Saturday 25 January 2014

Bahan rujukan Opthalmology untuk pelajar perubatan

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua


Bagi pelajar yang sedang atau akan membuat latihan di unit mata, di sini saya titipkan beberapa cara belajar supaya pengalaman anda di unit ini lebih bermanfaat dan bermakna

1. Buku teks

Rotation ini agak ringan pada saya. Selain kes yang tidak sebanyak pembedahan am, unit ini amat menarik sebenarnya. Saya mempunyai masa untuk benar-benar belajar berkenaan mata. Yela, sebelum ini di universiti, subjek mata macam tak dipentingkan sangat dan tiada kelas yang benar-benar mengajar tentang mata.

Saya amat menyarankan pelajar perubatan membaca buku ini:

Manual for eye examination  and diagnosis Leitman



SBuku ini hanyalah 126 muka surat, bewarna dan amat mudah dibaca. Daripada buku ini saya belajar bagaimana memmeriksa mata seseorang. Dimuatkan tentang slit lamp exam, prism, dan wirt stereopsis

General opthalmology Vaughan Asbury's


Buku ini lebih kepada pathophysiology. Hnaya beberapa muka surat yang bewarna. 

2. Laman web/ youtube

Saya jatuh cinta dengan laman web ni selepas lihat comparative eye anatomy oleh doktor Tim Root ini. Sangat hebat

Opthobooks





Sekian Semoga bermanfaat!






Friday 17 January 2014

Minggu pertama di Unit ENT/Mata Telinga Hidung dan Tekak

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua

Alhamdulillah pada 2 minggu lepas saya telah pulang semula ke Australia untuk tahun akhir pengajian :). Bersyukur kepada Allah yang telah memelihara dan membantu diri sehingga ke tahap ini. Kalau difikirkan agak kurang masuk akal pengalaman hidup merantau yang dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain serta perubahan diri daripada yang jahil kepada mengerti dan masih belajar ini. SubhanaAllah.

***
Saya ditempatkan di unit campuran ENT/Mata selama 2 minggu. Ya memang singkat dan saya amat menyukai penempatan ini (setakat minggu pertama :)). 

Unit ENT (Telinga, hidung, tekak)

Pengalaman di sini memberi peluang untuk saya mempelajari tentang 3 bahagian utama badan yang agak tersisih/kurang popular dalam bidang  perubatan. Saya belajar betapa hidung bukan hidung sahaja begitu juga dengan telinga dan tekak. Bahagian dan lekukan yang kita anggap tidak bermakna dan biasa adalah penting dalam dunia ENT. MashaAllah benarlah kata-kata bahawa ilmu Allah adalah teramat luas sehingga ilmu manusia itu dinisbahkan seperti jarum yang diangkat setelah dicelupkan ke lautan. 

Pelbagai penyakit yang saya temui dan mashaAllah setiap pesakit itu mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah sedia ada dan betapa mudahnya ia boleh menarik salah satu daripada pancaindera manusia.

Antraranya ialah:
1. Chronic Otitis externae


Otitis Externae - carian google

 Penyakit ini ialah jangkitan/radang pada salur telinga. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini. Antaranya jika telinga seseorang sentiasa terdedah kepada air. COntoh paling mudah ialah perenang dan orang membasuh rambutnya setiap hari. Faktor lain ialah sesorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan psoriasis. Walaubagaimanapun faktor utama ialah trauma iatu dengan menggunak putik kapas ke dalam salur telinga. 

Rawatan bergantung pada tahap biasa, sederhana mahupun teruk. Umumnya, pesakit hendaklah memastikan air tidak masuk ke telinga semasa proses rawatan.  Rawatan terdiri daripada krim steroid, microsuction (macam vakum kecil di masukkan ke dalam telinga) dan jika teruk akan diberikan ear drops (steroid+anti fungal+antibac) yang dimasukkan ke dalam telinga dan juga antibiotik untuk dimakan.

2. Foreign body 
Foreign body - carian google

Kelakar tetapi itulah yang saya perhatikan di klinik ini. Pesakit yang sudah berumur selalunya tidak akan mengaku mereka memasukkan objek ke dalam telinga mereka dan apabila diperiksa, terdapat cebisan seperti tisu/kain? Satu lagi yang menarik ialah batu di dalam telinga kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Doktor mahu menyedut ia keluar menggunakan microsuction tetapi kanak-kanak ini meraung dan bergerak-gerak jadi beliau dimasukkkan ke dalam senarai unit bedah untuk ditidurkan semasa proses mengeluarkan batu kecil tersebut.


3. Pekak serta merta di satu telinga
Satu pesakit wanita ini melaporkan ia hilang pendengaran sejurus ia bangun daripada tidurnya. Ini dinamakan unilateral sensorineural hearing loss. Beliau masih dalam keadaan terkejut dan saya pasti berasa amat sedih dengan keadaan yang berlaku. Cuba anda bayangkan apabila anda terjaga daripada tidur, anda telah pekak? Bagaimanapula jika anda terjaga, tetapi sebenarnya terjaga bahawa kematian telahpun menjemput anda dan segalanya sudah terlambat?

4. Kes lain
Kes lain ialah peskait yang berumur 32 tahun yang mengalami kesesakan bernafas dan didapati ia mempunyai vocal cord palsy (otot kotak suara yang lumpuh), Nah! hebat  bukan jika Allah mahu menarik suara ini daripada mengeluarkan kata-kata kesat dan tercela, boleh sahaja dilemahkan otot kotak suara. Walaubagaimanapun tiada punca dapat dikesan bagi pesakit ini mengalami penysakit ini. Saya juga melihat biopsy pada lidah seorang tua yang tinggal di rumah orang tua (nursing home), melihat melalui endoscopy pendrahan dalaman di sekeliling bahagain dalam tekak. Menariknya, terdapat seorang kanak-kanak lelaki orang putih yang bermati-matian tidak mahu prosedur nosendoscopy dijalankan kepadanya kerana merasa geli (ticklish). Kami memujuknya sehinnga 45 minit. Tujuan prosdeur ini adalah kerana ia mengalami pendarahan melalui hidung pada minggu sebelumnya dan doktor mahu memastikan tiada ketumbuhan (juvenile angiofibroma) di dalam lelangit hidungnya.


Juvenile angiofibroma- carian google


Unit Mata

Saya seperti jatuh cinta dengan bidang perubatan ini. Amat unik sekali dan seperti ENT, pesakitnya tidak mengenal usia dan bangsa. Saya belajar tentang mata, slit lamp exam, memperbaiki direct opthalmoscopy skills dan lain-lain. Kalaulah anda boleh melihat betapa indahnya mata itu apabila dilihat di bawah mikroskop pasti anda akan berasa takjub kepada Allah. 

Pelbagai kes yang saya telah lihat. Antaranya ialah, keratitis, glaucoma, congenital cataract, cataract, central serous retinopathy, chronic retinal detachment, iriodcorneal endothelial syndrome, endothelial dysplasia, maculoedema dan banyak lagi. 
catarat- carian google


Saya juga sempat belajar mengenai risiko memakai kanta lekap. Maklumla saya sudah memakainya selama 8 tahun. InshaAllah dalam entri yang akan datang saya akan tulis berkenaan katarak, glaucoma dan kanta lekap.




Saya belum berpeluang pergi ke unit bedah kerana doktor pakar masih berada di luar daerah. InshaAllah mungkin minggu depan!

Akhir kata, saya merasakan dua bidang ini amatlah besar ertinya kepada pesakit kerana melibatkan tiga panca indera yna penting untuk manusia. Bayangkan jika penglihatan kita ditarik, maka gelaplah dunia, jika menjadi pekak bosanlah kehidupan dan jika kehilangan hidung maka rosaklah wajah. Maka pembaca sekalian, walau seburuk mana mata, telinga dan hidung kalian pada pandangan sendiri usahlah mengeluh dan menggunakannya secara sia-sia. Bersyukurlah kepada Allah dan semoga ia terus mengekalkan nikmat ini hingga ke akhir hayat dan membolehkan kita berbuat kebaikan melalui panca indera ini.

Sekian, semoga bermanfaat.