Tuesday 8 April 2014

1001 Penyakit Darah

بسم الله الرحمن الرحیم        


Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh


Sudah hampir sebulan lebih saya tidak berpeluang menulis kerana kesibukan dan kadang-kadang terlupa keperluan untuk menambah perkongsian ilmu di sini.

Saya ingin kongsikan pengalaman semasa saya di wad haematology atau dalam bahasa melayunya sistem darah. Berbeza dengan wad perubatan am, kebanyakan perjumpaan pesakit berlaku di klinik luar, komuniti dan wad chemotherapy yang tidak memerlukan pesakit ditahan di hospital. Pesakitnya pula terdiri daripada bayi hinggalah ke orang berusia. 

Saya mempelajari pelbagai jenis penyakit darah dengan lebih mendalam semasa di unit ini. Penyakit kanser darah terutamanya membuatkan saya lebih memahami penyakit-penyakit ini dan masalah pesakit yang terlibat di sepanjang tempoh rawatan. Saya juga diperkenalkan dengan pelbagai ubat chemotherapy yang pelbagai, kegunaan radiotherapy dalam rawatan serta kepentingan ahli farmasi dalam membantu menguruskan keber'ada'an ubat yang diperlukan dan sebagainya.

Penyakit darah merah
Penyakit Deep vein thrombosis. 

Penyakit ini adalah penyakit darah beku di dalam pembuluh darah yang tertanaman di celahan otot lantas dalam bahasa inggerisnya "deep". Berbanding dengan salur darah yang berada betul-betul di bawah permukaan kulit, ia dinamakan "superficial". Salur darah ada tiga jenis amnya iaitu artery, vein dan capillary. Salur darah arteri lebih tebal, menyalur darah yang tinggi kandungan oksigennya dan bertekanan tinggi kerana salur darah ini langsung menerima darah yang dipam daripada jantung ke seluruh organ di badan. Salur darah vein pula merupakan salur darah yang menghubungkan organ ke jantung jadi ia kurang oksigen, tekanan rendah dan mempunyai injap (valves) supaya darah tidak berpatah balik "backlog" . Kapilari pula seperti jaringan salur darah yang merangkumi tisu-tisu badan dan menghubungkan antara arteri dan vein. 

Hubungan antara artery, vein dan capillaries
Jadi bagi penyakit DVT, masalahnya adalah di dalam vein.
Pesakit selalunya akan mengadu sakit di satu kaki (selalunya kaki kiri), bengkak di peha, kulit kemerahan dan agak suam. Ada pelbagai sebab yang boleh menyebabkan penyakit ini antaranya faktor keturunan, kanser, tidak banyak berjalan, merokok, mengambil pil hormon, mengandung, trauma, mempunyai penyakit jantung, strok, ginjal dan sebagainya yang menjadi darah lebih likat lantas membeku di beberapa segmen dalam pembuluh darah.  

Doktor akan menggunakan ultrasound scan pada bahagian yang terlibat untuk mengesahkan diagnosis (iaitu terdapat ketulan darah yang menyebabkan salur tersumbat). Jika bahagain yang tersumbat berada di atas paras lutut, pesakit akan diberi ubat untuk mencairkan darah. Di Malaysia pesakit akan diberikan heparin di hospital dan kemudiannya warfarin secara jangka panjang. Dos bagi warfarin berbeza mengikut pesakit kerana aktivitinya agak sukar diramal.

Kesan DVT ialah ketulan darah ini boleh bergerak dan tersumbat di dalam salur darah paru-paru dan menyebabkan tisu di bahagian yang terlibat kekurang oksigen dan mati. Ini menyebabkan pesakit mendapat pulmonary embolism di mana mereka melaporkan sesak/sukar bernafas, tidak sihat dan kadang2 muntah darah. Justeru, pengambilan ubat warfarin yang bertindak mencairkan darah lebih sedikit dari normal amat penting untuk mengelakkan komplikasi ini terjadi.

Kes-kes DVT

Berdasarkan pengalaman DVT ini selalunya dialami oleh orang yang telah berusia dan mempunyai kanser. Kadang-kadang ada anak muda berusia 20-an yang mendapat penyakit ini ketika dalam penerbangan yang lama. Selain itu, wanita yang mengambil pil cegah kehamilan ynag mengandungi oestrogen juga mengalami masalah yang sama.

Kes lain-
Kes polycythemia vera juga dijumpai di sini. Pesakit mempunyai sel darah merah yang amat banyak dan mempunyai mutasi JAK-2. Pesakit ini juga lebih cenderung mendapat mutasi menjadi kanser darah putih iaitu acute myeloid leukemia.  

Penyakit Darah putih

Sel darah putih berfungsi melawan jangkitan. Mereka ibarat askar semulajadi dalam badan yang bertindak menyerang dan menyingkirkan anasir seperti bakteria, virus dan parasit.

Kebanyakan kes yang dilihat ialah kanser darah putih. 



Saya belajar mengenai lymphoma dan kesemua yang saya jumpa di wad ialah non-hodgkin's lymphoma. Dan majoriti pesakit mempunyai diffuse large B-cell lymphoma. Menariknya hampir kesemua pesakit tidak merasa sakit di permulaan. hanyalah mengadu terdapat ketulan di celah ketiak, tulang selangka ataupun di bahagian testis (kemaluan lelaki). Seerti biasa, pesakit akan mendapat rawatan chemotherapy untuk membunuh sel-sel tumour tersebut. Regimen ubat asas yang diberikan ialah R-CHOP iaitu singkatab bagi Rituximab, Cyclophosphamide, Doxorubicin (hydroxydonoumacin), vincristine (oncovine) dan prednisolone. Pesakit akan mendapatkan rawatan ini selama beberapa pusingan (cycles) selalunya 3 hingga 5 dan setiap pusingan adalah 21 hari. 

Non-Hodgkins Lymphoma- bengkakan kelenjar limfa di leher


Kanser darah lain
Kanser lain yang agak lazim ialah multiple myeloma. Masih saya ingat ada seorang perempuan berusia lebih muda dari saya mempunyai penyakit ini dan mengadu kesakitan dan kesedihan. Selalunya pesakit ini ialah orang tua yang mengadu sakit belakang.

Ada juga seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menghidap penyakit influenza pada tahun lepas. Susuk tubuhnya normal dan sihat. Secara kebetulan, doktor mendapat jumlah sel darah putih amat rendah iaitu hampir kosong. Setahun kemudian keputusan tetap sama dan dia mengalami demam selama beberapa hari. Di wad kecemasan doktor mengesahkan ia mendapat febrile neutropenia. Setelah dilakukan bone marrow biopsy, dia disahkan menghidapi penyakit acute lymphoblastic leukemia yang amat lazim dalam kalangan kanak-kanak.

Bone marrow biopsy- prosedur yang mudah  dan cepat tetapi memerlukan praktis yang berulang. Pesakit berada dalam keadaan separuh sedar. Tulang pinggul ditebuk dengan jarum besar untuk diambil sampel tulang dan darah.


Komplikasi rawatan kanser darah
Amnya, pesakit akan berasa mual dan ingin muntah. Selain itu, rambut akan gugur sepenuhnya. Beberap agen juga boleh menyebabkan kerosakan jantung justeru fungsi jantung akan sentiasa diawasi. Selain itu, pesakit sering mengadu sakit mulut (mucositis), dan kadang-kadang febrile neutropenia (demam semasa bacaan sel darah putih <0.5). Pesakit ini juga amat berisiko mendapat jangkitan dan mempunyai tekanan perasaan.

Tugas di wad

Di wad, kebanyakan masa digunakan untuk menjaga pesakit yang mempunyai komplikasi seperti febrile neutropenia. Selain itu, masa juga digunakan untuk menyemak keputusan darah setiap pesakit yang dirawat (dalam dan luar hospital) untuk mengawasi response tubuh mereka terhadap rawatan chemo. Unit ini juga mempunyai mesyuarat hampir setiap hari samada sesama ahli jabatan untuk meng'update' senarai pesakit, mahupun dengan doktor pakar dari bidang lain seperti oncology, palliative, farmasi dan psychiatry, ataupun dengan doktor pakar dari hospital yang lebih besar seperti Adelaide dan Flinders hospital.  Klinik juga berjalan 3-4 hari seminggu. Pada waktu paginya pula, doktor akan membuat bone marrow biopsy ke atas pesakit. Saya pernah menyaksikan prosedur ini 2 tahun lepas tetapi tidak begitu faham ketika itu, sekarang saya lebih memahami teknik dan prosedur yang terlibat. Selain itu, doktor di unit ini mempunyai tugas di makmal. Iaitu mereka amat mahir menggunakan mikroskop dan membaca filem darah. Jadi mereka bekerja dengan para saintis makmal dan juga pathologist. Hebat bukan?Secara teknikanlnya , saya merasakan makmal ity seperti bilik bedah bagi pakar hematologo. Pakar juga bertindak meluluskan atau tidak permohonan doktor lain untuk mendapatkan beg-beg darah untuk di"transfuse"kan kepada pesakit. 

Kes cubaan bunuh diri

Terdapat satu kes yang jumpa dimana pesakit yang berusia 33 tahun, seorang ibu tunggal yang amat tertekan dan telah bebrapa kali mencuba membunuh diri dengan memakan racun. Racun apa? saya tak mahulah beritahu. Tapi pemakanan racun selama 3minggu itu menyebabkan ia sukar bernafas kerana leher yang bengkak dan ia terus menerus mengalami pendarah di hidung. Ia dimasukkan ke dalam unit rawatn rapi di ICU. Bacaan PT and aPTT terlalu tinggi hinggakan tidak boleh dikesan makmal. Jadi doktor memberi dos vitamin K yang amat tinggi untuk mengembalikan kelikatan darah asal. Alhamdulillah ia selamat dan pulih. Selepas keluar daripada ICU ia dihantar ke hospital sakiy jiwa untuk rawatan susulan.

Sekian, semoga artikel ini bermanfaat!






6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum doc,ibu sy mngalami pndarahan pd bhgian betis dn kakinya merasa kesakitan.skrg berada di hosp kerajaan dn hasil dr maklumat doc trsbt ibu sy perlu mnjalani pmbedahan mahupn kakinya di potong.justeru itu sy ingin mndapatkn nasihat dn pndangan doc dn bantuan pakar dlm bidang ini bg kaedah lain dn tdk mahu kaki ibu sy di potong.keadaannya skrg kakinya masih dlm kesakitan.ini no tel sy 0199230714
    Urgent

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum doc,ibu sy mngalami pndarahan pd bhgian betis dn kakinya merasa kesakitan.skrg berada di hosp kerajaan dn hasil dr maklumat doc trsbt ibu sy perlu mnjalani pmbedahan mahupn kakinya di potong.justeru itu sy ingin mndapatkn nasihat dn pndangan doc dn bantuan pakar dlm bidang ini bg kaedah lain dn tdk mahu kaki ibu sy di potong.keadaannya skrg kakinya masih dlm kesakitan.ini no tel sy 0199230714
    Urgent

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum doktor.. sy fida ingin mengajukan beberape soalan..suami saya mengalami patah tulang rusuk dalam 4-7 bahagian ade yg bahagian lain cuma retak sahaja.. lebih kurang 3minggu sudah berlalu.. tapi tempat jahitan (tebuk untuk masukkan tiub) masih lagi belum sembuh dan sedikit bernanah..mempunyai 7 jahitan semua..2 jahitan masih belum dibuang.. soalan saya adakah tulang rusuk yg patah itu dapat sembuh dengan sendiri? dan saya telah sapu sedikit ubat kuning di tempat jahitan itu adakah boleh sy menyapu ubat itu???

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dr,adakah org yg mengalami mslh platelet rendah dibolehkan utk berbekam ? mohon pencerahan. Terima Kasih

    ReplyDelete