Monday 15 July 2013

Hari Pertama Wad Sakit Mental (Mental Health)

بسم الله الرحمن الرحیم     


Assalamu alaykum semua

Alhamdullilah telah selesai 4 minggu rotation di OB/GYN. Ingin saya kongsikan lagi pengajaran daripada rotation tersebut tetapi masa belum lagi mengizinkan.

Hari ini, bermulalah saya menjalani latihan klinikal kali ke-2 di wad sakit  mental di NT, Australia. Saya sampai tepat pada masanya iaitu 830 pagi untuk sesi handover. Seperti yang dijangka terdapat beberapa muka baru di jabatan ini walaupun pakar pskiatri masih yang sama. Kali ini saya ditempatkan dalam kumpulan biru bersama Dr Rajiv (pakar) dan Dr Amro (Registrar). Tiada resident medical officer mahupun intern di dalam kumpulan ini. Umumnya kumpulan biru menguruskan pesakit tempatan iaitu pesakit yang tinggal di daerah Darwin. Sekali sekala terdapat juga pesakit dari "negeri" seperti dari QLD, NSW yang baru sampai  atau melancong di Darwin.

Sebelum ini saya ditempatkan di kumpulan merah. Bezanya bagai langit dan bumi kerana kumpulan merah berjumpa dengan pesakit daripada kawasan kampung dan terpencil. Hampir kesemua pesakit adalah orang Aboriginal atau orang asli Australia. Manakala penyakitnya adalah lebih kurang sama iaitu schizophrenia. Kali ini terdapat 9 pesakit dalam kumpulan saya. Kebanyakan mereka menghadapi personaliti bermasalah (personality disorder), bipolar, cubaan bunuh diri dan selebihnya menghidapi penyakit schizophrenia. Ini sangat menarik bagi saya kerana masalah personaliti sangat jarang dijumpai dalam kalangan orang Asli atau orang kampung. Jadi amatlah "kelakar" melihat gelagat pesakit happy mania (mood gembira yang berlebihan) dan rancangann-rancangan mereka untuk membeli pelbagai barang.

Selain itu, hari ini juga terdapat pesakit cina pertengahan usia yang asyik membuka baju dan berbogel sepenuhnya tanpa rasa segan silu. Sudah berkali-kali staff menyuruh dan membantunya memakai baju semula tetapi ia keluar lagi dari biliknya dan membuka baju dan seluarnya di hadapan khalayak ramai. Sungguh mengaibkan den menyedihkan bagi saya.


Ingin sekali saya melihat sendiri bagaimana gelagat pesakit mental di Malaysia. Apa yang dicarutnya, apa yang dibayangkan dan didengarkannya. Kerana kebanyakan pesakit di sini mempunyai sejarah pengambilan dadah, alkohol, marijuana dan pelbagai lagi, bagaimana pula keadaannya di Malaysia? Tentu menarik jika saya melakukan elektif di wad sakit jiwa di Malaysia kelak!

Baiklah, sampai sini sahaja coretan ringkas saya. Oleh sebab saya kita berada dalam bulan Ramadhan, saya amat lokek dengan masa yang ada.

Sekian, semoga bermanfaat!

0 comments:

Post a Comment