Tuesday, 9 July 2013

Ramadan bulan penuh barakah [edited]

بسم الله الرحمن الرحیم    


Assalam alaykum semua, 

InshaAllah jika dipanjangkan umur bermulalah 1 Ramadan. Sesungguhnya bulan ini merupakan bulan penuh barakah, bulan keampunan dan bulan perlumbaan menambahkan amal yang ikhlas keranaNya. Jadi, saudaraku muslimin dan muslimat sekalian, marilah kita sama-sama menggunakan setiap saat dengan amalan yang bermanfaat. 

Suka saya ingatkan bahawa dalam bulan ini jugalah Rasululullah SAW mengaminkan 3 doa Jibril AS. Berikut adalah doanya secara ringkas 


Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan
Ya Allah ya Tuhan kami Janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.
Ya Allah ya Tuhan kami janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.

Di bawah ini merupakan senarai amalan yang disarankan oleh masjid Darwin. 


Gambar: Ramadan Check list by ISOD


Ayuh saudara seislamku! Peluang keemasan telah Allah bentangkan luas, Usah bazirkan usia anda lagi dan marilah kita kembali membersihkan jiwa dan meningkat keimaan dan kecintaan kita pada Allah dan rasulnya. 


EDITED:


Saya suka menonton video atau mendengar ceramah agama semasa di bulan ramadan ini. Alhamdulillah saya terjumpa video oleh saudara Nouman Ali ini:





Belia menyatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan yang kita mesti dekat dengan quran. Lantas beliau menyarankan kita menghafaz 3 surah iaitu surat jumua, munafiqoon dan taghabun.
Selain itu, untuk mengakses video penuh ramadannya boleh melanggan bayyinah tv dengan harga USD11 sebulan atau USD112 setahun. Di dalamnya juga terdapat kajian quran, bahasa arab dan pelbagai lagi! InshaAllah perbelanjaan anda ke atas perkara ini sangat bermanfaat dunia dan akhirat!

Sekian, semoga bermanfaat




0 comments:

Post a Comment