Thursday 31 October 2013

Penempatan Wad Perubatan Umum Dewasa


بسم الله الرحمن الرحیم     


 Assalamualaykum semua


Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat sulit untuk menulis entri baru atas alasan kesibukan di wad serta persiapan untuk peperiksaan akhir tahun yang bakal saya duduki dalam tempoh 3 minggu dari sekarang.

Walaubagaimanapun kali ini saya mahu menceritakan pengalaman saya di wad perubatan umum dewasa. 

Penyakit biasa

Seperti biasa penyakit yang paling lazim dijumpai di sini ialah penyakit hati kronik (cirrhosis) akibat pengambilan alkohol berlebihan serta penyakit paru-paru tersumbat/sempit kronik (COPD)  akibat menghisap rokok. Penyakit lain ialah jangkitan lapisan otak (meningitis). 

Berbanding semasa di rotation kali pertama dahulu, kali ini saya lebih kerap berjumpa pesakit yang mengalami strok sementara/tidak kekal (transient ischemic attack). Selain itu ada juga pesakit temporal lobe epilepsy yang mengamuk di wad emergency, pesakit lelaki dengan jangkitan salur kencing yang kemudiannya menjadi complicated kepada urosepsis, bberapa pesakit yang mempunyai syncope, kegagalan jantung berfungsi dengan optimum (heart failure) dan sebagainya.

Bagaimana memanfaatkan waktu di wad?

Sebelum ini saya cukup tidak suka pergi ke wad kerana merasakan tidak belajar banyak. Tetapi lama-kelamaan saya sedar, kaedah belajar di wad adalah majoriti melalui pemerhatian (observation) dan memperoleh skills yang tidak didapati melalui pembacaan semata. Sebagai contoh sekiranya pesakit anda mempunyai heart failure, lihat sendiri X ray mereka bagaiman basah nye paruparu mereka - wet lungs aka p edema, lihat ujian darah mereka, lihat perubahan ecg dan kenalpasti senarai ubat yang diberikan. Bandingkan juga dengan rekod lama untuk mengesan sebarang perubahan. Jika anda sering memerhatikan beberapa pesakit dengan diagnosis yang sama, buat perbandingan antara "presentation/ chief complaint" dan rawatan yang diterima. Dnegan cara ini, anda akan merasa "familiar" dengan penyakit tersebut, tipikal pesakit yang akan anda jumpai dan ubatan yang digunakan untuk rawatan. 

Semasa team anda membuat admission aka mengambil pesakit baru, pastikan anda mengambil sekurang-kurang1-2 pesakit baru pada hari tersebut. Dengan kaedah ini, anda akan lebih mengingati sejarah pesakit itu dan apa investigations/management plan yang perlu anda lakukan. Selepas membuat admission, pastikan anda membaca berkenaan penyakit yang anda temui untuk memperkukuh pengetahuan anda. Selain itu, semasa team anda membuat ward round, persembahkan pesakit tersebut kepada pakar dan team anda. Ini membantu anda untuk lebih baik dan efektif dalam membuat case presentation.


Selain itu bersifat terbuka dalam belajar. Ikut sebanyak mana registrars atau doktor senior kerana mereka ibarat guru yang mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang arif berkenaan jantung ada pula berkenaan endokrin, jadi lebih banyak guru lebih bagus!

Clinical skills

Menghabiskan masa di wad juga membolehkan anda mengasah skills anda Contohnya berlatih mengambil darah pesakit sekerap mungkin. Belajar mengambil darah untuk INR, culture, ABG dan sebagainya.

Cuba tawarkan diri anda untuk menguruskan pesakit. Contoh menelefon hospital lain supaya mengfakskan maklumat pesakit, berhubung dengan pihak raidologi untuk Xray, pihak ICU untuk memindahkan pesakit dan lain-lain

Klinik pesakit luar

Klinik pesakit luar adalag  unik dan bermanfaat sekali. Saya berpeluang melihat konsultasi klinik hati yang mana saya banyak belajar berkenaan penyakit hepatitis, autoimmune, sjogren syndrome dan lain-lain




Jadi tunggu apalagi, sekiranya anda di rotation ini gunakan masa yang ada dan manfaatkan!


Sekian, semoga bermanfaat


0 comments:

Post a Comment