Thursday 25 July 2013

Hari Keempat Wad Sakit Mental

بسم الله الرحمن الرحیم      


Assalamu alaykum semua

Semakin hari saya di wad sakit mental ini, semakin tertekan saya rasakan. Dahulunya saya bersama dengan kumpulan merah dan hampir 99% pesakit saya adalah orang Asli dan doktornya pula Dr Anne, seorang doktor pakar perempuan kulit putih yang berada dalam pertengahan usia. Sekarang, kebanyakan masa saya bersama dengan seorang registrar yang berasal dari Mesir dan doktor pakar yang berasal dari negara Asia Selatan. 

Kadang-kadang saya berasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan cara mereka mengubati penyakit yang sangat bersifat paternalistik (iaitu aku yang membuat keputusan untuk kebaikan kamu). Saya faham pesakit itu mungkin sudah hilang kemampuan untuk berfikir secara waras pada setiap masa justeru pendekatan ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Tapi mungkin dalam temubual dengan pesakit, mereka acapkali mengatakan "you must take this medication" tanpa memberikan penjelasan yang difahami dan diyakini pesakit. Komunikasi yang berkesan itu perlu diperbaiki, pada pandangan saya. Jika saya seorang pesakit pun saya mahukan penjelasan dan mahukan kepastian. Sebagai contoh, seorang pesakit lelaki muda yang berbadan sasa dan tampak normal sekilas pandang dilaporkan mempunyai simptom psikosis selepas mengambil magic mushroom di bali beberapa minggu lepas. Pesakit itu dihantar oleh bapanya sendiri setelah merasakan terdapat perubahan pada anaknya. Oleh sebab pesakit itu tidak begitu banyak bercakap, mereka merasakan terdapat banyak "thought blocking" dan pesakit seakan sengaja enggan meluahkan situasi sebenar. Para jururawat pula menyokong dan kerap mengatakan beliau selalu bingung. Persoalannya adalah normal bagi pemuda untuk tidak banyak bercakap, kedua, diagnosisnya belum jelas kerana beliau belum mempunyai simpotm yang jelas, ketiga adakah sebab sejarahnya yang masih misteri menyebabkan semua orang begitu skeptikal dan yakin bahawa memnag ada sesuatu yang sedang berlaku. Saya bingung memikirkan kes ini tapi saya akur dengan keputusan mereka kerana sedar akan kecetekan ilmu dan pengalaman di dada. 


Saya berdialog dengan registrar saya mengenai agama dan sakit mental. Saya menyatakan bahawa saya yakin, agama dapat menyelesaikan permasalahan ini. Saya faham sesetengah manusia memnag mempunyai kecacatan atau ketidak seimbangan di otak mereka mahupun terdpaat penyakit yang boleh menyebabkan masalah mental. Walaubagaimanapun, stress dalam kehidupan dan alkohol, ganja dan sebagainya boleh diatasi dengan agama. Dia tidak bersetuju agama boleh menyelesaikan segalanya. Saya dengan lembut dan tegas menyatakan, maaf, saya juga tidak bersetuju dengan pandangannya. Kecewa adalah perasaan yang paling tepat pada masa itu. Kecewa kerana saya telah mengeheret perbualan ini kepada situasi yang tegang walau saya tidak bermaksud mencabar pendiriannya mengenai sakit mental.  Kecewa kerana dia seorang islam tetapi tidak merasakan agama sebagai jawapan.

Saya bersetuju bahawa semasa pesakit dalam keadan tenat dan aggressif, ubat suntikan merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk menenangkannya. Tetapi secara jangka panjang, saya merasakan ubatan sahaja tidak cukup. Ya, terdapat program cognitive behavour therapy dan pelbagai pyshcotherapies yang lain tetapi berapa banyak pesakit yang gagal dan kembali kepada ke"gilaa"an. mereka akibat alpa mengambil dos tepat pada masanya? 

Agama itu amatlah penting dan menyelamatkan. Saya berpendapat, InshaAllah sekiranya pesakit itu diberi kefahaman agama, dia boleh meninggalkan ketagihannya ke atas rokok, alkohol dadah dan sebagainya secara terus dan komited. Ini kerana keyakinan dan kesetiaan pada Allah memberi kekuatan untuk meninggalkan semuanya itu. 



0 comments:

Post a Comment