Wednesday 21 August 2013

Peperiksaan universiti bagi pelajar perubatan

بسم الله الرحمن الرحیم       

Assalamu alaykum semua

Saya terdetik untuk menulis mengenai kaedah peperiksaan di universiti saya. Harus diingat di setiap universiti di Australia bersifat "independen" iaitu mereka merangka silibus, kaedah pengajaran dan sistem peperiksaan yang berlainan. 

Bagi tahun 1-3 terdapat beberapa buku teks yang dilabel sebagai bacaan wajib dan tambahan manakala bagi tahun ke-4 dan ke atas pelajar bebas membaca daripada mana-mana buku teks.



Tahun Pertama
Semasa saya tahun pertama, terdapat kuiz berkenaan empat subjek iaitu biochemistry, cells to life, health in practice (1) dan reproductive physiology. Kuiz ini berjalan selama 50 minit dan mempunyai 50 soalan. Markah untuk setiap kuiz ada 2% daripada jumlah keseluruhan. Pada semester pertama terdapat 3 kuiz manakala 2 di semester ke-2. Subjek yang dipelajari semasa semester ke-2 ialah musculoskeletal, gastrointestinal, human genetics dan health in practice (2). Terdapat peperiksaan pada semester pertama iaitu bertulis (key featured paper), aneka pilihan (MCQ and EMQ), esei pendek (short answer), dan praktikal (multi-assessment station task- MSAT). Setiap peperiksaan adalah 3 jam dan berlainan hari. Tiada peperiksaan yang berasingan subjek jadi pelajar mestilah belajar kesemuanya pada masa yang sama untuk keempat-empat jenis peperiksaan yang disebutkan tersebut. Bagi semester pertama total markah yang diambil adalah kira-kira 20% jika tidak silap. Peperiksaan akhir tahun merangkumi kesemua matapelajaran daripada semester 1 dan diperuntukkan sebanyak 60% daripada jumlah akhir. 10% adalah daripada kuiz dan 10% selebihnya daripada kertas kerja (assignment) berkenaan esei berkenaan ethics dan evidence based dengan meggunakan bukti dari jurnal yang terbaru di dalam medical database seperti Medline, CINAHL, PubMed, Ovid SP dan sebagainya.  Dalam tempoh yang sama terdapat ujian halangan tanpa markah bagi clinical skills (praktikal), esei merefleksi diri, pelan/strategi pembelajaran (study plan) serta temuduga di akhir setiap semester bersama tutor yang telah ditetapkan.

Adalah suatu ilmu baru bagi saya semasa di awal pengajian untuk mula menulis esei secara kritikal dan di luar kotak fikiran. Iaitu dengan benar-benar memikirkan sebab dan kesan bagi sesuatu kejadian dan tindakan dari segala sudut dan dalam pada masa yang sama mengeluarkan idea bagaimana mahu memperbaikinya menjadi lebih baik. Seterusnya saya belajar mencari maklumat daripada sumber yang berprofil tinggi dalam dunia perubatan seperti PubMed lantas mengarang esei perubatan/etika berdasarkan tajuk tertentu dengan menggunakan bukti daripada jurnal yang berkualiti tinggi yang terbaru yang didapati di dalam medical database. Saya belajar secara perlahan-lahan memahami proses mengarang ini dan sentiasa memperelok kaedah tulisan dan  penyusunan idea. Dalam tempoh yang sama saya belajar membuat citation dan bibliografi (senarai bahan rujukan yang telah digunakan) menggunakan kaedah Vancouver. Bukan mudah bagi pelajar Malaysia yang tidak pernah melakukan penulisan sebegini sejak di sekolah menengah. Apatah lagi, tiada kelas formal mengajar bagaimana mahu menulis esei sebegini. Jadi tidak hairanlah sekiranya setiap esei mempunyai teknik penulisan dan persembahan yang berbeza dan ini diterima di universiti saya.


Suka saya ingatkan bahawa peperiksan tahun 1-3 terdapat peperiksan semester pertama dan kedua. Manakala bagi tahun keempat dan kelima hanya terdapat peperiksaan akhir tahun. Tiada peperiksaan semasa tahun ke-6. Jika seseorang itu gagal dalam peperiksaan akhir tahun, beliau hendaklah memohon untuk meneruskan pengajian daripada pihak universiti dan mengulang seluruh tahun yang gagal tersebut (bukan mengikut semester mengikut kebanyakan universiti). Walaubagaimanapun pelajar yang lulus cukup makan atau markah bawah sedikit dari cut-off points akan ditawarkan menduduki peperiksaan tambahan supplement pada minggu ke-3 selepas peperiksaan akhir tahun berjalan. Keputusan samada lulus atau tidak akan diberitahu seawal seminggu selepas peperiksaan berakhir. 

Hurdle/ ujian tanpa markah: History taking, vital signs, hand washing, scrubbing, GALS exam,Placement: Health elective 2 weeks, GP visits 3 days

Tahun Ke-dua
Seperti tahun ke-2 tetapi subjek pada semester pertama ialah cardiovascular, respiratory, rural remote and indigenous medicine dan haematology and renal. Pada semester ke-2 tiga subjek teras ialah human behaviour, endocrinology dan neurology. Terdapat satu subjek pilihan (elektif) di mana pelajar bebas mengambil apa sahaja subjek di universiti ini seperti ekonomi, astronomi, muzik, bahasa spanish,  dissection, matematik mahupun kajian jurnal perubatan (research). Selalunya pelajar mendapat gred distinction ataupun high distinction untuk subjek pilihan ini.

Seperti biasa karanagn berpandukan jurnal adalah antara assignment yang mesti disiapkan. Pada tahun ini juga pelajar mesti melepasi halangan (hurdle) bagi

Peperiksaan akhir tahun 65%
Hurdle: gowning and donning sterile gloves
Placements: Rural placement (4 weeks)

Tahun ke-3
Pada tahun ke-3 saya mempelajari berkenaan immunology and infection, clinical pharmacology, preventive and addiction studies dan tissue injury and neoplasia. Pada semester kedua saya mempelajari tentang infectious disease, emergency med, skin and special sense dan international health.

Peperiksaan akhir tahun 65%

Pada tahun ini pelajar akan melakukan persembahan di seluruh kelas (seramai -200 orang) berkenaan isu kesihatan di sesebuah negara dunia ketiga.

Hurdle: SNAP interview, emergency elective report,
Placements: Acute and emergency health elective (2 weeks)

Tahun ke-4

Pathology, clincal medicine. Hanya satu lecture pathology seminggu . Satu lecture dalam maksimum 2 jam. Clinical skills selama 2 jam seminggu- belajar dalam kumpulan di ruang seperti wad bersama manikin (patung).Subjek merangkumi semua aspek/system perubatan klinikal. 

Peperiksaan 3 jam setiap kertas- 65% daripada markah total.

Semasa kelas bagi subjeck clinical investigation, saya mempelajari dengan lebih dalam berkenaan  ECG, LFTS, RFTs, lipids tests, ABGs dan Haemotology, selama 10 minggu. Peperiksaan di akhir term bagi subjek ini adalah selama 2 jam dan membawa markah sebanyak 10% dari keseluruhan

Hurdle: system physical exams, history, prostate exam, pap smear-well women check, tutor interviews x 4

Presentations: one each terms x 3. patient case + drug audit presentation, current practice reflections, family studies report

Placements: 8 weeks rural, 8 weeks public hospital, 8 weeks private, 8 weeks clinical intensive/investigation, 1 week nursing home

Tahun ke-5
6 subjek- Medicine, surgery, psychiatry, paediatric, O&G dan general practice (GP)
Terdapat mini clincal exercises (mini cex). Setiap pelajar di Darwin perlu menyiapkan 4 mini cexs bagi setiap rotation. Mini clinical exercise ni macam periksa osce tapi buat kat pesakit sebenar di hospital. Pelajar hendaklah meminta 2 konsultan/pakar menilai mereka melakukan pemeriksaan pada pesakit atau/dan mengambil sejarah/history atau/dan menafsirkan keputusan xray/ecg dan sebagainya atau/dan menyatakan langkah menangani masalah seseorang pesakit. Bukan senang nak buat ni sebab kena kejar konsultan yang sibuk tu dan kalau markah tak satisfactory kena buat lagi. 2% bagi setiap rotation.



Esei multidisciplinary untuk medicine, perioperative care untuk surgery, dan ethics untuk psychiatry.
Terdapat assignment tambahan daripada pihak flinders uni iaitu persembahan dan penulisan surat perpindahan tugas sebagai seorang GP bagi continuity of care (mengikuti perkembangan kesihatan seseorang pesakit secara jangka panjang- 5 bulan)

Peperiksaan akhir tahun 75%, assignments dan rotation clinical exercises 25%

Untuk pengetahuan, pihak universiti memungut kesemua solan peperiksaan dan tidak menyediakan kemudahan bank soalan tahun-tahun lepas. Justeru, tiada istilah past yr questions bagi pelajar perubatan di sini melainkan seniors yang terus menulis soalan-soalan sejurus mereka habis menduduki kertas tersebut.

Tahun 6

Tiada peperiksaan untuk tahun 6.Pelajar yang menyambung subjek kepujian (membuat kajian) akan menggunakan tahun ini untuk mengumpul data ataupun mula menulis artikel mereka.


Peperiksaan MSAT dan OSCE

MSAT berupa peperiksaan amali campuran iaitu clinical skills dan lain-lain. Contoh bagi amali clinical skills ialah mengambil sejarah pesakit, mengajar pesakit menggunakan spacer dan puffer untuk asma, dan menonton video perbualan antara doktor dan pesakit lantas melukis family tree dan mencatat masalah genetik mereka. Contoh bagi stesen lain-lain ialah di mana pelajar akan melihat slide dari mikroskop dan menafsirkan tisu tersebut beserta fungsinya atau melihat potongan mayat dan melabel organ, saraf dan salur darah. Ataupun menafsirkan bacaan microtitre.

Bagi subjek OSCE pula, peperiksaan amali merupakan clinical skills semata-mata. Tidak seperti di Malaysia dan di kebanyakan negara, universiti di Australia tidak menggunakan pesakit di hospital. Tetapi mengambil sukarelawan untuk berlakon sebagai pesakit atau menggunakan pesakit yang stabil, atau menggunakan patung. Peperiksaan pula berjalan di universiti dan bukannya di hospital. Majoriti pemeriksa pula terdiri daripada doktor jemputan yang anda tidak pernah berjumpa. Terdapat juga pemeriksa dari universiti luar. Ini bertindak sebagai pengaudit peperiksaan untuk mengawal kualiti peperiksaan supaya selaras dengan piawaian majlis perubatan negara. Setiap stesen berjalan selama 5-7 min bagi stesen pendek atau 15 min bagi stesen panjang. 

Keputusan dan jawapan OSCE akan diberikan sejurus setelah pelajar habis melalui kesemua stesen.


Baiklah yang diatas hanyalah secara ringkas. Jika mahukan lebih info silalah tinggalkan komen anda

Semoga bermanfaat


4 comments:

  1. Salam Kak Siti ,saya nak tanya , medic sesuai ke utk pelajar yang tak perform cemerlang dlm subjek biologi ?

    ReplyDelete
  2. Salam. Sy tidak pasti jawapan utk soalan adik. Sebab soalan sesuai atau tidak tu bergantung pada pelbagai sudut-Kemampuan akademik, personaliti, kesungguhan minat serta tempat n cara belajar. Dari segi akademik kalau tidak dapat A atau B sepanjang sekolah mungkin agak sukar sedikit walaupun di luar negara ada sahaja pelajar yg ambil medic ni x pernah ambil biologi. Saya tahu ada pelajar mendapat B4 dalam biologi ke Rusia utk belajar medic dan sudah tamatpun pengajiannya. Tp dia mungkin perform semasa membuat matriks
    sblum itu. Cuma kalau kedua2 biologi dan kimia lemah sy memang rasa sukarlah nak lepas tahun pertama. Sebenarnya Cabaran belajar perubatan ialah jumlah fakta dan konsep yang amat banyak untuk dihafal. Secara perbandingan, tidaklah sekompleks subjek fiZik dan add math. Cuma terlalu banyak yang mesti diketahui pada masa yang singkat. Rakan sekelas amatlah kompetitif. Di universiti saya markah lulus juga bukanlah sekadar 50 /100 tetapi dalam 61-65 peratus. Pada saya, semasa di tahun pertama, (bergantung pada universiti) subjek biochemistry, genetik dan anatomy adalah yang paling sukar. Selain itu, penguasaan bahasa inggeris juga amat penting. Sbb konsep dan buku teks semuanya bahasa inggeris. Peperiksaan esei dan subjektif juga sama. Dari sudut personaliti pula, nk jd doktor x bolehla personaliti anti-sosial atau malu2 nk bcakap. Sbb bila tahun klinikal kt memang kena bergaul dgn pesakit, nurse dan lain lain. Kalau kemahiran komunikasi tidak dikukuhkan dgn segera dan sungguh2, pelajar akan sukar cemerlang dalam peperiksaan praktikal serta waktu praktikal di wad/klinik. Semakin kita naik semakin sukar tahap pelajaran dan skills yg dimahukan. Jadi ada masanya kita mempersoalkan kenapa kt ambil medic ni sebenarnya. Kalau kt buat medic ni atas sebab suruhan ibu bapa sahaja dan tiada minat, pelajaran akan menjadi sukar sekalipun hanya mahu lulus cukup makan. Saat genting ialah apabila ia kt mula berputus asa dgn kesukaran ini ditambah dgn ketiadaan minat. Apabila ini berlaku pelajar akan lebih cenderung menyendiri, tertekan, gagal dalam peperiksaan dan akhirnya meninggalkan pengajian separuh jalan. Kes2 sebegini bukan dongeng kerana berlaku dalam kalangan rakan sekelas saya sendiri. Sekian diharap jawapan yg tidak seberapa ini bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Hello, saya hendak bertanya sikit. Subjek apa yg kita perlu belajar dlm university kalau nak jadi doktor? Kalau matematik tambahan tak bagus dlm spm blh jadi doktor?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete