Tuesday, 2 July 2013

Ringkas- Proses kelahiran bayi dan tips melahirkan anak 1

بسم الله الرحمن الرحیم   

Assalam alaykum semua,


Minggu ini saya ditugaskan di delivery suite (dewan bedah). Di hospital tempat saya bekerja terdapat enam bilik yang berlainan saiz dikhaskan untuk ibu bersalin.

Proses bersalin

Mengikut protokol di sini, ibu-ibu mesti menelefon dewan bedah sebelum mereka diperiksa atau diberikan bilik untuk bersalin selepasa mereka mula merasa sakit beranak ataupun telah dijadualkan oleh doktor untuk diinduksi (induced) untuk bersalin pada hari tersebut. 

Jadi, apabila kandungan sudah mencapai masa minimum term (37 minggu dan ke atas) apakah tanda-tanda seseorang itu benar-benar akan bersalin? (ni lah part yang ibu-ibu suka nak tahu)

1. Bila anda mula merasakan sakit pada rahim seakan mengecut (contraction) dengan kadar yang tetap (regular). iaitu 3-4 kali dalam masa sepuluh minit.
2. Setelah itu anda terdengar bunyi "plop" dan cecair putih mula kelihatan (pecah air ketuban) atau tiba-tiba sahaja anda merasa cecair putih berterusan keluar +- lendir dan sedikit calitan darah

Sekiranya anda mempunyai contraction tapi tidak tetap, anda mungkin belum lagi bersedia untuk bersalin. Jika anda pecah air ketuban sebelum merasa contraction, segera berjumpa doktor 


3. Segera pergi ke hospital untuk pemeriksaan!
4. Pemeriksaan vagina atau faraj menggunakan 2 jari mendapati cervix ataupun bukaan rahim anda telah terbuka. Masa yang diambil daripada 0-3 cm adalah maksima kira-kira 20 jam bagi pertama kali (nullip) atau 14 jam jika pernah melahirkan anak sebelum ini (multi). Tempoh ini disebut latent phase (fasa tersembunyi) sebelum proses bersalin menjadi aktif.
5. Fasa 1 bagi proses bersalin aktif adalah apabila cervix telah mencapai bukaan 4 cm hinggalah maksima 10 cm. Jika pertama kali, si ibu akan mengambil masa 1.2cm/jam iaitu kira-kira 5 jam. Bagi yang berpengalaman pula akan mengambil masa selama 1.5cm/jam iaitu 4 jam. Jika tempoh ynag diambil jauh lebih lambat dari jangkaan doktor mungkin akan memeriksa ruang faraj anda sekali lagi. Anda mungkin diberi suntikan untuk menggalakan rahim itu terus mengecut dan membuka ruangan cervix. 


Jadi tips di sini ialah jangan teran apabila cervix anda belum terbuka sehingga 10cm kerana bayi tidak mungkin akan lahir selagi cervix tidak mencapai bukaan ini. Aktiviti meneran hanyalah memburukkan keadaan dengan menyebabkan ibu keletihan sebelum proses kelahiran aktif fasa 2, serta boleh menyebabkan koyakan di bahagian bukaan faraj hingga ke salur najis besar.
6. Fasa kedua kelahiran aktif pula apabila cervix telah melebar 10 cm sehinggalah kelahiran bayi. Para ibu baru biasanya akan mengambil masa 2 jam atau kurang manakala yang berpengalaman akan mengambil masa kurang daripada 1 jam. 
7. Fasa ketiga kelahiran aktif pula bermaksud proses kelahiran/penguguran uri (placenta)


Jadi, para ibu sekarang anda sudah tahu bila anda perlu teran dan bila masanya untuk anda jangan meneran. 

Sekian, semoga bermanfaat


1 comment: