Wednesday 18 February 2015

Osteonecrosis of the femoral head-Komplikasi Akibat Patah Tulang Peha

بسم الله الرحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua


Saya mengambil keputusan untuk menulis post ini sebagai jawapan kepada Saudara Fadzli yang mengalami keadaan yang dinyatakan. 

Pengenalan

"Osteonecrosis of the femoral head"- iaitu kematian tisu tulang di pangkal tulang peha atau nama dahulunya "Avascular necrosis", adalah satu komplikasi yang amat biasa bagi pesakit  yang pernah mengalami "high energy trauma" melibatkan patah tulang femur di bahagian lehernya "neck".



Osteonecrosis of the femoral head- Gambar ihsan menunjukkan bahagian atas tulang femur yang mengecil akibat sel tulang di bahagian yang terlibat telah mati

Melalui pembacaan, kira-kira 86% peratus golongan  muda mendapat komplikasi ini. 

Simptom/Tanda-tanda awal

Pesakit akan mengadu sakit seawal 6 bulan selepas pembedahan awal walaupun kebanyakkan pesakit mula mengadu sakit 2 tahun selepas. Sakit yang dialami pula disifatkan dari dalam (thigh) dan punggung, berdenyut-denyut di bahagian peha, kadang-kadang merebak di bahagian hadapan peha hingga ke lutut. 

Lama kelamaan pesakit akan merasa tempang apabila berjalan dan kaku pada sendi peha//pinggul. Akhirnya, rasa sakit juga akan hadir semasa waktu rehat dan tidur.

Signifikan keadaan ini
Gambar menunjukkan osteonecrosis berterusan dari sendi yang normal (Stage 1) kepada kegagalan sendi (Stage 4)
Reproduced from Beaule PE, Amstutz, HC: Management of ficat stage III and IV osteonecrosis of the hip. J Amer Acad Orthop Surg 2004; 12: 96-105.

Apabila keadaan ini beerlaku pada sendi pinggul, bahagian atas kepala femoral (bahagian bola) runtuh dan mula mendatar. Ini berlaku kerana sendi peha adalah di mana sebahagian besar daripada berat badan yang tertumpu. Perataan mewujudkan situasi di mana bola tidak lagi sesuai dengan sempurna di dalam soket.  Ini membawa kepada kerosakan pada sendi peha, dan kesakitan.

Tulang rawan yang berada di permukaan atas tulang femur (peha) itu turut terjejas. Tulang rawan berfungsi sebagai "cushion" apabila 2 tulang (yang membentuk sendi) bergeser antara satu sama lain. Kegagalan "cushion" inilah yang menyebabkan kesakitan apabila sendi peha digerakkan. Sebagai perbandingan ialah golongan orang tua yang selalu mengadu sakit sendi. Hal ini kerana usia yang tua menyebabkan tulang rawan semakin haus dan nipis.  Keadaan ini pula dinamakan sebagai "osteoarthritis". 

Komplikasi jangka panjang 


Gambar ihsan carian google. Lihat subchondral bone yang dimaksudkan

Jika keadaan ini dibiarkan tanpa pembedaan, terdapat dua kesan utama secara jangka panjang iaitu "subchondral collapse"- tulang dibahagian bawah tulang rawan akan "collapse" dan "osteoarthritis" seperti yang diterangkan di atas. Apabila 2 keadaan ini berlaku, Total Hip Replacement atau THR adalah satu-satunya rawatan yang pesakit kena jalani. 

Isunya sekarang apakah rawatan yang ada ialah dalam tempoh sekarang hinggalah sebelum berlakunya komplikasi jangka panjang di atas?

Rawatan sebelum komplikasi jangka panjang

1)Perubatan- bukan pembedahan

Ubat-ubatan
a) Ubat tahan sakit
Untuk sakit-sakit yang dialami, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit di farmasi seperti paracetamol/panadol setiap kali berasa sakit. 

b)Ubat anti-radang (anti-inflammatory)
Ubat ini sering digunakan untuk melegakan kesakitan. Contoh NSAIDs-  aspirin(mesti ambil dengan makanan)

b) Bisphosphonates 
Satu bisphosphonate tertentu (Fosamax biasanya digunakan untuk merawat osteoporosis) telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko keruntuhan kepala femoral pada pesakit. 

Kaedah lain
Dalam beberapa kes, pakar bedah juga menetapkan kaedah rawatan biofizikal seperti rangsangan elektrik atau kejutan terapi gelombang dalam usaha untuk mendapatkan tulang untuk sembuh. Kadang-kadang langkah-langkah ini boleh membantu melewatkan keperluan bagi pembedahan.

Penggunaan oksigen hiperbarik (HBO) juga dilakukan dengan persepsi bahawa HBO meningkatkan pengoksigenan, mengurangkan bengakakan, dan mendorong pertumbuhan saluran darah; Ini menyebabkan pengurangan dalam tekanan dalaman tulang serta memperbaiki peredaran darah.


2) Pembedahan
Menurut sumber, pembedahan mempunyai peluang yang cerah untuk "berjaya" berbanding pendekatan tunggu dan lihat.

Terdapat 2 jenis utama iaitu prosedur-prosedur yang memelihara kepala tulang femur tersebut (femoral head-preserving procedures) dan pembinaan semula sendi (joint reconstruction). Antara prosedur yang memelihara kepala tulang femur adalah bahasa inggerisnya- joint unloading, femoral head core decompression, electric stimulation, osteotomy, and bone grafting

Prosedur pembinaan semula sendi termasuklah cup arthroplasty, hemiresurfacing, total hip resurfacing, femoral head replacement, femoral head endoprosthesis, and total arthroplasty. 

Sekiranya pesakit masih belum berada di tahap 4 (stage 4), pembedahan "core decompression" merupakan pembedahan pilihan.

Di bawah ini saya hanya kongsikan satu prosedur popular untuk keadaan ini. 

Core decompression (Penyahmampatan Teras Tulang Femur)


(Kiri) Penyahmampatan Teras. (Kanan) Dalam x-ray, garis gerudi menunjukkan tengah-tengah jalan lubang gerudi kecil yang digunakan dalam prosedur teras penyahmampatan. Gambar ihsan

Prosedur ini melibatkan penggerudian satu lubang besar atau beberapa lubang kecil ke dalam kepala tulang femur untuk melegakan tekanan pada tulang dan mewujudkan saluran untuk salur darah baru untuk menyuburkan kawasan yang terjejas.

Apabila osteonecrosis sendi peha didiagnosis awal, penyahmampatan teras adalah sering berjaya dalam mencegah keruntuhan kepala femoral dan osteoarthritis.

Penyahmampatan Teras sering digabungkan dengan tulang cantuman untuk membantu menjana semula tulang yang sihat dan sokongan tulang rawan pada sendi peha. Tisu tulang(bone graft) yang sihat akan dipindahkan ke kawasan di mana ia diperlukan.

Terdapat banyak pilihan tisu tulang (bone graft) boleh didapati hari ini. Teknik yang standard ialah mengambil tulang tambahan dari satu bahagian badan anda (harvest) dan dipindahkan kepada bahagian lain badan anda (tulang femur dalam konteks ini). Kaedah ini dipanggil autograft. Kadang-kadang, tisu tulang boleh didapati daripada penderma lain yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Selain itu, terdapat juga beberapa cantuman tulang sintetik (tiruan) yang terdapat hari ini, cuma saya tidak pasti kewujudan di negara kita.

Selepas prosedur ini, pesakit mestilah menggunakan tongkat (crutches) selama beberapa bulan untuk mengurangkan tekanan kepada tulang. Secara purata pesakit akan dapat berjalan 3 bulan setelah prosedur ini. 

3) Alternatif- Bukan pembedahan

Fisioterapi/Senaman
Pada dasarnya, rawatan fisioterapi untuk keadan ini tidak berkesan. 

Menghadkan berat pada sendi peha terjejas
Apa yang boleh dilakukan pesakit ialah menghadkan aktiviti yang memberi tekanan pada sendi peha seperti menggunakan tongkat. Walaubagaimanapun terapi fizikal hanyalah menyediakan kawalan gejala penyakit (iaitu kesakitan) dan tidak banyak membantu mengubah perkembangan penyakit (tempoh daripada keadaan anda sekarang hinggalah tahap 4).


Makanan tambahan (glucosamine dan chondroitin)
Sesetengah pesakit mendapati bahawa kombinasi makanan tambahan pemakanan glukosamin dan kondroitin (chondroitin) membantu melegakan kesakitan. Pesakit yang mengambil makanan tambahan, herba, ubat-ubatan dan lain-lain pelengkap dan alternatif pemakanan perlu memberitahu doktor mereka untuk mengelakkan interaksi dadah berbahaya.


Rawatan setelah komplikasi jangka panjang (tahap 4)



Penggantian sendi peha secara total (sepenuhnya). Gambar ihsan
Apabila pesakit telah mencapai tahap empat, ia akan terpaksa jua menjalani prosedur THR-
Total hip replacement, atau penggantian sendi peha secara total. Ini dapat mengurangkan rasa sakit dan memulihkan fungsi dalam 90% hingga 95% kepada pesakit. Sungguhpun begitu kaedah ini lebih kepada pesakit berumur lebih 60 tahun kerana jangka masa hayat keberkesanan sendi tiruan ini hanyalah dalam 15 ke 20 tahun seterusnya. Kesan sepanjang hayat prosedur ini ialah pesakit tidak boleh mengangkat benda berat, menyilang kaki, bersila mahupun bercangkung untuk mengelakkan komplikasi "hip dislocation"- terkehel (lihat gambar di bawah).
Hip prosthesis dislocation

Kesimpulan

Tujuan penulisan artikel ini untuk memberi pencerahan dan pendidikan sedikit sebanyak kepada anda sebagai pesakit. 

Jumpalah doktor pakar tulang dan pastikan di mana tahap anda yang sebenarnya. Bincang dan dapatkan nasihat yang tepat daripada mereka kerana mereka dapat memeriksa anda serta melakukan pengimejan seperti X-ray. 

Sumber:

1. Osteonecrosis of the hip. Link
2. Pauyo T et al. Management of femoral neck fractures in the young patient: A critical analysis review. World J Orthop. 2014 Jul 18; 5(3): 204–217. Link
3. Bachiller et al. Avascular necrosis of the femoral head after femoral neck fracture. 2002 Jun;(399):87-109. Link
4. Avascular Necrosis of the hip. Medical Multimedia Group, L.L.C. Link
5. Sen RK. Management of avascular necrosis of femoral head at pre-collapse stage. Indian J Orthop. 2009 Jan-Mar; 43(1): 6–16. Link
6. NIH Publication . Questions And Answers About Osteonecrosis (Avascular Necrosis). Jan 2013. Link

Sekian, semoga bermanfaat!


15 comments:

  1. Assalamualaikum doktor, saya suhairi, saya mengalami kemalangan dan patah tulang buku lali pada 2 bulan lepas, pada 16 feb 2015 saya telah buka simen, tapi saya mengalami kesukaran/tidak boleh berjalan dan sakit apabila saya memijakkan kaki ke lantai serta suka untuk imbangkan badan, saya nak tanya pendapat dan cadangan doktor, apa yang patut saya lakukan? Apa yang perlu saya lakukan untuk imbangkan badan? Senaman apa yang patut saya lakukan? Adakah saya perlu ubat dan makanan kesihatan? Adakah bagus dan bolehkah saya menjalani rawatan tradisional seperti urut? Saya berharap doktor siti dapat memberi sedikit sebanyak pendapat dan cadangan yang berkesan untuk pulihkan kaki saya. Terima kasih doktor siti =)

    ReplyDelete
  2. Salam En Suhairi. Sila lihat post ini http://doktorsiti.blogspot.com/2015/02/rehabilitasi-selepas-patah-tulang-buku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam Dr Siti. Bagaimana nak hubungi Dr. Sy nak berbincang dan mendapat konsultansi Dr utk kes yang sama. Email saya: sridzuan@gmail.com mob: 0162251187. Sy dari subang jaya.

      Delete
    2. AsSalam Dr Siti. Bagaimana nak hubungi Dr. Sy nak berbincang dan mendapat konsultansi Dr utk kes yang sama. Email saya: sridzuan@gmail.com mob: 0162251187. Sy dari subang jaya.

      Delete
  3. Salam doktor,saya Romaizi..berumur 41 thn..terlibat dlm kmlgn pd 10 okt 2014 dan mengalami patah tulng peha seperti artikel doktor diatas..sy dah selamat mnjalani pembedhan memasukkan 2 skru dlm tlg kepala peha tersebut pada 6 nov 2014 ..stlh terlntr hmpir sbln diatas katil hospital
    soalan saya..
    1..adakah terdpt kesan smpingan kerana sy menjalni pmbdhn lewat lbh krng sebulan dr tarikh accdent trsebut..kerna waiting list dihospital trsebut...skrg slps hampir 4 bulan xray mnnjkn patah tlg pd kepala peha itu sudah seprti bersambung dan retak pada cawn atas sudh bertangkup..
    2.adakah sy masih mmpunai risiko seperti stage 4 diatas dan akhirya perlu membuat pmbdhn THR akan datang smsa tua..
    3.skrng slps 4 bulan sy cuba berjalan dgn 1 n tnpa tongkat kdg2..namun akhir2 ini sy merasa sengal2 pada otot peha dan sakit2 yg x keteralulan pada mungkin kwsn tulang yg dimasukn skru.. mybbkn sy memakai sma 2 tngkat..apakh pnyebabnya..
    4.apakah suplemnt2 tertntu yg sy blh ambil bg mnghrpkan tulang kepala peha sy berkeaadan lebih baik n dhrpkn kmbali normal bg mengelakkn THR..
    5.apakh sy mmg x boleh minum air sejuk air klpa dll..apkh pntng laran bg penyakt sbgni..
    6.adakah boleh sy pergi mengurut dgn bomoh patah atau seumpamanya bg mmpercptkn sembuh n kmbli sprti biasa..
    7.adkh sy x boleh cergas brmain bdmnton dsbnya seperti sblm ini lg..
    8.adkh boleh sy berdiri/sujud lama kerana ia mmberi tknn pada bhgian trsebut..
    Saya berharap doktor siti sudi mjwb 8 kemsykilan sy diatas..n memberi sedikit sebanyak motivasi,pendapat dan cadangan yang berkesan untuk pulihkan kaki saya. Terima kasih doktor siti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum En Romaizi. Terima kasih atas soalan.
      1. Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Melalui pembacaan jurnal perubatan dan pengalaman saya yang masih terhad ini, saya berpendapat tiada kesan sampingan selagi semasa pembedahan dilakukan, tahap keseriusan penyakit saudara masih sama.
      2. Ya masih ada. Segala kecederaan yang melibatkan sendi (dalam konteks ini sendi peha) akan menaikkan risiko sesorang untuk mendapat penyakit osteoarthritis dan akhirnya menjalani prosedur THR.
      3. Masih awal untuk mengatakan pembedahan core decompression (CD) yang telah dijalani telah berjaya. Kemungkinan besar encik akan berjumpa doktor pakar selama beberapa tahun untuk rawatan/nasihat susulan.
      4. Seperti yang saya katakan, kecederaan pada sendi (akibat osteonecrosis/trauma) ditambah dengan aktiviti dan usia akan menyebabkan risiko mendapat osteoarhtritis semakin tinggi yang juga akhirnya memerlukan THR. Untuk supplemen kesihatan tulang boleh amalkan diet kaya protein (daging, dsb), ambil mikronutrien (penting) seperti calcium(daripada susu, sayuran dedaun hijau mahupun pil kalsium) bersama vitamin D, pil multivitamin, phosphorus, zink, omega 3/6, zat besi serta supplemet genestein. Cuma pengambilan pil kalsium kenalah diambil bersama makanan dan seeloknya vit D beberapa kali sehari dan bukannya beberapa pil sekali makan. Sebab penyerapan kalsium dalam usus pada satu-satu masa ada hadnya.
      5. Maaf ini di luar bidang pengetahuan saya. Elakkan mengangkat objek berat, dan merokok boleh melambatkan penyembuhan. Jika ada penyakit kronik hendaklah kawal dengan baik terutamanya penyakit kencing manis.
      6. Boleh mengurut untuk melegakan kesakitan tetapi bukan dengan orang yang menarik2 kasar sebab anda baru sahaja menjalani pembedahan dan tulang apatah lagi sendi mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Cari ahli fisioterapi, mereka selalunya terlatih dalam mengurut dan memberi nasihat pada pesakit hospital
      7. Dapatkan nasihat doktor pakar yang merawat anda. Dalam tempoh 12 bulan pesakit yang menjalani prosedur ini dihadkan kepada "low-impact activities" (senaman seperti berjalan kaki, menaiki tangga dan sebagainya)
      8. Sekadarnya sahajalah

      Penyakit ni agak kompleks, bakal berlarutan dan memerlukan kepakaran doktor pakar tulang jadi sebaiknya dapatkan nasihat daripada mereka. Nasihat saya, pertama kenalah redha dengan apa yg dah berlaku dan keadaan ini. Berdoalah pada Allah mudahan disembuhkan dan supaya dapat terus solat sehingga ke akhir hayat. Selain itu, usaha dengan tambahkan pembacaan mengenai penyakit ni dan dapatkan nasihat pakar2.

      Sekian, semoga bermanfaat

      Delete
    2. Alhamdulillah..Terima Kasih bebanyak Dr Siti atas pencerahan diatas.JazakAllah..BaarakAllah..

      Delete
  4. salam doktor, saya mohd fadzli yang mengalami masalah di atas, baru2 ini saya berjumpa doktor pakar ortho hospital swasta, dia mangatakan tulang saya masih hidup tetapi bentuknya telah terlalu teruk, dia juga mengatakan pembedahan thr perlu mengikut batasan pergerakan seperti dalam rencana yang doktor beri selama 6 bulan, selepas itu kebanyakan aktiviti normal boleh dilakukan seperti biasa cuma kurang digalakkan kerana bimbang sendi itu akan haus kurang dari 20 tahun, thr yg di katakan menggunakan pelapik sendi jenis E poly plastic kosnya rm 32000, manakala di hospital kerajaan menggunakan pelapik sendi seramik yang saya fikir lebih tahan lasak dari plastik dengan kos rm 12500. Tetapi kenapa doktor di hospital kerajaan mengatakan saya tidak boleh mencangkung,silang kaki, mengangkat kaki lebih 90 darjah, berjoging, solat dan pelbagai lagi aktiviti untuk selama-lamanya? doktor hospital kerajaan itu mengatakan sendi thr akan dislocated sekiranya saya melakukan pergerakan itu. adakah sebab cara doktor memasang thr kurang kemas yang menyababkan pantang2 itu kekal selama-lamanya? mana satu yang betul saya tidak pasti, tetapi doktor pakar hospital swasta itu mengatakan dia bercakap dari pengalaman kebanyakan pesakit dia yang telah menjalani thr, dia juga mengatakan mengapa perlu thr sekiranya pantangnya lebih teruk dari keadaan sekarang. pada pandangan doktor pula bagaimana? manakah pilihan yang lebih baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Fadzli, menjawab persoalan encik;
      1. 6 bulan itu ialah tempoh kebanyakan pesakit yang menjalani prosedur ini selalunya akan dapat kembali aktif selepas pembedahan. Sehari selepas pembedahan pesakit akan digalakkan(dan selalunya) sudah boleh berdiri. Cuma dalam tempoh itu pesakit kenalah "adjust" cara pergerakkan dengan hip precautions yang disebut sebelum ini dengan ketat. Jika semuanya lancar, anda akan di "follow up " pula oleh physiotherapist dan occupational therapist (jurupulih kerja).
      2. Jangka hayat THR selalunya dalam 10-15 tahun dan pasti ada juga yang mencecah 20 tahun. Justeru material yang berlainan yang disebut doktor pakar itu merujuk kepada "kemungkinan" pertambahan jangka hayat inilah (durability). Seperti yangs saya sebut sebelum ini, sebab itulah prosedur ini dijalankan pada golongan emas- 60 an di negara barat kerana jangka hayat bagi seseorang di negara mereka ialah 80 tahun +. Jadi mereka menjangkakan apabila THR telah haus, peluang untuk kebanyakan pesakit untuk mendapatkan THR kali kedua ialah rendah (sebab ramai dah meninggal dunia). Sekiranya THR dijalankan pada golongan muda, mereka akan memerlukan pembedahan kali kedua (kerana aktif dan masih hidup) dan sebab inilah prosedur ini kurang digalakkan(tapi masih dilakukan jika itulah pilihan yang ada). Walaubagaimanapun pencarian jurnal perubatan yang saya lakukan menunjukkan tidak cukup bukti untuk mengatakan mana yang lebih baik. Tapi dalam Cochrane database 2015(ni kira rujukan paling reliable dalam dunia perubatan) menyatakan bahawa ceramic on ceramic THR kurang mencatatkan kesan buruk berbanding metal on polyethylene THR.
      3. Risiko utama lain (jangka pendek dan panjang) ialah sendi terkehel seperti gambar di atas. sebanyak 0.2-10% pesakit (iaitu 2-10 orang dalam 100 pembedahan)akan mengalami komplikasi ini seawal beberapa hari atau minggu. Jika terjadi, doktor akan cuba memasukkan kembali secara manual/bantuan ubat tahan sakit/pembedahan semula. Keberangkalian untuk terjadi lagi amatlah tinggi jika pernah berlaku.
      4. Isunya bukan teknik pakar bedah semata-mata atau jenis THR apa yang dipasang tetapi ialah sendi baru ini hanyalah kepingan besi-besi seperti besi engsel yang membolehkan kita buka dan tutup pintu tetapi tidak sefleksibel dan sestabil sendi semiulajdi. Walhal sendi asal dibentuk oleh tulang(yang sekarang diganti dengan besi), tulang rawan(ceramic/poly), dan selaput tisu yang kuat mengelilingi tulang ini (contoh senang bayangkan peha ayam drumstick mentah yang kuat). Jadi cara paling efektif untuk mengelak komplikasi ini ialah daripada pihak pesakit sendiri iaitu -pesakit mestilah berjaga-jaga dengan gerakan tertentu yang boleh menyebabkan terkehel "dislocation". Adakah penting mengetahui dan mengelak risiko ini? Ya, buktinya anda boleh cari di youtube atas kata nama "hip precaution" atau "total hip replacement physical therapy". Di situ anda akan lihat banyak video hospital barat yang memberi tunjuk ajar bagaimana melaksanakan pengubahan aktiviti selepas THR.
      5. Bukan tidak ada tapi ada pesakit muda menjalani prsoedur ini. Cuma, seperti yang dikatakan anda akan memerlukan pembedahan kedua setelah ia haus. Selain itu menahan sakit jika operasi kurang berjaya. Jika, pembedahan di swasta, pakar yang akan membedah tetapi kekangan kos mesti diambil kira. Sebab anda akan memerlukan follow up yang lama dan khidmat fisio. Jika di hopital kerajaan, mungkin doktor dalam latihan menjadi pakar akan membedah anda (tetapi masih di bawah seliaan pakar) dan waktu menunggu agak lama jika tiada kekosongan. Kebaikan sudah tentu kos lebih murah dan anda mungkin akan dirujuk pada fisioterapi dan occupational therapist setelah itu.

      Delete
    2. 6. Kesimpulannya ada pro dan kons.yang besar sebab itulah doktor akhirnya meletakkan pilihan pada pesakit dan mereka akan cuba buat ynag terbaik setelah itu. Jika anda benar-benar tidak dapat menahan sakit dan mahu berikhtiar, solatlah istikharah dan pilihlah yang mana hati dan keyakinan anda cenderung. Jika cenderung pada THR teruskan sahajalah dan tawakkal. Terlalu memikirkan masa hadapan mengikut logik akal semata-mata amat memenatkan. Allah sahajalah yang menentukan berjaya atau tidak pembedahan, manfaat atau sebaliknya. Encik hanyalah berusaha dan tawakkal. Betulkan niat kenapa nak THR. Sakit?Kerja? Takut tak boleh solat? Jika selepas ini sudah tidak boleh rukuk dan sujud sebaiknya tetapi membuatkan encik akan menambah dan memperbaiki ibadah, teruskan sahajalah THR. Allah bagi rukhsah kalau kita tak mampu. Boleh solat ikut gerakkan semampu mungkin. Jika sebab kerja untuk dapatkan rezeki yang halal boleh juga teruskan. Tetapi sudahkah anda bersedia dalam tempoh terdekat ini untuk tidak bekerja beberapa bulan dan ada penjaga nanti selepas pembedahan? Jika belum mungkin boleh tangguh sejekap dan cuba bersiap sedia (mental, fizikal, kewangan) daripada sekarang. Akhir kata, tanyalah Dia yang mengizinkan perkara ini berlaku dan lakukan mengikut gerak hati dan berdoalah dengan sebenar pengharapan agar pilihan itu benar dan lancar. Jika kesudahannya seperti yang diharapkan bersyukurlah kerana ia mengurniakan kesembuhan dan jika tidak seperti yang diharapkan bersyukur juga kerana masih hidup sebagai orang yang beriman dan masih boleh terus berusaha lagi.

      Sekian, semoga bermanfaat

      Delete
  5. assalamualaikum..sy azian dr gerik,perak...sy nk tanye mengenai anak saya lelaki,5 thn..sy br perasan ade benjolan timbul besar di bahagian tepi bwh lutut belah kanan..bla x-ray menunjukkan ade tulang yg tumbuh..boleh dr jelaskan mcmana bleh tjadi,adakah ia bahaya

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum doktor . saya rafee , masih berumur 21 tahun dan saya mengalami perkara sebegini juga . saya mula perasan semasa saya berumur 18 ketika bermain bola , sesang lari tiba2 rase sengal2 pada tulang . kemudian saya sambung belajar di darul quran , selangor . pada final exam sem 1 , saya pergi mandi di air terjun , kemudian saya terjun dari tempat tinggi . apabila kaki saya cecah ke air tanpa terkena batu dan kaki saya terus patah di bahagian neck peha belah kiri. kemudian saya di bawa ke hospital kuala kubu baru . selepas exam nurse mengesahkan kaki saya patah . bila saya lihat xray tersebut , terdapat perbezaan besar antara pangkal peha kiri dan kanan saya . tulang saya seperti rapuh dan sudah melarat sehingga 10cm (lebih kurang) . ketika itu baru saya perasan yg tulang saya rapuh bahagian itu . kemudiam saya di bawa ke hospial selayang . doktor mengesahkan saya kena jangkitan kuman atau cancer tulang . dan saya di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . doktor di sana pon kata begitu juga . kemudian ayah saya ambil keputusan untuk tidak menambung rawatan di situ . saya terus di bawa pulang ke rumah . saya ada juga melakukan rawatan alternatif seperti rawatan kampung . org yg mengubat saya tidak sentuh langsung bahagian patah tersebut , saya pon musykil ,tetapi ayah kata ikhtiar dulu cara niy . saya duduk di rumah sahaja sambil berubat di tempat itu seminggu sekali . alhamdulillah saya beransur pulih sedikit demi sedikit . naik wheelchair dan tongkat . alhamdulillah selepas 2 bulan saya boleh menyambung pengajian saya di DQ dengan memakai wheelchair dan tongkat . selepas sebulan , saya mula berjalan tanpa tongkat , pada permulaannya rase sengal2 . tetapi saya biasakan . lama2 boeh berjalan . Akan tetapi kaki saya yg patah tersebut pendek sebelah (3cm) . saya berjalan pon tempang . saya ada refer hospital sultan ismail di johor bahru . dia ada bagi ubat calcium dan fosamax plus dan saya makan secara berterusan . saya mengalami patah kaki ni dah 2 tahun lebih . selama niy saya berjalan sahaja secara tempang , kadangkala pinggan juga berasa sengal2 akibat berjalan jauh .
    jadinya doktor :
    1) apakah saranan doktor kepada saya . perlukah saya membuat pembedahan THR ?

    2)kenapa kaki saya mengalami pendek sebelah dan apakah cara untuk kembali pulih dan berjalan tidak tempang?

    3)beri nasihat sedikit tentang penyakit yg saya hadapi ini

    terima kasih doktor ,
    sekian dari saya .
    harap doktor baca dan jawab .
    maaf menyusahkan .
    assalamualaikum .

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum doktor . saya rafee , masih berumur 21 tahun dan saya mengalami perkara sebegini juga . saya mula perasan semasa saya berumur 18 ketika bermain bola , sesang lari tiba2 rase sengal2 pada tulang . kemudian saya sambung belajar di darul quran , selangor . pada final exam sem 1 , saya pergi mandi di air terjun , kemudian saya terjun dari tempat tinggi . apabila kaki saya cecah ke air tanpa terkena batu dan kaki saya terus patah di bahagian neck peha belah kiri. kemudian saya di bawa ke hospital kuala kubu baru . selepas exam nurse mengesahkan kaki saya patah . bila saya lihat xray tersebut , terdapat perbezaan besar antara pangkal peha kiri dan kanan saya . tulang saya seperti rapuh dan sudah melarat sehingga 10cm (lebih kurang) . ketika itu baru saya perasan yg tulang saya rapuh bahagian itu . kemudiam saya di bawa ke hospial selayang . doktor mengesahkan saya kena jangkitan kuman atau cancer tulang . dan saya di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . doktor di sana pon kata begitu juga . kemudian ayah saya ambil keputusan untuk tidak menambung rawatan di situ . saya terus di bawa pulang ke rumah . saya ada juga melakukan rawatan alternatif seperti rawatan kampung . org yg mengubat saya tidak sentuh langsung bahagian patah tersebut , saya pon musykil ,tetapi ayah kata ikhtiar dulu cara niy . saya duduk di rumah sahaja sambil berubat di tempat itu seminggu sekali . alhamdulillah saya beransur pulih sedikit demi sedikit . naik wheelchair dan tongkat . alhamdulillah selepas 2 bulan saya boleh menyambung pengajian saya di DQ dengan memakai wheelchair dan tongkat . selepas sebulan , saya mula berjalan tanpa tongkat , pada permulaannya rase sengal2 . tetapi saya biasakan . lama2 boeh berjalan . Akan tetapi kaki saya yg patah tersebut pendek sebelah (3cm) . saya berjalan pon tempang . saya ada refer hospital sultan ismail di johor bahru . dia ada bagi ubat calcium dan fosamax plus dan saya makan secara berterusan . saya mengalami patah kaki ni dah 2 tahun lebih . selama niy saya berjalan sahaja secara tempang , kadangkala pinggan juga berasa sengal2 akibat berjalan jauh .
    jadinya doktor :
    1) apakah saranan doktor kepada saya . perlukah saya membuat pembedahan THR ?

    2)kenapa kaki saya mengalami pendek sebelah dan apakah cara untuk kembali pulih dan berjalan tidak tempang?

    3)beri nasihat sedikit tentang penyakit yg saya hadapi ini

    terima kasih doktor ,
    sekian dari saya .
    harap doktor baca dan jawab .
    maaf menyusahkan .
    assalamualaikum .

    ReplyDelete
  8. Salam Sejahtera Dr.Siti ,saya mengalami kemalangan pada tanggal 28 Nov 2015. Saya mengalami kecederaan patah tulang paha.Doc mengunakan Kaedah external fixtactor pada kaki saya tetapi tulang kelihatan berlapis fan mengakibat kan kaki saya Pendek sebelah.setelah external dibuka sy mengalami kesukaran untuk mebengkokkan kaki sementara kaki sebelah Pendek.sy takut jikalau x di rawat dgn btl sy xkana bisa berjalan lagi..

    ReplyDelete
  9. Salam dktr..saya patah pada bahagian neck of femur ni la..umur saya 20 tahun dan telah menjalankan pembedahan tapi slepas sbulan saya dapati paha sbelah kanan saya agak kecil daripada yg kiri ..adalah itu petanda kepala soket itu rosak? Namun saya tdk lagi merasa sbarang kesakitan la pada masa ni...saya harap dktr dpt reply ni thank you

    ReplyDelete