Thursday, 25 July 2013

Minggu Kedua di Wad Sakit Mental

بسم الله الرحمن الرحیم      


Assalamu alaykum semua


Menariknya pada minggu ini, kebanyakkan pesakit saya mengalami masalah bipolar 1 di mana mereka mengalami episod mania atau dalam bahasa melayu kasar "gila yang bersemangat tinggi". 

Karenah pesakit Mania

Pesakit pertama berasal dari New Zealand yang mempunyai masalah berbelanja berlebihan dan pelbagai perancangan yang terlalu banyak di dalam fikirannya. Dia telah pun menaiki pesawat yang akan berlepas ke negeri lain tetapi akibat terlalu risau akan urusannya yang dikatakan belum selesai di sini, dia tegas mengarahkan juruterbang melakukan U-turn sebelum berlepas. Pesakit kedua pula dari negeri lain yang menempah tiket kelas pertama ke Darwin untuk melakukan kejutan buat abangnya yang menetap di sini. Dia didakwa cuba mencuri ipad daripada syarikat penerbangan nasional Australia lantas sejurus pesawat mendarat, dia ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke wad sakit mental. Pesakit ini mempunyai kecendrungan seksual di mana di cuba menggoda kesemua staf dan pesakit wanita malahan melakukan aksi yang tidak senonoh di hadapan khalayak. Pesakit ini juga jatuh cinta kepada saya (haha) dengan asyik merenung tajam dan menunjukkan lambang cintanya. Sejurus rawatan kejutan elektrik pada otak (ECT) pada pesakit ini, dia semakin baik dan menjadi personaliti dirinya yang asal yang pemalu dan pendiam. Saya memang takjub dengan keberkesanan rawatan ECT ini. Pada masa yang sama terdapat pesakit ketiga wanita yang keadaannya semakin buruk. Jika dahulunya pesakit kedua cuba menggoda pesakit ketiga, kali ini pesakit ketiga yang mahu menggoda pesakit kedua dan mempamerkan kelakuan tidak senonoh. Nasib baiklah pesakit kedua semakin pulih dan tidak melayannya. Malangnya kali ini, pesakit ketiga membenci saya sebab saya seorang perempuan yang mugkin mencabarnya. Dia asyik merenung dan menudingkan jarinya kepada saya. Malahan hampir sahaja dia menumbuk saya dan cuba mendekati saya. Inilah cabaran bekerja di wad sebegini- keselamatan amatlah penting untuk dijaga!

Karenah pesakit Schizophrenia

Pesakit pertama telah lama tidak mengambil ubat kerana berasa tidak lagi memerlukannya. Jadi, dia secara perlahan berhenti mengambil ubat. Akibatnya, dia telah menikam suaminya sebanyak tidak lebih daripada sepuluh kali semasa tidur kerana menyangka suaminya adalah sebahagian daripada permainan komputernya. Pesakit kedua pula didapati mengamuk dan membuang perabot di rumah ibunya kerana tidak memakan ubat selama beberapa hari. Pesakit ketiga pula wanita cina pertengahan usia yang asyik menanggalkan bajunya setiap masa dan berkelakuan agresif. Beliau kadang-kadang baik dengan suaminya tetapi ada juga masa yang beliau menumbuk suaminya. Setakat ini, pesakit inilah yang paling sukar diubati.


Pesakit tipu

Pesakit pertama pula telah lama ditahan di wad iaitu selama 10 minggu. Lama-kelamaan doktor mengesyaki dia hanya menipu demi mendapatkan wang pampasan bekerja dan ingin mengelakkan didakwa di mahkamah. Yang dahsyatnya beliau telahpun menjalani rawatan ECT sebanyak 7 kali! Haih begitu pula.  Pesakit kedua pula dijumpai berenang di sungai yang penuh dengan buaya. Badannya dilihat banyak kesan gigitan serangga. Menariknya pesakit ini berulang kali mengatakan dia asyik mendengar suara halus dan inginkan benzodiazipine untuk hilangkan suara tersebut. Doktor mengesyaki dia hanya mahu mendapatkan ubat tersebut. Pesakit ketiga pula dibawa oleh ibunya kerana mendakwa mahu membunuh dirinya, pasangannya dan anak-anaknya. Ini berkalku dala konteks pergaduhan dengan pasangan yang enggan mengahwininya walaupun sudah berbelas tahun bersama. INi merupakan kali ketiga dalam masa sebulan dia datang ke hospital. Menariknya semasa di ditemu ramah dia enggan makan makanan hospital kerana dia sudah memeluk agama Islam. Si doktor itu mengatakan mengapa mahu berkeras makan makanan halal padahal sebotol champagne yang diminumnya itu adalah jelas haram. DIa terdiam dan tidak mengetahui bahawa doktor itu juga adalah seorang muslim! Doktor yakin bahawa beliau tidak gila dan akan melaporkan tindakannya kepada pihak berkuasa. Pesakit-pesakit ini ada satu persamaan iaitu mereka mengaku mereka gila dan mahu duduk di hospital. Ini begitu jarang sekali berlaku jika mereka benar-benar gila. 

Begitula serba sedikit pesakit yang menarik yang boleh dijadikan tauladan. Saya terfikir, apakah ceritanya pula dengan pesakit di Malaysia.

Sekian. semoga bermanfaat

0 comments:

Post a Comment