Sunday 28 July 2013

Penempatan Klinikal Tahun 6 2014

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       

Assalamu alaykum semua


Baru-baru ini keputusan penempatan klinikal untuk sesi 2014 telahpun dikeluarkan oleh pihak admin universiti saya. Dan kelihatannya saya akan menjalani Haematology/medical oncology sebagai latihan perubatan pilihan di tahun hadapan dan diakhiri dengan Geriatric (warga emas) dan rehab (pemulihan). Sebenarnya saya meletakkan cardiology sebagai pilihan utama tetapi nampaknya takdir mengatakan tidak bagi pilihan saya. 

Jadual penempatan klinikal Tahun 6 2014

Seperti yang anda lihat kesemua sepuluh orang pelajar mempunyai penempatan yang berlainan sama sekali :)

Baiklah, semoga bermanfaat


Buku rujukan untuk subjek Psychiatry

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamu alaykum semua


Jika sebelum ini saya kongsikan senarai buku rujukan untuk OB/GYN kali ini saya nak maklumkan berkenaan buku rujukan untuk rotation Psikiatri (kesihatan mental)

1. Foundations of Clinical Psychiatry Bought used from Ebay au for $AUD20



Buku ini adalah teks yang disarankan oleh universiti saya. Saya membeli buku ini agak lewat tetapi sebelum saya memulakan rotation kali ke-2. Pada pendapat saya buku ini sesuai sebagai bacaan permulaan kerana ia memberi penjelasan yang mudah difahami. Ianya tidak berwarna warni dan tidak pula ditulis dalam bentuk dot points. Walaubagaimanapun ia mempunyai penjelasan yang membuatkan anda lebih memahami sesuatu konsep berbanding jika hanya membaca nota kaplan semata-mata dahulu. Jadi, jika selepas membaca nota ringkas anda masih tidak memahami berkenaan sesuatu topik, buku ini mungkin mempunyai penjelasan yang anda cari.

2. Kaplan and Sadocks Pocket Handbook of Clinical Psychiatry Bought in-store for RM186



Mulanya saya tidak menyukai buku ini kerana terlalu seperti buku nota dan saiznya yang kecil menjadikan buku ini tebal dan tidak "sedap" untuk diselak. Saiz tulisan juga kecil berbanding biasa. Tetapi selepas saya membaca buku dia atas dan merujuk kepada buku ini, buku ini sebenarnya saling melengkapi, padat, ringkas dan sangat sesuai untuk dijadikan buku rujukan pantas utama. Kesimpulannya buku yang bagus

3. Core Clinical Cases of Psychiatry Bought online from Bookdepository for AUD25



RIngkas dan sesuai untuk memory recall bagi peperiksaan amali dan bertulis. Sesuai dengan tajuk buku ini, hanya kes utama untuk OSCE sahaja di muatkan dalam siri ini. Satu lagi, buku ini tipis sahaja! 3.5 bintang

4. Case files Psychiatry Bought online for AUD10



Terdapat 60 kes menarik beserta maklumat tambahan dan soalan aneka pilihan di setiap akhir kes. Buku ini lebih padat berbanding core clinicals of psyhciatry. Lebih sesuai untuk rujukan ujian bertulis dan mcqs.


Baiklah semoga bermanfaat!




Thursday 25 July 2013

Minggu Kedua di Wad Sakit Mental

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم      


Assalamu alaykum semua


Menariknya pada minggu ini, kebanyakkan pesakit saya mengalami masalah bipolar 1 di mana mereka mengalami episod mania atau dalam bahasa melayu kasar "gila yang bersemangat tinggi". 

Karenah pesakit Mania

Pesakit pertama berasal dari New Zealand yang mempunyai masalah berbelanja berlebihan dan pelbagai perancangan yang terlalu banyak di dalam fikirannya. Dia telah pun menaiki pesawat yang akan berlepas ke negeri lain tetapi akibat terlalu risau akan urusannya yang dikatakan belum selesai di sini, dia tegas mengarahkan juruterbang melakukan U-turn sebelum berlepas. Pesakit kedua pula dari negeri lain yang menempah tiket kelas pertama ke Darwin untuk melakukan kejutan buat abangnya yang menetap di sini. Dia didakwa cuba mencuri ipad daripada syarikat penerbangan nasional Australia lantas sejurus pesawat mendarat, dia ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke wad sakit mental. Pesakit ini mempunyai kecendrungan seksual di mana di cuba menggoda kesemua staf dan pesakit wanita malahan melakukan aksi yang tidak senonoh di hadapan khalayak. Pesakit ini juga jatuh cinta kepada saya (haha) dengan asyik merenung tajam dan menunjukkan lambang cintanya. Sejurus rawatan kejutan elektrik pada otak (ECT) pada pesakit ini, dia semakin baik dan menjadi personaliti dirinya yang asal yang pemalu dan pendiam. Saya memang takjub dengan keberkesanan rawatan ECT ini. Pada masa yang sama terdapat pesakit ketiga wanita yang keadaannya semakin buruk. Jika dahulunya pesakit kedua cuba menggoda pesakit ketiga, kali ini pesakit ketiga yang mahu menggoda pesakit kedua dan mempamerkan kelakuan tidak senonoh. Nasib baiklah pesakit kedua semakin pulih dan tidak melayannya. Malangnya kali ini, pesakit ketiga membenci saya sebab saya seorang perempuan yang mugkin mencabarnya. Dia asyik merenung dan menudingkan jarinya kepada saya. Malahan hampir sahaja dia menumbuk saya dan cuba mendekati saya. Inilah cabaran bekerja di wad sebegini- keselamatan amatlah penting untuk dijaga!

Karenah pesakit Schizophrenia

Pesakit pertama telah lama tidak mengambil ubat kerana berasa tidak lagi memerlukannya. Jadi, dia secara perlahan berhenti mengambil ubat. Akibatnya, dia telah menikam suaminya sebanyak tidak lebih daripada sepuluh kali semasa tidur kerana menyangka suaminya adalah sebahagian daripada permainan komputernya. Pesakit kedua pula didapati mengamuk dan membuang perabot di rumah ibunya kerana tidak memakan ubat selama beberapa hari. Pesakit ketiga pula wanita cina pertengahan usia yang asyik menanggalkan bajunya setiap masa dan berkelakuan agresif. Beliau kadang-kadang baik dengan suaminya tetapi ada juga masa yang beliau menumbuk suaminya. Setakat ini, pesakit inilah yang paling sukar diubati.


Pesakit tipu

Pesakit pertama pula telah lama ditahan di wad iaitu selama 10 minggu. Lama-kelamaan doktor mengesyaki dia hanya menipu demi mendapatkan wang pampasan bekerja dan ingin mengelakkan didakwa di mahkamah. Yang dahsyatnya beliau telahpun menjalani rawatan ECT sebanyak 7 kali! Haih begitu pula.  Pesakit kedua pula dijumpai berenang di sungai yang penuh dengan buaya. Badannya dilihat banyak kesan gigitan serangga. Menariknya pesakit ini berulang kali mengatakan dia asyik mendengar suara halus dan inginkan benzodiazipine untuk hilangkan suara tersebut. Doktor mengesyaki dia hanya mahu mendapatkan ubat tersebut. Pesakit ketiga pula dibawa oleh ibunya kerana mendakwa mahu membunuh dirinya, pasangannya dan anak-anaknya. Ini berkalku dala konteks pergaduhan dengan pasangan yang enggan mengahwininya walaupun sudah berbelas tahun bersama. INi merupakan kali ketiga dalam masa sebulan dia datang ke hospital. Menariknya semasa di ditemu ramah dia enggan makan makanan hospital kerana dia sudah memeluk agama Islam. Si doktor itu mengatakan mengapa mahu berkeras makan makanan halal padahal sebotol champagne yang diminumnya itu adalah jelas haram. DIa terdiam dan tidak mengetahui bahawa doktor itu juga adalah seorang muslim! Doktor yakin bahawa beliau tidak gila dan akan melaporkan tindakannya kepada pihak berkuasa. Pesakit-pesakit ini ada satu persamaan iaitu mereka mengaku mereka gila dan mahu duduk di hospital. Ini begitu jarang sekali berlaku jika mereka benar-benar gila. 

Begitula serba sedikit pesakit yang menarik yang boleh dijadikan tauladan. Saya terfikir, apakah ceritanya pula dengan pesakit di Malaysia.

Sekian. semoga bermanfaat

Hari Keempat Wad Sakit Mental

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم      


Assalamu alaykum semua

Semakin hari saya di wad sakit mental ini, semakin tertekan saya rasakan. Dahulunya saya bersama dengan kumpulan merah dan hampir 99% pesakit saya adalah orang Asli dan doktornya pula Dr Anne, seorang doktor pakar perempuan kulit putih yang berada dalam pertengahan usia. Sekarang, kebanyakan masa saya bersama dengan seorang registrar yang berasal dari Mesir dan doktor pakar yang berasal dari negara Asia Selatan. 

Kadang-kadang saya berasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan cara mereka mengubati penyakit yang sangat bersifat paternalistik (iaitu aku yang membuat keputusan untuk kebaikan kamu). Saya faham pesakit itu mungkin sudah hilang kemampuan untuk berfikir secara waras pada setiap masa justeru pendekatan ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Tapi mungkin dalam temubual dengan pesakit, mereka acapkali mengatakan "you must take this medication" tanpa memberikan penjelasan yang difahami dan diyakini pesakit. Komunikasi yang berkesan itu perlu diperbaiki, pada pandangan saya. Jika saya seorang pesakit pun saya mahukan penjelasan dan mahukan kepastian. Sebagai contoh, seorang pesakit lelaki muda yang berbadan sasa dan tampak normal sekilas pandang dilaporkan mempunyai simptom psikosis selepas mengambil magic mushroom di bali beberapa minggu lepas. Pesakit itu dihantar oleh bapanya sendiri setelah merasakan terdapat perubahan pada anaknya. Oleh sebab pesakit itu tidak begitu banyak bercakap, mereka merasakan terdapat banyak "thought blocking" dan pesakit seakan sengaja enggan meluahkan situasi sebenar. Para jururawat pula menyokong dan kerap mengatakan beliau selalu bingung. Persoalannya adalah normal bagi pemuda untuk tidak banyak bercakap, kedua, diagnosisnya belum jelas kerana beliau belum mempunyai simpotm yang jelas, ketiga adakah sebab sejarahnya yang masih misteri menyebabkan semua orang begitu skeptikal dan yakin bahawa memnag ada sesuatu yang sedang berlaku. Saya bingung memikirkan kes ini tapi saya akur dengan keputusan mereka kerana sedar akan kecetekan ilmu dan pengalaman di dada. 


Saya berdialog dengan registrar saya mengenai agama dan sakit mental. Saya menyatakan bahawa saya yakin, agama dapat menyelesaikan permasalahan ini. Saya faham sesetengah manusia memnag mempunyai kecacatan atau ketidak seimbangan di otak mereka mahupun terdpaat penyakit yang boleh menyebabkan masalah mental. Walaubagaimanapun, stress dalam kehidupan dan alkohol, ganja dan sebagainya boleh diatasi dengan agama. Dia tidak bersetuju agama boleh menyelesaikan segalanya. Saya dengan lembut dan tegas menyatakan, maaf, saya juga tidak bersetuju dengan pandangannya. Kecewa adalah perasaan yang paling tepat pada masa itu. Kecewa kerana saya telah mengeheret perbualan ini kepada situasi yang tegang walau saya tidak bermaksud mencabar pendiriannya mengenai sakit mental.  Kecewa kerana dia seorang islam tetapi tidak merasakan agama sebagai jawapan.

Saya bersetuju bahawa semasa pesakit dalam keadan tenat dan aggressif, ubat suntikan merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk menenangkannya. Tetapi secara jangka panjang, saya merasakan ubatan sahaja tidak cukup. Ya, terdapat program cognitive behavour therapy dan pelbagai pyshcotherapies yang lain tetapi berapa banyak pesakit yang gagal dan kembali kepada ke"gilaa"an. mereka akibat alpa mengambil dos tepat pada masanya? 

Agama itu amatlah penting dan menyelamatkan. Saya berpendapat, InshaAllah sekiranya pesakit itu diberi kefahaman agama, dia boleh meninggalkan ketagihannya ke atas rokok, alkohol dadah dan sebagainya secara terus dan komited. Ini kerana keyakinan dan kesetiaan pada Allah memberi kekuatan untuk meninggalkan semuanya itu. 



Monday 15 July 2013

Hari Pertama Wad Sakit Mental (Mental Health)

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم     


Assalamu alaykum semua

Alhamdullilah telah selesai 4 minggu rotation di OB/GYN. Ingin saya kongsikan lagi pengajaran daripada rotation tersebut tetapi masa belum lagi mengizinkan.

Hari ini, bermulalah saya menjalani latihan klinikal kali ke-2 di wad sakit  mental di NT, Australia. Saya sampai tepat pada masanya iaitu 830 pagi untuk sesi handover. Seperti yang dijangka terdapat beberapa muka baru di jabatan ini walaupun pakar pskiatri masih yang sama. Kali ini saya ditempatkan dalam kumpulan biru bersama Dr Rajiv (pakar) dan Dr Amro (Registrar). Tiada resident medical officer mahupun intern di dalam kumpulan ini. Umumnya kumpulan biru menguruskan pesakit tempatan iaitu pesakit yang tinggal di daerah Darwin. Sekali sekala terdapat juga pesakit dari "negeri" seperti dari QLD, NSW yang baru sampai  atau melancong di Darwin.

Sebelum ini saya ditempatkan di kumpulan merah. Bezanya bagai langit dan bumi kerana kumpulan merah berjumpa dengan pesakit daripada kawasan kampung dan terpencil. Hampir kesemua pesakit adalah orang Aboriginal atau orang asli Australia. Manakala penyakitnya adalah lebih kurang sama iaitu schizophrenia. Kali ini terdapat 9 pesakit dalam kumpulan saya. Kebanyakan mereka menghadapi personaliti bermasalah (personality disorder), bipolar, cubaan bunuh diri dan selebihnya menghidapi penyakit schizophrenia. Ini sangat menarik bagi saya kerana masalah personaliti sangat jarang dijumpai dalam kalangan orang Asli atau orang kampung. Jadi amatlah "kelakar" melihat gelagat pesakit happy mania (mood gembira yang berlebihan) dan rancangann-rancangan mereka untuk membeli pelbagai barang.

Selain itu, hari ini juga terdapat pesakit cina pertengahan usia yang asyik membuka baju dan berbogel sepenuhnya tanpa rasa segan silu. Sudah berkali-kali staff menyuruh dan membantunya memakai baju semula tetapi ia keluar lagi dari biliknya dan membuka baju dan seluarnya di hadapan khalayak ramai. Sungguh mengaibkan den menyedihkan bagi saya.


Ingin sekali saya melihat sendiri bagaimana gelagat pesakit mental di Malaysia. Apa yang dicarutnya, apa yang dibayangkan dan didengarkannya. Kerana kebanyakan pesakit di sini mempunyai sejarah pengambilan dadah, alkohol, marijuana dan pelbagai lagi, bagaimana pula keadaannya di Malaysia? Tentu menarik jika saya melakukan elektif di wad sakit jiwa di Malaysia kelak!

Baiklah, sampai sini sahaja coretan ringkas saya. Oleh sebab saya kita berada dalam bulan Ramadhan, saya amat lokek dengan masa yang ada.

Sekian, semoga bermanfaat!

Friday 12 July 2013

Elektif di Malaysia

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم     


Assalamu alaykum semua,

Sebagai warganegara Malaysia yang menuntut di luar negara, elektif di Malaysia amatlah penting sebagai pengenalan "introduction" sistem kesihatan negara. Setelah beberapa tahun menuntut di negara maju saya semakin sedar dan berasa bertanggungjawab untuk menyumbang kepada pembaikan sistem kesihatan sedia ada. 

Adalah sia-sia menjadi bodoh sombong. 

Adalah kecuaian apabila berilmu tetapi tidak digunakan.   

Saya berpengalaman melakukan elektif di Hospital Malaysia selama tiga kali. Pertama, sebelum memasuki kursus perubatan, saya mengikut doktor di unit OB/GYN di Hospital Serdang selama seminggu. Masih saya ingat registrar itu berkelulusan matriks malaysia dan universiti di Kanada.

Kedua, apabila saya melakukan penempatan di Hospital berdekatan dengan rumah saya di Johor. Saya memilih unit bedah selama sebulan semasa di akhir tahun pertama, Banyak juga yang saya pelajari, daripada pneumothorax kepada kanser payudara, gastric ulcer dan juga pengalaman melihat gastroduodenoendoscopy, ortho surgery lain-lain. Saya juga disuruh melakukan pemeriksaan salur najis besar pada seorang pak cik. Tiada pilihan saya melakukannya jua. Tidaklah saya faham sangat apa yang pakar bedah dari Mesir itu ajarkan pada masa itu tetapi sekarang memori itu kembali dan saya mulai memahami maksud sebenar tunjuk ajarnya. 

Ketiga semasa penempatan di unit acute and emergency selama 2 minggu semasa di pertengahan tahun tiga. Saya masih belum arif dengan cabang perubatan pada itu, malahan ilmu klinikal masih terhad kerana semuanya bermula secara menyeluruh pada tahun keempat. Jadi, tidak banyak yang saya lakukan selain meletakkan klip ecg di dada pesakit atau pun memasukan cannula yang disebut branula di sini (macam dracula la pulak rasanya).

Jadi tujuan penulisan kali ini ialah, kami akan diberi peluang melakukan elektif lagi selama 2 bulan di mana-mana bahagian dunia ini pada tahun hadapan (tahun 6). Saya merancang untuk melakukan sebulan di kampung halaman dan sebulan lagi di Sabah ataupun Sarawak. Ini kerana saya tidak pernah menjejaki ke dua negeri ini dan saya mahu lihat sendiri perbezaan kesihatan dan masyarakat ini sendiri berbanding di negeri semenanjung. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai langsung kenalan di universiti awam malaysia apatah lagi rakan yang pernah membuat elektif di sana, Cuba juga menjengah blog pelajar perubatan lain tetapi kebanyakan menyimpulkan hasil pembelajaran yang terhad kerana bilangan doktor yang sedikit dan ketiadan pakar untuk mengajar. Jadi, sesiapa yang ada pengalaman atau tahu akan pelajar yang pernah ke sana silalah maklumkan kepada saya.


Sekian, semoga bermanfaat




Keguguran bayi

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم    


Assalam alaykum semua

Umumnya masyarakat di Malaysia memandang berita kehamilan sebagai suatu berita yang amat menggembirakan. Kegembiraan tersebut bukan sahaja dirasai oleh pasangan terbabit malahan keluarga besar, rakan-rakan malahan jiran tetangga sekalipun. Walaubagaimanapun, tidak semua kehamilan itu berjalan dengan lancar lantas berakhir dengan berita gembira iaitu kelahiran anak. Justeru, kepada para ibu yang berjaya melahirkan zuriat tanpa komplikasi mestilah bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang telah Allah limpahkan kepada mereka. Sesungguhnya terlalu banyak kesilapan dan kecacatan boleh berlaku di sepanjang proses percantuman telur dan sperma sehinggalah pembentukan janin, pembesaran dan akhirnya kelahiran bayi.
Maka kali ini saya mahu menulis mengenai keguguran dan pilihan rawatan yang berkaitan.

Insiden keguguran

Hampir satu per empat daripada kesemua kehamilan diancam ataupun berakhir dengan keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku pada kurang daripada 12 minggu kehamilan. Majoriti keguguran pula berpunca daripada susunan genetik yang tidak normal terutamanya trisomy 16. Setelah keguguran pertama, si ibu mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mengalami keguguran sekali lagi pada kehamilan seterusnya. Sekiranya si ibu telah gugur sebanyak tiga kali berturut-turut, di akan digelar "recurrent aborter" ataupun bahasa kasarnya "penggugur kerap". Di negara-negara maju, si ibu akan diperiksa dengan pelbagai ujian untuk mengenal pasti punca keguguran. Saya tidak yakin bahawa pendekatan yang sama diambil di Malaysia disebabkan kos ujian yang tinggi dan kemudahan teknologi yang terhad di bandar besar.

Jenis keguguran

Keguguran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Walaubagaimanapun, secara amnya tanda klassik atau utama bagi keguguran ialah sakit di bahagian bawah perut dan pendarahan melalui faraj dalam tempoh kehamilan kurang daripada 24 minggu. 

Keguguran jenis pertama dikenali sebagai "threatened abortion" ataupun kandungan yang diancam keguguran. Tanda awal adalah pendarahan melalui faraj semasa kehamilan . Pemeriksaan mendapati cervix (bukaan kepada rahim) masih tertutup rapat dan ultrasound scan menunjukkan kewujudan janin beserta degupan jantungnya di dalam ruangan rahim.

Kedua dinamakan "inevitable miscarriage" iaitu keguguran yang memang akan terjadi di masa terdekat (tidak dapat diselamatkan). Dalam kes ini, pesakit akan mengadu sakit di bahagian bawah perut +/- pendarahan. Pemeriksaan cervix mendapati ianya terbuka (bersedia untuk membenarkan laluan janin). USS pula menunjukkan janin yang telah meninggal dunia masih berada di dalam rahim. 


Ketiga, "incomplete abortion" atau keguguran tidak sempurna. Simptom adalah seperti threatened abortion tetapi pesakit akan merasa lebih sakit di bahagian bawah perut. Pemeriksaan mungkin mendapati samada 1) cervix terbuka atau 2) tertutup.  Manakala USS scan mendapati terdapat sedikit cebisan janin di dalam rahim dan tiada degupan jantung janin yang kedengaran. 

Keempat, "Complete misscarriage" pula kesakitan dan pendarahan yang semakin berkurangan (surut?) Cervix sudahpun tertutup menandakan kelahiran janin yang tidak bernyawa itu sudah selesai manakala USS tidak mengesan cebisan janin dalam rahim.

"Missed abortion" pula apabila si ibu tidak langsung menunjukkan kesakitan atau pendarah akibat kematian janin dalam rahim selama lebih daripada 6 minggu. Cervix pula tertutup dan USS pada rahim mendapati janin telahpun meninggal dunia. 

Dan terakhir ialah "septic abortion" di mana ibu mendapat tanda-tanda seperti disebutkan di atas DAN mempunyai tanda-tanda jangkitan (seperti demam ). Cervix mungkin terbuka atau tertutup dan USS akan mengesan produk janin masih tertinggal/terdapat di dalam rahim

Rawatan

Pada pendapat saya, adalah penting bagi wanita memahami bahawa pendekatan doktor untuk merawat keguguran bergantung kepada jenis keguguran yang mereka alami. Justeru, adalah tidak adil jika si ibu membandingkan pendekatan doktor mereka dengan doktor-doktor lain ke atas kenalannya yang pernah mengalami proses keguguran tanpa mengetahui jenis keguguran terlebih dahulu. Selain itu, suka saya ingatkan adalah tidaklah wajar juga sekiranya pesakit mengambil langkah "double standard" atas nasihat doktor di klinik/hospital swasta berbanding dengan doktor yang bekerja di hospital kerajaan. 

Baiklah, terdapat tiga jenis rawatan bagi pesakit yang berkeadaan stabil (tidak tenat). Pertama dikenali sebagai "expectant" iaitu pendekatan tunggu dan lihat samada rahim ibu itu sendiri akan mengeluarkan janin tersebut. Pendekatan ini selalunya bagi incomplete/inevitable ataupun missed abortions. Tempoh menunggu adalah maksimum 14 hari. Jika tiada perkembangan, doktor akan menasihatkan ke langkah seterusnya iaitu keguguran dengan bantuan ubatan khas.

Penggunaan ubatan khas ini selalunya menggunakan ubat yang bernama misoprostol (hormon prostaglandin E1 tiruan) yang menggalakan pengecutan rahim dan pembukaan cervix bagi membantu kelahiran janin. Ubat ini boleh diberi dalam bentuk sublingual (diletakkan di bawah lidah), di masukkan ke dalam vagina mahupun di makan seperti ubatan lain. Peratusan kejayaan daripada pendekatan ini adalah hampir 80% dalam tempoh 3-4 hari.

Sekiranya, cebisan janin masih terdapat di dalam rahim, doktor mungkin akan menyarankan kaedah pembedahan iaitu dengan membuka cervix dan mengikis janin yang terlekat di dinding rahim pesakit (D&C). Adalah penting ibu-ibu mengetahui risiko daripada proses ini secara jangka pendek dan panjang. Bagi jangka pendek, rahim mungkin akan bocor dan terkoyak akibat proses ini. Ini kerana prosedur dilakukan secara "buta"/ blind iaitu doktor mengikir secara rawak tanpa panduan USS. Ini membawa kepada kesan yang kedua iaitu jika terdapat kemungkinan cebisan yang tidak dibuang yang dikesan melalui USS scan susulan . Pesakit yang terbabit akan memerlukan pembedahan tambahan. Bagi pesakit yang mempunyai tanda jangkitan, doktor akan memberi antibiotik melalui salur darah 24-48 jam sebelum pembedahan

Kesan jangka panjang bagi kerap menggugurkan anak ada banyak. Pertama jika proses keguguran sebelum ini menggunakan kaedah D&C, si ibu lapisan rahim boleh menjadi nipis dan ibu akan 1) berisiko mendapat kehamilan luar rahim yang membahayakan 2) berisiko mendapat parut yang berlebihan dalam rahim yang menjadikannya tidak lagi sesuai bagi kehamilan (maka mandul) dan 3) berisiko mendapat kanser rahim di masa akan datang

Pengalaman di Australia

Dalam pemerhatian saya, menggugurkan kandungan adalah rutin biasa bagi masyarakat di sini. Jangan terkejut jika seseorang wanita itu datang dengan sejarah 13 kandungan tetapi 11 daripadanya digugurkan! Inilah dilema bekerja di hospital di negara bukan islam sebegini. Seks bebas itu berleluasa lantas menggugurkan kandungan itu berlaku tanpa rasa bersalah. Keputusan meneruskan kandungan terletak di tangan ibu (dan) bapa janin itu sendiri dan bukannya atas sebab kasih sayang dan belas kasihan terhadap bakal manusia itu. Selain itu, hampir 80% pesakit yang saya temui tidak berkahwin, tetapi bersekedudukan dengan pasangan mereka hampir berpuluh tahun lamanya. Malah majoriti mengandung tanpa bapa. Maka tidak hairanlah terdapat si ibu yang mengandung tetapi masih menghisap ganja dan menyuntik dadah. Ataupun si ibu yang masih mengira-ngira mahu meneruskan kehamilan sedia ada, dan ada juga yang amatlah gembira dengan sebab mereka mengandung walau bapanya tidak diketahui akibat seks bebas. Tidak cukup dengan itu, negara maju menawarkan ujian bagi kemungkinan janin mempunyai kecacatan kekal seperti trisomy 21 (down sydnrome) 18 dan 13. Ini bagi membolehkan si ibu membuat keputusan samaada mahu meneruskan ataupun menggugugurkan kandungan seawal minggu ke 20. 

Kehamilan dan Islam

Di sini saya menyaksikan berbezanya masyarakat barat yang tidak beragama memandang kehamilan dan kelahiran anak. Di sini juga saya menyaksikan kerapuhan institusi keluarga dan keruntuhan nilai kemanusiaan.  Sebagai orang Islam kita melihat kehamilan sebagai suatu rahmat, juga sebagai ujian bagi sesetengah golongan. Kehamilan juga dipandang sebagai tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh Allah yang kita tidak layak menolaknya sesuka hati. Kita memandang kehamilan itu sebagai ibadah dan pahala besar. Kita menyedari bahawa Allahlah yang memberi rezeki pada tiap hambanya dan bukanlah kita yang akan memberikan rezeki kepada zuriat yang akan dilahirkan nanti.

Keguguran dan Islam


Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ : 31 yang bermaksud :
Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.
Juga di dalam surah at-Takwir : 8-9 yang bermaksud :
Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh.
Keguguran samada sengaja atau tidak sengaja mestilah dibayar gantiruginya mengikut hukum qisas.Hukum dan keterangan boleh dibaca di link ini.


Sekian, semoga bermanfaat!




Tuesday 9 July 2013

Ramadan bulan penuh barakah [edited]

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم    


Assalam alaykum semua, 

InshaAllah jika dipanjangkan umur bermulalah 1 Ramadan. Sesungguhnya bulan ini merupakan bulan penuh barakah, bulan keampunan dan bulan perlumbaan menambahkan amal yang ikhlas keranaNya. Jadi, saudaraku muslimin dan muslimat sekalian, marilah kita sama-sama menggunakan setiap saat dengan amalan yang bermanfaat. 

Suka saya ingatkan bahawa dalam bulan ini jugalah Rasululullah SAW mengaminkan 3 doa Jibril AS. Berikut adalah doanya secara ringkas 


Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan
Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.
Ya Allah ya Tuhan kami janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.

Di bawah ini merupakan senarai amalan yang disarankan oleh masjid Darwin. 


Gambar: Ramadan Check list by ISOD


Ayuh saudara seislamku! Peluang keemasan telah Allah bentangkan luas, Usah bazirkan usia anda lagi dan marilah kita kembali membersihkan jiwa dan meningkat keimaan dan kecintaan kita pada Allah dan rasulnya. 


EDITED:


Saya suka menonton video atau mendengar ceramah agama semasa di bulan ramadan ini. Alhamdulillah saya terjumpa video oleh saudara Nouman Ali ini:





Belia menyatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan yang kita mesti dekat dengan quran. Lantas beliau menyarankan kita menghafaz 3 surah iaitu surat jumua, munafiqoon dan taghabun.
Selain itu, untuk mengakses video penuh ramadannya boleh melanggan bayyinah tv dengan harga USD11 sebulan atau USD112 setahun. Di dalamnya juga terdapat kajian quran, bahasa arab dan pelbagai lagi! InshaAllah perbelanjaan anda ke atas perkara ini sangat bermanfaat dunia dan akhirat!

Sekian, semoga bermanfaat




Tuesday 2 July 2013

Ringkas- Proses kelahiran bayi dan tips melahirkan anak 1

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم   

Assalam alaykum semua,


Minggu ini saya ditugaskan di delivery suite (dewan bedah). Di hospital tempat saya bekerja terdapat enam bilik yang berlainan saiz dikhaskan untuk ibu bersalin.

Proses bersalin

Mengikut protokol di sini, ibu-ibu mesti menelefon dewan bedah sebelum mereka diperiksa atau diberikan bilik untuk bersalin selepasa mereka mula merasa sakit beranak ataupun telah dijadualkan oleh doktor untuk diinduksi (induced) untuk bersalin pada hari tersebut. 

Jadi, apabila kandungan sudah mencapai masa minimum term (37 minggu dan ke atas) apakah tanda-tanda seseorang itu benar-benar akan bersalin? (ni lah part yang ibu-ibu suka nak tahu)

1. Bila anda mula merasakan sakit pada rahim seakan mengecut (contraction) dengan kadar yang tetap (regular). iaitu 3-4 kali dalam masa sepuluh minit.
2. Setelah itu anda terdengar bunyi "plop" dan cecair putih mula kelihatan (pecah air ketuban) atau tiba-tiba sahaja anda merasa cecair putih berterusan keluar +- lendir dan sedikit calitan darah

Sekiranya anda mempunyai contraction tapi tidak tetap, anda mungkin belum lagi bersedia untuk bersalin. Jika anda pecah air ketuban sebelum merasa contraction, segera berjumpa doktor 


3. Segera pergi ke hospital untuk pemeriksaan!
4. Pemeriksaan vagina atau faraj menggunakan 2 jari mendapati cervix ataupun bukaan rahim anda telah terbuka. Masa yang diambil daripada 0-3 cm adalah maksima kira-kira 20 jam bagi pertama kali (nullip) atau 14 jam jika pernah melahirkan anak sebelum ini (multi). Tempoh ini disebut latent phase (fasa tersembunyi) sebelum proses bersalin menjadi aktif.
5. Fasa 1 bagi proses bersalin aktif adalah apabila cervix telah mencapai bukaan 4 cm hinggalah maksima 10 cm. Jika pertama kali, si ibu akan mengambil masa 1.2cm/jam iaitu kira-kira 5 jam. Bagi yang berpengalaman pula akan mengambil masa selama 1.5cm/jam iaitu 4 jam. Jika tempoh ynag diambil jauh lebih lambat dari jangkaan doktor mungkin akan memeriksa ruang faraj anda sekali lagi. Anda mungkin diberi suntikan untuk menggalakan rahim itu terus mengecut dan membuka ruangan cervix. 


Jadi tips di sini ialah jangan teran apabila cervix anda belum terbuka sehingga 10cm kerana bayi tidak mungkin akan lahir selagi cervix tidak mencapai bukaan ini. Aktiviti meneran hanyalah memburukkan keadaan dengan menyebabkan ibu keletihan sebelum proses kelahiran aktif fasa 2, serta boleh menyebabkan koyakan di bahagian bukaan faraj hingga ke salur najis besar.
6. Fasa kedua kelahiran aktif pula apabila cervix telah melebar 10 cm sehinggalah kelahiran bayi. Para ibu baru biasanya akan mengambil masa 2 jam atau kurang manakala yang berpengalaman akan mengambil masa kurang daripada 1 jam. 
7. Fasa ketiga kelahiran aktif pula bermaksud proses kelahiran/penguguran uri (placenta)


Jadi, para ibu sekarang anda sudah tahu bila anda perlu teran dan bila masanya untuk anda jangan meneran. 

Sekian, semoga bermanfaat