Friday, 12 July 2013

Elektif di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحیم     


Assalamu alaykum semua,

Sebagai warganegara Malaysia yang menuntut di luar negara, elektif di Malaysia amatlah penting sebagai pengenalan "introduction" sistem kesihatan negara. Setelah beberapa tahun menuntut di negara maju saya semakin sedar dan berasa bertanggungjawab untuk menyumbang kepada pembaikan sistem kesihatan sedia ada. 

Adalah sia-sia menjadi bodoh sombong. 

Adalah kecuaian apabila berilmu tetapi tidak digunakan.   

Saya berpengalaman melakukan elektif di Hospital Malaysia selama tiga kali. Pertama, sebelum memasuki kursus perubatan, saya mengikut doktor di unit OB/GYN di Hospital Serdang selama seminggu. Masih saya ingat registrar itu berkelulusan matriks malaysia dan universiti di Kanada.

Kedua, apabila saya melakukan penempatan di Hospital berdekatan dengan rumah saya di Johor. Saya memilih unit bedah selama sebulan semasa di akhir tahun pertama, Banyak juga yang saya pelajari, daripada pneumothorax kepada kanser payudara, gastric ulcer dan juga pengalaman melihat gastroduodenoendoscopy, ortho surgery lain-lain. Saya juga disuruh melakukan pemeriksaan salur najis besar pada seorang pak cik. Tiada pilihan saya melakukannya jua. Tidaklah saya faham sangat apa yang pakar bedah dari Mesir itu ajarkan pada masa itu tetapi sekarang memori itu kembali dan saya mulai memahami maksud sebenar tunjuk ajarnya. 

Ketiga semasa penempatan di unit acute and emergency selama 2 minggu semasa di pertengahan tahun tiga. Saya masih belum arif dengan cabang perubatan pada itu, malahan ilmu klinikal masih terhad kerana semuanya bermula secara menyeluruh pada tahun keempat. Jadi, tidak banyak yang saya lakukan selain meletakkan klip ecg di dada pesakit atau pun memasukan cannula yang disebut branula di sini (macam dracula la pulak rasanya).

Jadi tujuan penulisan kali ini ialah, kami akan diberi peluang melakukan elektif lagi selama 2 bulan di mana-mana bahagian dunia ini pada tahun hadapan (tahun 6). Saya merancang untuk melakukan sebulan di kampung halaman dan sebulan lagi di Sabah ataupun Sarawak. Ini kerana saya tidak pernah menjejaki ke dua negeri ini dan saya mahu lihat sendiri perbezaan kesihatan dan masyarakat ini sendiri berbanding di negeri semenanjung. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai langsung kenalan di universiti awam malaysia apatah lagi rakan yang pernah membuat elektif di sana, Cuba juga menjengah blog pelajar perubatan lain tetapi kebanyakan menyimpulkan hasil pembelajaran yang terhad kerana bilangan doktor yang sedikit dan ketiadan pakar untuk mengajar. Jadi, sesiapa yang ada pengalaman atau tahu akan pelajar yang pernah ke sana silalah maklumkan kepada saya.


Sekian, semoga bermanfaat




0 comments:

Post a Comment