

Jika tidak lepas
 Jangan terus putus asa. Selagi anda lepas requirement MARA/JPA. Jadilah proaktif dengan cuba memohon di negara lain. COntoh jika tak lepas di Australia, cuba mohon universiti di negara UK, India dan lain-lain. Tetapi ini mestilah usaha sendiri dan cepat. Setelah dapat cuba terangkan dan rayu pada MARA/JPA. Kes seperti ini amatlah biasa.

Universiti pilihan
Setiap universiti di luar negara itu selalunya bersifat bebas. Jadi silibusnya dan cara pengajaran berlainan. Jika di uni popular dan tua seperti Melbourne, research amatlah dititik beratkan. Tetapi bilangan pelajar sekelas dalam 500 orang. Begitu juga di U Queensland. Lokasi juga penting. Di bandar atau di kampung? Di kawasan beriklim sejuk atau tropika? Semakin bandar sesautu uni semakin banyak pelajar antarabangsa. berbanding semakin pedalaman semakin sedikit pelajar antarabangsa. Tempoh pembelajaran juga harus diambil kira. Jika di dalam kontrak anda 5 tahun, MARA/JPA tidak akan membayar kos selebihnya untuk anda membuat research yang selalunya akan ditambah setahun lagi. Berbanding dengan kursus yang sedia 6 tahun, anda masih akan dibiayai semasa melakukan research.

Info berkenaan universiti di negara timur tengah dan indonesia bolehlah didapati melalui laman web lain. Salah satunya ialah ini.

Tarikh masuk universiti
Setiap negara mempunyai bulan kemasukan yang berlainan

1. Australia/NZ- Pertengahan Februari
2. UK- September
3. Mesir- September
4. Rusia - September
5. Indonesia ?


Setelah graduasi

Setelah tamat belajar anda menjadi intern atau houseman officer di Malaysia. Ini tempoh percubaan di mana anda akan melakukan praktikal di 6 disiplin utama iaitu perubatan, pembedahan, ortho, kanak-kanak, wanita, dan kecemasan.

Selepas itu di Malaysia (2 tahun) barulah anda menjadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh memilih kepakaran apa yang anda minat. Ada dua cara untuk menjadi pakar di sini. Pertama, mohon program Master klinikal di Uni tempatan, kedua, duduki peperiksan oleh kolej Diraja UK seperti MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian. Tempoh menjadi pakar ialah dalam 6-7 tahun selepas graduasi.

Cabang perubatan

Berbeza dengan doktor gigi, doktor perubatan mestilah menjalani latihan klinikal di beberapa disiplin semasa di universiti. Begitu juga setelah tamat. Asasnya, bidang perubatan boleh dibahagikan kepada beberapa disiplin utama (main disciplines). Di bawah ini ialah disiplin tersebut dan cabang-cabangnya :

1. Perubatan- general medicine, renal medicine, emergency medicine, respiratory medicine, rehab medicine, palliative medicine, haematology medicine, oncology, etc 
2. Pembedahan- general surgery, ENT, Ophthalmology, Urology, Neurosurgery, Cardiothrocic surgery, MAxillofacial surgery, etc
3. Kanak-kanak- General paediatric, Community paed, Paediatric cardiology etc
4. Wanita- general OB/GYN, obstetric, gynae oncology, fetal maternal etc
5. Mental - Psychiatrist, and its subspecialisations -adolescent/child psych 
6. Kesihatan awam General Practice- GP, GP obstetrician, GP anaesthetist, etc
7. Radiology- radiologist, radiooncologist etc 
8. Pathologist


Jadi, sebenarnya banyak cabang karier bagi doktor. Pilih sahajalah sesuai mengikut minat dan gaya hidup yang diingini.


Nasihat: Dalam atau luar negara?

Kedua-duanya ada kebaikan dan kekurangannya.

Saya berpendapat jika anda layak untuk memohon ke luar negara, teruskan dan pilihlah negara maju yang bertutur bahasa Inggeris. Sebab utama ialah, pertama, anda akan berpeluang melihat kemajuan dalam bidang pendidikan, teknologi perubatan dan pemikiran yang ke hadapan yang membuatkan anda sedar bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk negara Malaysia. Majoriti pelajar akan menyematkan azam untuk menjadi pakar dan anda juga mahu maju seiring mereka. Tetapi kekurangannya ialah kebanyakkan universiti tidak begitu menekankan tropical medicine yang banyak di Malaysia. Anda juga akan merasa "inferior" kerana dipandang enteng oleh rakan sekelas kerana penguasan bahasa inggeris yang tidak seteguh mana. Juga dipandang sepi kerana anda seorang Asian, malaysian mahupun muslim. Jika iman di dada masih goyah, cabaran sosial dan akidah juga amat besar. Insiden pelajar islam minum arak, bergaul bebas dan lupa asal usul dek kerana mahu diterima rakan mat salleh tidak lagi asing malahan amat mendukacitakan. Sebaliknya jika anda menggunakan kesepian kerana ditolak orang kafir dengan kembali kepada Allah, inshaAllah anda kan semakin rapat denganNya. Setelah tamat belajar, anda akan lambat bekerja setahun dua berbanding rakan sekelas di sekolah menengah. 

Jika di dalam negara, pendidikan anda lebih terjurus pada kehendak negara serta lebih cepat diserap masuk ke alam pekerjaan. Makanan halal amat mudah, dan murah. Keluarga juga berdekatan, mengamalkan agama Islam juga sungguh sekali tiada penghalang. Rakan-rakan sekelas sesama negara menceriakan suasana pembelajaran sebagai pelajar perubatan. Peperiksaan juga terjurus pada buku teks yang telah ditentukan. Cuma, anda tidak akan mungkin faham "western medicine" yang dirasai semasa di negara barat. Bagaimana pelajar dan guru di sana sering menilai dan mengkritik buku teks perubatan, menyaksikan keazaman dan kecintaan mereka terhadap research, pemikiran luar kotak yang boleh dicontohi, serta mengenali potensi diri sendiri semasa dihimpit kepayahan berdikari di luar negara.

Akhir kata, ambillah pengajaran dan saya mohon maaf atas segala kekurangan penulisan di atas.

Sekian, semoga bermanfaat!

*Fakta tambahan mengenai peperiksaan SACE
Di Taylor's pelajar tajaan perubatan akan dimasukkan ke dalam satu kelas (tidak bercampur dengan bukan tajaan). Ada 5 subjek wajib- Physics, Biology, Chemistry, Mathematics, ESL. Mathematics memang hebat la belajar pakai graphic calculator and sebenarnya macam applied Maths pada saya. 
Prestasi kena konsisten sepanjang tahun sebab markah ujian di sekolah di ambil kira (mungkin kira-kira 40%). Jadi kalau nak pulun minit terakhir memang agak sukar sekali. 

Slip keputusan peperiksaan ada 3 jenis figure yang akan diberi (memang pening kalau sistem Aussie ni): Raw score for each subject (X/20), Tertiary Entrance Points out of 20 (yang ni raw score dah di"scale"kan mengikut formula statistik- setiap subjek akan discale kan kepada X/20), Tertiary Entrance Rank (dari 0-99.95), dan TAFE SA Entrace out of 20 jugak (X/20)
Contoh: Raw score 18/20 dalam subjek Bio mungkin akan menjadi 18.5 apabila di"scale"kan. 

TER atau ATAR= Tertiary entry rank/Australian Tertiary Admission Rank bukanlah bermaksud peratus markah sebenar. Tetapi ranking seseorang pelajar berbanding kesemua calon yang mengambil peperiksaan pada masa itu. Contoh 97% maksudnya pelajar ini adalah top 3% student ataupun markahnya lebih tinggi berbanding 97% pelajar lain yang menduduki peperiksaan sama. Kebaikan sistem ini, prestasi pelajar yang mendapat semua A dapat dibezakan kecemerlangan mereka melalui ranking. Bukan bilangan A yang dilihat semata-mata tetapi kualiti A itu sendiri. Keburukannya ialah anda terpaksa bersaing dengan rakan sekelas. Iaitu sifat "markah aku kena lebih tinggi daripada orang lain" sebab nak ranking bagus. Maka kadang-kadang terjadilah juga simptom lokek ilmu yang tidak bagus.  
Soalan: Berapa agak2 peratus markah periksa nak dapat TER 96/97? 
Jawapan: zaman saya markah sebenar (raw score) peperiksaan dalam 86% 

57 comments:

  1. Terima kasih, banyak membantu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi info

      Delete
    2. Nak Tanya ,saya berada dalam kelas 4 kejuruteraan so lepas SPM nanti boleh tak saya sambung belajar untuk jadi doktor?

      Delete
    3. Nak Tanya ,saya berada dalam kelas 4 kejuruteraan so lepas SPM nanti boleh tak saya sambung belajar untuk jadi doktor?

      Delete
  2. Artikel yg sgt berinfomatif dan komprehensif.Sesuai utk pelajar SPM yg tercari cari info begini.Syabas.Semoa tuhan memberkati usaha DR.

    Salam

    ReplyDelete
  3. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  4. Salam, boleh x kalu nak email sbb nak tnye something yg penting sgat3...
    Sbb saya nak minx tlg...

    ReplyDelete
  5. salam. tumpang tanya, sy pelajar perubatan tahun ketiga dan saya minat pathology. kalau nak jadi pathologist berapa tahun ye kena sambung lps mbbs ?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Slmt sejahtera,saya berada dalam kelas 5 kejuruteraan so lepas SPM nanti boleh tak saya sambung belajar untuk jadi doktor?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Sy bakal tamat asasi xlama lagi. Kalau boleh sy tahu, macamana laluan utk sy jd seorang obstetrician /gynecologist? Adakah lepas graduate sy kena smbung ke bidang ob/gyn ? Jika betul ,berapa tahun ye? Pastu, kalau xsilap sy medic di ums atau unimas (sy lupa) boleh plih nk smbg dlm ob/gyn waktu third year. Mksdnya ,lepas graduate pelajar medic kat sana akan terus jd obstetrician/gynecologyst ke? Terima kasih.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pelajar ums medic...lps abis bljr degree medik bru bole smbung gyne/obs gitu...

      Delete
    2. Maaf tumpang tanya , medik ums ambil lepasan diploma sains uitm x?

      Delete
    3. Saya pn x pstti...tpi dia akn tgk pointer matrik atau asasi..

      Delete
  9. Assalamualaikum.. nak tanya.. kata orang, kalau Fiz c+ dalam SPM, memang sampai bila bila x boleh jdi doctor ke? In other way, x boleh jdi surgeon. Cita cita saha nak jdi surgeon.. adakah itu sangat mustahil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambung stpm atau sewaktu dgnnya. belajar molek2 inshaa Allah boleh jadi doktor. doa byk2 ;) tanya org lain jugak supaya lebih membantu.

      Delete
  10. Sgt membantu.. Terima kasih... Kerana memberi semangat kembali dan saya akan berusaha...:-):-):-);-)

    ReplyDelete
  11. Kalau xde fizik boleh jadi doktor surgery ke

    ReplyDelete
  12. Dimaklumkan syarat pengambilan untuk urusan pengambilan pegawai latihan siswazah adalah dengan mendapat kepujian dalam 3 bidang sains iaiutu fizik, kimia dan biologi.Sekiranya lulus dalam kategori C bolehkan membuat rayuan dan apakah caranya.

    ReplyDelete
  13. Salam. Saya pelajar kejuruteraan form 5, possible ke saya nak jadi doktor? Org2 lain smua kata x payah nk berharap sngat. But, honestly i cant see myself be anything other than a surgeon. A neurosurgeon to be exact. So macam mana eh? Sesiapa pun boleh tlong jawab comment saya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil subjek sains tulen sebagai subjek tambahan untuk spm. sempat lagi awak nak ambil. belajar sungguh2 tambahan bila ambil sains tulen sebagai subjek tambahan ni kita kena belajar sendiri so mencabar la. tapi lagi mudah kalau awak tukar kelas sains tulen je. tapi ikut awak la. tak apa spm biasa2 je, nanti buat sebaik mungkin di stpm/matriks etc. inshaa Allah kalau awak betul2 nak awak akan dpt. berdoa byk2, kalau kita asyik dengar kata orang sampai bila2 tak akan berjaya. kalau nakkan sesuatu, usaha betul2. prove it! tapi kalau sesuatu tu memang haram jgn nak mengada nak terjah. ataupun kita tak mampu tak payah paksa diri. chill adik ��

      Delete
    2. wslm..klu awk nk ambil medic perlu ambil subjek sains (biology, kimia, fizik) dan add math..klu berminat ambil medic di mesir perlu sekurang2 ye B dlm subjek spm..mesir hnya guna spm utk smbung degree medic/dentistry/pharmacy..boleh add fb sy utk keterangan lanjut https://www.facebook.com/profile.php?id=100016086910679 atau hubungi/whatsapp 011-14799976..insyaALLAH sy boleh membantu..sy education consultant mnghntar plajar keluar negara = )

      Delete
  14. salam. saya nak tanya something pasal pedatrician. (ifaqila98@gmail.com) saya harap akk boleh email saya

    ReplyDelete
  15. kalau di matrik kita tk ambil fizik. still boleh apply degree dlm perubatan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, boleh..klu awk spm ad subjek sains (biology, kimia, fizik) dan add math..boleh sambung di mesir sbb mesir boleh pkai spm shja terus smbung degree..boleh add fb sy utk keterangan lanjut https://www.facebook.com/profile.php?id=100016086910679 atau hubungi/whatsapp 011-14799976..insyaALLAH sy boleh membantu..sy education consultant mnghntar plajar keluar negara = )

      Delete
    2. Nak tya katakan result matrik 4 flat..tp ms SPM fizik dpt C..boleh ke kita re-sit paper fizik saja tuk ambil course medic?..

      Delete
  16. Assalamualaikum, tumpang iklan ya admin doktor siti

    PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DILUAR NEGARA!
    TAWARAN BERSYARAT UNTUK LEPASAN SPM/STAM/ASASI/MATRIKULASI/ A-LEVEL/ DIPLOMA BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG PERUBATAN/ PERGIGIAN/ FARMASI

    =======================================================================

    1) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DI MESIR
    (Mansoura University-Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery secara kerjasama dengan University of Manchester, United Kingdom/ Alexandria University/ Al Azhar University)

    2) IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN DI MESIR
    (Mansoura University/ Alexandria University)

    3) IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI DI MESIR
    (Mansoura University/ Alexandria University)
    Syarat kelayakan : Minima B dalam semua subjek SPM (syarat ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)

    4) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN & PEMBEDAHAN DI BANGLADESH
    (Mymensingh Medical College)

    5) IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN DI BANGLADESH
    (Dhaka Dental College)
    Syarat kelayakan : Lulus SPM & Minima Credit dalam semua subjek sains SPM

    6) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DI RUSIA
    (Kursk State Medical University (KSMU))

    Hubungi 011-14799976 atau

    Permohonan online : https://goo.gl/forms/rPUZ5RUgKDnPRQnt2

    Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100016086910679

    Alamat pejabat: No. 8-01, Jalan BM 2/6, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Bangi, Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum dr.. sy nk tanya, sy ada satu C dlm SPM dan subjek itu adalah kimia.. Sekarang sy sambung di matrikulasi (aliran sains), it means sy ambik biology, physics, chemistry and math.. Adakah sy masih berpeluang untuk sambung dlm bidang perubatan kalau di matrik sy score dgn baik?Sy baca dlm sesetengah blog, ada yg mengatakan bahawa syarat minimum untuk medic adalah B dlm kesemua subjek sains tu, tp sy ada satu C.. Luluh hati sy tu tuhan je tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, masih berpeluang smbung medic di ipta..perlu dptkan 4 flat..atau boleh smbung di ipts shja..klu minat smbung di oversea, di Bangladesh masih terbuka dgn cgpa 3.00 dan keatas..klu di mesir mmg x boleh sbb spm perlu minimum B..mahu info lanjut boleh wassap sy, 011-14799976

      Delete
    2. Nak tya katakan result matrik 4 flat..tp ms SPM fizik dpt C..boleh ke kita re-sit paper fizik saja tuk ambil course medic?..

      Delete
  18. aSSALAMUALAIKUM..... Boleh berkongsi laluan kerjaya untuk menjadi doktor pakar setelah menamatkan pengajian degree... terima kasih..

    ReplyDelete
  19. hai nice article, i was wondering what could have possibly spm certificate do they need to be a medic student n become a full dr(mo). do they need spm in science stream or spm in other stream such as literature or business or etc ?

    ReplyDelete
  20. Kalau nak sambung medik tapi tak dapat tempat IPTA, boleh masuk IPTS. Tapi syarat nak sambung medik tetap sama juga. Boleh contact saya 0111-5638146 kalau betul-betul berminat nak masuk medik di IPTS dan tak dapat tempat di IPTA. Cumanya satu nak cakap, kat IPTS lebih struggle sebab bukan senang nak dapat biasiswa. Yuran tak semurah di IPTA. Result kena maintain setiap semester, di IPTS guna pointer. Pointer baik boleh minta biasiswa. Kalau di IPTA, cuma guna sistem lulus dan gagal sahaja tiada pointer. Modul pembelajaran sama sahaja di IPTA dan IPTS sebab kandungan bawah regulation Majlis Perubatan Malaysia.

    Yang masuk medik IPTS tak semuanya kaya dan berada. Saya sendiri datang dari keluarga sederhana sahaja. Alhamdulillah saya dapat biasiswa dan setiap sem nak kena maintain pointer. Kena struggle lebih sebab nak kekalkan tajaan tu. Begitu juga dengan kawan-kawan sekelas juga dari keluarga sederhana. Cumanya kalau dah masuk, belajar dan fokus. Betulkan niat elok-elok nak jadi doktor. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tya katakan result matrik 4 flat..tp ms SPM fizik dpt C..boleh ke kita re-sit paper fizik saja tuk ambil course medik?..

      Delete
    2. whatsapp sy 01114799976. masih ad peluang buat medic

      Delete
  21. Thank you for sharing and for the advices.....this is very help me'

    ReplyDelete
  22. salam. saya ada soalan, adakah setiap individu yang ingin menjadi seorang doktor perlu berjaya dalam setiap peperiksaan semasa di sekolah menengah dan spm? ataupun semua tu tak menentukan prestasi kita semasa di universiti?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,,sya nak tumpang tanya.bole ka saya ambl asasi sains d mna" IPTA , lepas itu sya ambil bidang medic utk degree d IPTA tersebut? Nak tanya juga,degree medic ambil masa brpa tahun yaa. Mohon pencerahan sebenarnya, sekian��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole jk ambik asasi mna2 u yg penting tgk degree u tu ada offer medik ka....slluya klw ambik asasi d u syarat pointer utk msuk medik rendah skit

      Delete
  24. Assalamualaikum

    Kami mencari 20 orang asnaf untuk mengeluarkan zakat perniagaan/ zakat pendapatan untuk tahun semasa 2018. Bagi yang memerlukan zakat kerana sedang berjuang di jalan Allah atau tidak cukup dana untuk berniaga atau belajar boleh whatsapp kepada :

    +6013- 6989272 ( Afiq)
    +6017- 4846658 ( Nazreen)
    +6017- 5242446 ( Taufik)
    +6018- 2934999 ( Ikmal)

    ReplyDelete
  25. Jadi Dsa klinik gigi tibat pula minat nak jd dr gigi.. Ya Allah umur dh 23. Dlu takde ambil subjek fizik, bio, kimia addmth pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada peluang dgn re-sit spm. Boleh daftar sbg calon mengulang. Tp mesti skor B keatas

      Delete
  26. Boleh doc kongsi laluan kerjaya doc lps spm ambil kelas persediaan di mna. .Dan HO n MO di mna.. Supaya saya lebih mendapat pencerahan untuk belajar medic di luar negara. . Terima kasih..dan izinkan saya minta doc kongsi cabaran ketika menjadi doc. Kalau x keberatan boleh doc share email supaya saya senang berhubung utk brtanyakan pengalaman. .

    ReplyDelete
  27. Masih ada peluang ke utk ambil medic di uniza,ums atau unimas kalau result spm C+ untuk kimia. Dan add math
    Tapi yg lain 4A+,3B,
    Sekiranya result matrik melepasi 3.5
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa khabar awak ? dah jadi doktor ke ? 🥰

      Delete
  28. Masih ada peluang ke utk ambil medic di uniza,ums atau unimas kalau result spm C+ untuk kimia. Dan add math
    Tapi yg lain 4A+,3B,
    Sekiranya result matrik melepasi 3.5
    Tq

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,tumpang tanya cita ii saya nk jadi dr tpi saya tk ambik fizik boleh ke saya jadi dr saya ade ambik bio,kimia,add math..

    ReplyDelete
  30. nice blog ni..tq sharing..best jd doktor ni kan..dpt pahala byk..ni akak share ya..utk adik2 lepasan spm semua..ni akak share good info .kalua ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international ,ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..sis bole bantu

    Reply

    ReplyDelete
  31. helo saya ada pertanyaan kalau spm dapat c+ for bio/chem/fiz/addmath and skrg saya ambil matrikulasi . adakah sya masih ada peluang untuk smbung dentistry course utk degree nnti?

    ReplyDelete
  32. Betul ke perubatan di russia ni tk bagus. Kalau tk bagus atau bagus, ada yg sudi terangkan dgn lebih mendalam.

    ReplyDelete
  33. Lepas tu, boleh ke graduan perubatan malaysia dari negara lain sambung housemanship di negara lain seperti UK

    ReplyDelete
  34. Nak tanya bilakah kamu hantar permohonan ke matrikulasi dan upu adakah selepas spm result keluar atau selepas kamu baru habis spm? Kalau nak jadi doktor baguskah teruskan pelajaran di tingkatan 6?

    ReplyDelete