Friday 20 February 2015

Rehabilitasi Selepas Patah Tulang Buku Lali

بسم الله الرحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua


Kecederaan pada buku lali adalah masalah yang biasa di unit kecemasan mahupun klinik. Kali ini saya mahu berkongsi mengenai program rehabilitasi (pemulihan) bagi kecederaan ini. Majoriti sumber artikel ini daripada laman ini dan diterjemah untuk anda. 

Anatomi Buku lali

Umumnya buku lali dibentuk oleh beberapa tulang iaitu:


  • Tibia - tulang kering. Bonjolan buku lali dinamakan medial malleoli
  • Fibula - tulang halus sebelah tibia. Bonjolan buku lali dinamakan lateral malleoli
  • Talus - tulang kecil yang berada antara tulang tumit kaki (calcaneus) dan tulang  tibia dan fibula
Gambar carian google


Jenis patah buku lali 

1. Lateral maleolar fracture
2. Medial malleolar fracture
3. Trimalleolar fracture
4. Syndesmotic fracture


Terdapat dua sendi yang selalunya terlibat dalam patah buku lali:

1. Sendi buku lali (ankle joint) - di mana tibia, fibula, dan talus bertemu

2. Sendi Syndesmosis - sendi antara tulang tibia dan fibula

Kecederaan sendi di bahagian berhampiran buku lali. Gambar carian google
Rawatan

Bergantung kepada kestabilan sendi buku lali yang terlibat. Jika tidak stabil akan dibedah. Secara amnya, buku lali akan di pakaikan anduh (splint) atau backslab cast (simen hanya separuh kemudian dibalut) untuk mengelakkan buku lali bergerak. Ini dipakai sementara bengkakkan surut sedikit. Setelah itu barulah di bedah atau dipasangkan simen sepenuhnya. Buku lali akan diXRay secara berkala dalam tempoh penyembuhan.

Backslab cast. Imej carian google
Sekurang-kurangnya 6 minggu diambil untuk tulang bercantum. Ia mungkin mengambil masa lebih lama untuk ligamen dan tendon terlibat untuk sembuh. Jadi pesakit tidak dibenarkan berdiri di atas kaki yang terlibat dalam tempoh ini.

Seperti yang dinyatakan di atas, doktor anda kemungkinan besar akan memantau penyembuhan tulang dengan berulang x-ray. Ini biasanya dilakukan lebih kerap semasa 6 minggu pertama jika pembedahan tidak dipilih.


Rehabilitasi

Sokongan atau pendakap buku lali
Selepas 6 minggu, pesakit mungkin akan memerlukan pemakaian brace( seperti cam walker boot) sebelum fungsi dan kekuatan pulih sepenuhnya (selalunya dalam2-3 bulan pemakaian).

Cam walker boot. Gambar carian Google
Fisioterapi (Terapi aktiviti fizikal)
Apabila doktor anda membenarkan anda untuk mula bergerak pergelangan kaki anda, terapi dan aktiviti latihan fizikal adalah sangat penting. 

Setelah itu, anda juga akan mula melakukan latihan pengukuhan(strengthening). Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk otot-otot di sekitar pergelangan kaki anda untuk kembali kukuh bagi membolehkan anda berjalan tanpa tempang dan untuk kembali ke aktiviti biasa.

Sekali lagi, latihan hanya membuat perbezaan jika anda benar-benar melakukannya.

Contoh latihan pengukuhan boleh dilihat di ini:


Tempoh pemulihan
Walaupun kebanyakan orang kembali ke aktiviti harian biasa, kecuali sukan, dalam masa 3 hingga 4 bulan, kajian telah menunjukkan bahawa sebahagian pesakit mengambil masa sehingga 2 tahun untuk pulih sepenuhnya. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk anda untuk menghentikan tempang semasa berjalan, dan sebelum anda boleh kembali ke sukan di peringkat anda kompetitif seperti sebelumnya. Kebanyakan orang kembali ke memandu dalam tempoh 9 hingga 12 minggu dari masa yang mereka cedera. 


Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber:
1. Christ B. Ankle Fractures (Broken Ankle). American Orthopaedic Trauma Association. 2013. Link


31 comments:

  1. Terima kasih banyak2 doktor, sumber yang diberikan oleh doktor amat membantu saya, saya nak tanya dimana saya boleh dapatkan cam walker boot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cam boot masih agak sukar didapati di Malaysia buat pada masa ini. Alternatif ankle brace yg lain ialah untuk proses rehabilitasi ialah ankle support. Boleh sahaja cari di farmasi atau beli secara online.Contoh Lelong.com, Guardian, Futuro Ankle Stirrup. Saya saran berjumpa dengan fisioterapi terdekat untuk nasihat lebih lanjut.

      Delete
    2. slm dr sy patah di tumit kaki dn retak di tapak kak dh dua bln sy blm blh jln..masalh nya knp pergelangan kaki sy masih kaku

      Delete
    3. Skrg dah boleh jalan??dah 2023..

      Delete
  2. Salam Dr. Saya patah di bahagian buku lali dan 9 january hari tu telah operate. Hari ni off back slab and insyaAllah akan start physio (partial weight bairing) next week. Adakah normal pesakit patah kaki akan berasa kekok untuk pertama kali jalan? Doctor ada mencadangkan untuk memakai ankle booth. Boleh ke kalau saya gantikan dengan ankle guard?

    ReplyDelete
  3. Salam. Ya amat biasa pesakit kekok untuk berjalan pada mulanya sebab itulah ada fasa rehabilitasi yang memerlukan khidmat pegawai fisioterapi (dan) occupational therapy (jurupulih kerja) selepas dibuka plaster/backslab. Dapatkan nasihat fisioterapi mengenai kesesuaian ankle boot atau ankel guard. Mereka akan memeriksa keperluan anda dan memberi nasihat/cadangan mengikut kesesuaian. Spt dinyatakan di atas, Tempoh sembuh bagi kecederaan buku lali ialah 12 minggu. Tapi tak semestinya, kerana boleh berbeza mengikut orang. Sekian,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc sy patah tulang buku lali bulan 12/5 hari tu , dan sampai sekarang saya tak boleh nk duduk bersila atau bersimpuh , normal ke

      Delete
  4. assalam.doctor.sy wanita berumur 35 thn.sy patah pergelangan kaki dilateral melleolarc pd pertengahan januari.sy tak mahu operation dan hanya bersimen.kini setelah 2 bln tulang kaki sy belum bercantum sepenuhnya.sy disuruh memakai simen 2 bln lg.adakah sy harus membuat operation memasang plat.Apakah faktor tulang kaki lambat bercantum dan ada tak kesan buruk akibat terlalu lama memakai simen.kerana sy perasan kaki sy bersimen semakin mengecil.terima kasih doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,, patah tulang boleh dikelaskan sebagai stabil atau tudak stabil. Jika stabil selalu cukup sekadar memakai simen. Jika tidak doktor akan menyarankan pembedahan. Selain itu terdapat 3 jenis patah tulang di bahagian lateral maleolar. Jika anda mengalami jenis patah tulang yang melibatkan ligamen(sendi) syndemostic yang menghubungkan pangkal tulang bahagian lateral malleolar(tulang fibula) dan medial maleolar (tulang kering) anda selalunya akan memerlukan pbedahan. Tempoh sembuh juga lebih panjang. Sepatutnya kebanyakan pesakit akan boleh berdiri di atas kaki yang terlibat pada minggu ke 6-8. Secara puratanya pesakit akan kembali menjalankan aktiviti tanpa rasa sakit dalam masa 6 bulan.

      Lambat sambung boleh disebabkan beberapa faktor utama seperti mempunyai penyakit kencing manis, jangkitan, terlalu awal berdiri dan menggunakan kaki yang terlibat serta pertambahan usia.

      Dalam tempoh 6 bulan ni pergelangan kaki anda akan diXray beberapa kali untuk melihat samada tulang telah bercantum.

      Maaf saya tidak boleh memberi saranan samada perlu atau tidak pembedahan. Anda harus berjumpa doktor dan tanya lebih lanjut mengenai kecederaan yang dialami dan berbincang telah kebaikan serta risiko pembedahan. Cuma plate yg dipasang selalunya akan dikeluarkan selepas 12 bulan setelah tulang bercantum sepenuhnya.

      Lanjutan pemakaian simen bertujuan untuk membantu percantuman tulang dengan baik selain berfungsi sebagai ankle support ataupun pendakap buku lali.

      Sekian, semoga bermanfaat

      Delete
  5. Assalam...doc... tunng sy mnglami xcdent n mengalmi kepatahan di bhgian tibia &fibula kaki kanan... serta kepatahan di bhagian matacarpal jari manis ngn jari tnghh... pemasngan plate pd bhagian patah dah dilakukan dan ring dekat bhagian tgn tersebut... berapa lma msa yg diambil tuk dye bleh berjalan? akan ada komplikasi x doctor Klau dye mlibatkn dri ngn aktiviti lasak apbila dh sembuhh nnti... mksud sy dye start p gym? untuk pngethuan doct, dye ad luka tebusan tulang lesion wound dan luka tebusan tulang pda bhagia kaki tersebut... skrg just pergi dressing 3 kli seminggu ngn tca je.... tetapi, sy tertanya kenpa x dipakaikan pop samaada semin or fiber...? Ataupun pemasangan backslab... kira baru seminggu doc... sy mnx pandangan doc... dan pemakanan macam mna yea??

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dr.saya telah jatuh akibat lantai licin sejak dari 20/2/2015 menyebabkan kecederaan di bahagian lutut dan foot. Kedua-dua bahagian ini bengkak dan sakit. namun selepas 2 minggu, baru saya pergi jumpa ortopedik. Dr pelatih di sana diagnos ini sebagai right ankle ligament tear hanya melalui xray. oleh itu, saya dipakaikan backslab untuk tempoh sebulan. namun seminggu kemudian, saya pergi semula ke ortopedik kerana kaki saya menjadi semakin sakit dan bengkak. kemudian, doc off backslab dan menyuruh saya melakukan aktiviti fisioterapi (ultra sound, whirlpool,massage). selepas hampir 2 bulan menjalani aktiviti fisioterapi, bahagian ankle masih sakit dan bengkak manakala bahagian betis serta tapak kaki menjadi semakin sakit terutama apabila massage. kemudian pada 27 April saya pergi semula ke ortopedik, barulah doc pakar diagnos sebagai medial malleoulus fracture. saya dipakaikan semula backslab. sehingga kini, kaki saya masih bengkak dan sakit ditempat yang sama. jadi apakah pandangan Dr mengenai kondisi yang dialami saya sekarang? sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  7. Salam Dr.
    Saya ingin bertanya berkenaan situasi ayah saya, beliau dikatakan putus urat keting dan kerana usia Dr tidak menyarankan untuk membuat pembedahan, tetapi Dr sarankan penggunaan Cam Boot. Soalan saya berapa lamakan ayah saya perlu memakai cam boot ini untuk pemulihan, tambahan pula beliau akan mengerjaan umrah pada bulan 3 tahun hadapan. Adakan penggunaan Cam Boot ini adalah terbaik untuk beliau.

    ReplyDelete
  8. Salam doktor siti saya dah 2 minggu patah buku lali.. Saya nak tanya doctor kat mana saya nak cari cam walker tu sbb saya dah pergi banyak farmasi dan tempat supplier hospital utk cari tp semuanya takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ? Hanafy . ..kaki u mcmne??dah oke??

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam doc. Air ber kafein boleh minum semasa patah buku lali? Tq doc.

    ReplyDelete
  11. blog/article yang sangat baik dengan penuh informasi yand tepat dan manfaat . kami juga menberi rawatan seperti in tetapi gabungan acupuncture+orthorotic+physiotherapy serta ubat2 herba (jika diperlukan dan nasihat dari Dr kami)

    sila hubungi kami di +60124520077
    Email wmcphysiotherapy@gmail.com
    website kami www.newhopemedic.com

    ReplyDelete
  12. Salam doc. Doc kerja doktor bahagian apa? Rehabilitation medicine ke?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum doktor, saye Daniel operate 16/1 dan adakah tempoh saye utk berjalan semula mengambil masa 2-3 bulan

    ReplyDelete
  14. Salam doc, nak mintak pencerahan, sy terlibat dalam kemalangan dan di pasang illizarov selama setahun di tulang tibia dan fibula, alhamdullilah selepas tempoh tersebut illizarov telah dibuka, selepas 2 minggu buka sy Cuba buat fisio seperti yg disarankan oleh Doctor, masa buat fisio sy trrdengar bunyi pop di area tulang tibia dan fibula Dan pergi ke hospital mereka letak backslab Dari buku lali ke peha.. Pada pendapat doktor adakah tulang saya patah balik atau sekadar retak..?
    Masa kejadian tersebut terdapat bengkak sedikit Dan kembali Susut.. Pergerakkan agak terbatas
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  15. Salam dr .. Baru ni saya kecederaan di buku lali .. Dr ckp ada crack skit kat tulang belah dalam .. Bile di tnye recovery berapa lama .. Dia ckp dua minggu .. Adakah betul .?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaan cam tu lah..sy serpih sikit je kat ujung kaki buku lali..doc bg mc 40hari..pakai cast.

      Delete
  16. Salam, Ankle saya dislocated dan operation masuk screw pada ankle ada peluang tak sy kembali pada tahap sebenar bersukan.

    ReplyDelete
  17. Salam doc. Saya mengalami avulsion fracture n hari ni ckp sebulan dan sy dah off backslab boleh k sy terus pergi buat fisio atau perlu ambil masa dlu sebelum start fisio.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum doc. Saya berasa pelik kerana tulang buku lali pada kedua-dua kaki saya boleh digerakkan ke belakang. Kenapa boleh jadi macam tu dok? Sebelum ni saya tidak pernah mengalami kecederaan apa pun pada kaki saya.

    ReplyDelete
  19. Salam doc siti. Sya mgalami ligamen terkoyak dan dr buat backslab di kaki dan selama 6 minggu bru dibuka simen tu. Selepas buka kaki bgkak dan tidak blh lagi pijak lantai sebab rsa sakit pada tapak kaki. Rawatan apa yg perlu sya lakukan utk pulih semula. Mohon cadanagn dr doc. Tq

    ReplyDelete
  20. Doctor dimanakah saya bolih membeli pendakap buku lali ini.
    Terima kasih.

    Email saya. dottwin@gmail.com

    ReplyDelete
  21. No telipon/watsap
    0199916524
    Zakaria

    dottwin@gmail.com

    ReplyDelete
  22. Salam Doc...
    Sy nak tanya..sy baru saja operation.. tulang sy jd serpihan sedikit...sebab 4 bulan baru tau ade patah. Sepanjang 4 bulan ni la sy menanggung sakit... doc sarankan sy buang serpihan tulang yg ganggu pergerakan sy tu... agak2 tulang tu bole cantum tak ya...risau pulak sy

    ReplyDelete
  23. assalmualaikum doc..boleh sy bertanya , sy mengalami patah di buku lali , dan dah buat pembedahan masuk kt plate dan skru , sy cuma nak tahu adakah kaki saya akan kembali pulih seperti asal maksud sy boleh berjalan seperti biasa atau akan jad i tempang. ?

    ReplyDelete