Monday, 9 December 2013

Buku rujukan untuk Wad Perubatan Umum

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua 



Di sini saya senaraikan buku rujukan yang saya gunakan semasa di penempatan perubatan umum.

1. Oxford Handbook of Medicine. Bought in store for MYR119




Saya telah menggunakan buku ini sejak dari tahun empat lagi. Buku ini sangat bagus kerana isi kandungan yang, padat, ringkas dan mudah difahami. Setiap pelajar perubatan mestilah mempunyai buku ini dan "khatam" membacanya berulang kali. Isi kandungannya bewarna warni dan dikumpulkan mengikut sistem ie cardio, resp dan sebagainya. Terdapat bahagian Emergency di bahagian paling belakang untuk rujukan pantas.


2. Murtagh General Practice Downloaded Ebook'



Saya ada pocket murtagh tapi tak guna sangat. Saya lebih suka menggunakan ebook buku sebenar. Public health measures adalah bersifat lokal untuk Australia bersesuaian dengan national guideline bagi negara tersebut. Isi kandungan amatlah simple dan penulis suka menggunakan konsep triad of symtpoms untuk sesuatu penyakit ataupun rules of 2/3 etc untuk mengagak penakit yang paling common mengikut kumpulan umur. Saya berpendapat buku ini bersifat all-rounder tapi anda masih memerlukan buku tambahan untuk pemahaman. Ada rakan saya yang lebih suka menggunakan buku ini berbanding oxford handbook. Jadi terpulang pada masing-masing


3. Case Files Internal medicine Bought online USED for AUD10



Case files merupakan buku pilihan saya. Anda mesti memilikinya baru atau lamanya buku ini kerana cara pengajaran dan isi kandungannya yang amat bagus. Sila gunakan buku ini untuk latihan dan pemahaman klinikal. 



4. Core clinical cases Medicine & surgery Bought onlie for AUD29





Saya berpendapat buku ini tidak setanding dengan buku case files. walaubagaimanapun buku ini ada kelebihannya yang tersendiri kerana lebih bersifat OSCE oriented. Kes yang diletakkan tidaklah sebanyak case files series. Secara jujur saya tidak sempat membaca buku ini dengan sebaiknya sebelum peperiksaan. Tulisannya juga agak kecil lalu menyukarkan pembacaan.


5. Oxford GP handbook



Saya ternampak buku ini di rak buku rakan saya. Saya berpendapat buku ini juga a must buy untuk GP rotation atau rujukan cepat di waktu ulangkaji sebelum periksa.










Sunday, 8 December 2013

Tamat Tahun 5 dan Memori di Indonesia

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua

Sudah hampir dua bulan saya tidak berkesempatan untuk menulis di ruangan blog ini. InshaAllah akan saya perbanyakkan semasa di bulan cuti (disember ini) sebagai ganti.


Tamat tahun lima

Bersyukur kehadrat Allah saya telahpun lulus peperiksaan akhir iaitu tahun 5 baru-baru ini. Keputusan itu dihebahkan seminggu selepas peperiksaan tamat. Semasa keputusan itu diumumkan, saya berada di dalam flight dari Bali ke bandung dan memangla berdebar menunggu keputusan apabila sedang bercuti. Alhamdulillah dan terima kasih mak abah dan semua yang mendoakan!


Kembara 5 hari 4 malam ke Indonesia

Baiklah pada pos kali ini saya hendak berkongsi berkenaan percutian solo saya ke Indonesia itu Bali dan Bandung. Ya, saya ke sana secara SOLO.

Percutian ini adalah selama 5 hari 4 malam. Sebelum saya menjejakkan kaki ke Bali saya telahpun menempah bilik hotel iaitu Kuta Central Park Hotel di Bali dan MQ Guest House di Bandung.


Percutian di bali

Tujuan utama saya ke bali adalah kerana ia satu-satunya destinasi terus dari DArwin yang ditawarkan oleh Airasia dan Jetstar. Saya memilih untuk menaiki Airasia kerana makanan halal. Harganya pula adalah setanding dengan Jetstar jadi tidaklah semurah mana.

Waktu di Bali adalah sama dengan waktu di Malaysia iatu kira-kira 1 jam setengah lewat daripada Darwin. 

Hari pertama menaiki pesawat pada jam 7 malam waktu Darwin. 95% penumpang adalah orang putih dan selebihnya adalah orang Indonesia. Saya terserempak dengan salah seorang Patient care assistant (PCA) yang bekerja di Hospital Darwin. PCA ini lebih dikenali sebagai attendant di hospital Malaysia. Menariknya, beliau bersama keluarganya berpakaian cukup eksklusif dan memakai beg-beg mahal. Begitu sekali bergayanya dan seakan hidup mewah di Australia apabila mahu pulang ke kampung halaman di Bali. 

Semasa menunggu untuk boarding seorang lelaki Bali memperkenalkan dirinya kepada saya dan menanyakan samada saya adalah cewek Indonesia. Saya menjawab sebenarnya saya sekolah di Darwin dan mahu ke Indonesia buat pertama kali untuk bercuti. Beliau terkejut apabila mengetahui saya akan ke sana seorang diri. Beliau ialah paramedik dari Hospital di Bali. Bersama-sama 5 orang staff yang lain yang terdiri daripada doktor dan jururawat mereka mengunjungi Darwin Hospital selama 2 minggu untuk mempelajari selok belok hospital di sini. Darwin hospital merupakan "sister Hospital" bagi hospital tempat mereka bekerja di Bali.

Di atas kapal terbang saya duduk bersebelahan orang Jakarta yang mahu pulang. Beliau tinggal di Innisfail dan hanya transit di Bali. Sebelum kapal mendarat, saya disapa oleh seorang wanita Bali. Beliau bertanyakan samada saya sendirian dan bolehkah saya tolong memegang beg plastiknya yang mengandungi sebotol minuman beralkohol,  Beliau mengatakan seorang penumpang hanya dibenarkan membawa 1 tetapi beliau telah membawa 2 botol. Saya dengan lembut menolak dengan mengatakan bahawa saya seorang Muslim dan tidak boleh membawa beg plastik tersebut. Lalu dia menemplak, "loh, aku juga muslim". Tersentap saya dengan jawapannya tetapi saya memalingkan muka untuk mengelakkan terus bercakap dengannya, Dalam hati saya ketika itu, mashaAllah ini baru di atas kapal terbang belum lagi apabila tiba di Bali, bagaimana pula ragam penduduknya.

Oleh sebab saya pemegang Passport Malaysia, saya dikecualikan daripada membayar Visa on Arrival. Jadi bolehla potong queue untuk immigration.


Pada masa ketibaan, Ngurai Rai aiport yang baru telahpun beroperasi selama 3 bulan. Memang cantik airportnya tetapi semuanya masih baru. 

Sebelum saya ke bali saya telahpun menukar 42AUD dengan mendapat 410k. Agak rendah berbanding tukaran yang sepatutnya jadi saya mengambil keputusan unutk menukar sahaja semasa sampai di bali airport. DI sini 1AUD bernilai lebih kurang 10800 IDR, 1 MYR pula 3500 IDR. Jadi ratenya amat bagus sekali. Anda bolehla menukar sebaik sahaja keluar dari balai arrival. DI situ terdapat bank Mandiri yang boleh anda membuat tukaran wang.



Ngurah Rai Airport- International Terminal yang baharu

Sampai sahaja di airport, saya disapa seorang pak cik yang menawarkan untuk menghantar saya ke hotel dengan bayaran 120k rupiah. Saya telahpun menyelidik harga ke kuta lebih kurang 50-70k. Jadi saya mengatakan saya mahu 50 ribu. Dia terus mengikut dan menekan saya untuk membayarnya 100k. Saya meminta maaf kepadanya dan menolak tawarannya lalu memalingkan muka dan mendiamkan diri. Apabila saya melihat kelibat kedai 24 jam saya terus masuk untuk membeli sim kad. Beliau dengan marah menjerit "sombong" dan memarahi saya. Tetapi situasi ini saya telah jangkakan hasil bacaan daripada beberapa blog lain. Justerus, saya buat tak endah dan membeli sahaja sim kad SIMPATI yang berharga 85k rupiah aka RM23. Dengan nilai iini saya mendapat 3000 IDR kredit dan 100MB internet data. Saya tahu 85k itu terlalu mahal (aka mungkin ditipu) untuk harga bagi satu simkad tapi saya turutkan sahaja kerana tahu ia amat diperlukan kelak, 





Saya mengambil teksi di kaunter yang mengenakan caj sebanyak 70k rupiah. Sejurus sampai di hotel saya terus check-in dan amatlah gembira melihat bilik hotel yang besar dan moden. 

Standard twin Kuta Central Park Hotel

Harganya ialah AUD44 lebih kurang MYR 130-140 semalam. Tetapi jika beli pada haritu saya dapati harganya hanya dalam AUD34 semalam. Jadi tidak semestinya beli awal lebih murah. Harga ini termasuk breakfast tapi saya tidak mengambilnya kerana ia tidak ada certificate halal yang saya yakini. Terdapat juga TV dan peti ais di bilik ini, Hotel ini berada di tengah bandar kuta dan hanya 3-5 minit ke pantai dengan berjalan kaki. Jadi amat strategik lokasinya. 

Pada keesokan harinya, saya merancang untuk mengikuti tour hotel ke bandar tetapi masanya bermula jam 10, 12 4 dan 6 petang. Jadi saya berasa amat bosan. Saya menanyakan supir peribadi di hotel dan mereka akan mengenakan caj sebanyak 550k sehari! Oleh sebab terlalu bosan dan lapar, saya segera mencari di internet supir2 yang terdapat di bali. Kebanyakannya telah fully booked hinggalah Pak Bram yang membalas mesej saya. Beliau juga sibuk tetapi mempunyai rakan lain iaitu Pak Irwan. Bayarannya 350k untuk 8 jam, Saya terus bersetuju dan menunggu Pak Irwan pada jam 9 pagi.


Pak Irwan ni Hindu dan orang Bali. Beliau tidak begitu promote la nak kemana kerana semuanya tergantung pada kita. Tetapi kalau anda hendak ke bali beritahu sahaja destinasinya, beliau akan cuba membawa anda kesana. Satu lagi harga ini sepatutnya termasuk parkir jadi takyah la gatal nak bayar (tapi confirmkan dulu ok). 

Destinasi pertama ialah kedai cenderahati bernama Krisna
Barangnya banyak dari makananan kepada pakaian langsir dan beg. Ada yang murah dan ada yang mahal. Saya lebih membeli makanan yang ada cop halal indonesia dan yang tidak pernah saya mencubanya. Antaranya ialah kerepek nangka, kerepek salak, dodol indonesia, jahe(halia) wangi, kopi bali dan sebagainya. Sedap sangat semuanya! Di sini saya belanjakan dalam 450k.

Selepas satu jam membeli belah, saya ke Mc Donalds kerana lapar sangat dan yang ni yang halal dan bersih. Set breakfast berharga 30k dalam 8 ringgit la.

Selepas itu kami ke kedai kek lapis tapi orang cina jadi saya pon tak jadi beli, Selepas itu saya teruskan perjalanan ke matahari mall di sana saya beli sambal pecel di hypermart. Menariknya di sini banyak barang import tak seperti di Malaysia. Untuk makan tengahari saya bungkus set ayam CFC. Brand ni takda di Malaysia. Harganya juga 30k. 

  

Selepas itu kami sepakat untuk ke Ubud kira-kira 1 jam dari Bandar Kuta. Jadi di sepanjang jalan tu saya berpeluang melihat bandar bali dan perkampungannya. DI bali ini trafiknya tidak seperti Malaysia iaiut jalannya sempit (hanya satu setengah lane) tidak ada pembahagi dan motor/kereta sesuka hati melawan hala trafik. Selain itu di sepanjang jalan terdapat banyak ukiran berhala yang amat banyak, Sebagai orang Islam kita tak boleh tengok jadi saya sakit mata sampai nak muntah sebab banyak sangat patung ni di jalanan. Terasa sungguh Hindu dan syiriknya kota ini.

Saya sempat singgah di Pasar Seni Sukawati. Di sini barang baju biasa dan pelbagai lukisan. Jadi kalau orang tak pakai baju biasa macam tak berbaloi pergi di sini. 



Setelah sampai di Ubud, saya ke hutan monyet. Kemasukan ialah 20k IDR. Biasa jela di sini tngok monyet yang liar. Tiada apa yang menarik selain melihat sifat buruk monyet. Melihatkan keletah mereka teringat satu ayat quran 

Ketika mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannyaKami katakan kepada mereka : “Jadilah kamu kera yang hina”. (Surah Al-A'raf : Ayat 166)

Setelah itu, saya meneruskan perjalanan ke Tegalalang untuk melihat sawah padi di lereng bukit. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Di situ juga biasa sahaja. Melihat padi bukit dan terdapat gerai di jalanan. Masuk dikenakan 5ribu rupiah seorang. 



Saya ingin ke Kintamani tapi jaraknya dalam 3 jam dari Denpansar. Jadi saya mengambil keputusan untuk kembali selepas mengunjungi Ubud. Di sepanjang perjalanan itu pelbagai yang saya bualkan mengenai Indonesia. Di sini penduduknya terpaksa membayar sendiri untuk pendidikan mereka. Justeru, orangg susah tidak mungkin dapat ke sekolah tinggi lagikan universiti untuk melanjutkan pelajaran. Sebab itulah yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin di sini. Kerana tiada peluang langsung untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dek kerana tekanan kewangan,. Berbanding dengan Malaysia, kos pendidikan dibantu dan jika seseorang itu miskin tetapi berusaha keras untuk mendapat keputusan yang cemerlang, kerajaan memberi tajaan melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Betapa bertuahnya rakyat Malaysia bukan!

Sebelum pulang ke hotel, saya meminta Pak Irwan menghantar saya ke pantai Kuta. Tiada apa yang menarik kerana ramai Mat Salleh yang tidak berpakain sopan dan pantainya tidaklah secantik mana. Selepas itu, saya singgah di KFC untuk membeli ayam beharga 30k dan roti untuk sarapan hari esok (8ribu).

Jam 4 saya pun pulang ke hotel dengan letih dan gembira kerana telah belajar dan melihat banyak mengenai Bali. Terasa amat puas. Esoknya saya bersiap untuk ke Bandung.

Dari Bali ke Bandung, anda akan dicaj 40k IDR sebagai airport tax. Semasa saya beratur untuk bag drop di kaunter Air Asia, petugasnya memanggil penumpang ke Jakarta kerana sudah lewat. Jadi terdapat 3 kelaurga yang memotong barisan saya. Saya tidaklah kesah kerana faham perasan apabila telah lewat, walaubagaimanapun keluarga indonesia di belakang saya berang. Mereka memarahi petugas Airasia hampir 5-10 minit. Kelakarnya suaminya mengatakan "we just want your apologize". Saya hanya tersenyum sinis melihat sikap keluarga tersebut.

Sebelum saya berangkat ke Bandung saya sempat membeli burger CFC yang berharga 48k IDR. Sangat lah mahal rasanya tetapi itu sahaja pilihan saya. Satu perkara yang amat saya kesali di Indonesia ialah mereka akan merokok di mana jua walaupun di dalam aiport terminal. Sangatlah menyakitkan hidung dan hati.


Supir di Bali Pak Irwan



Bandung

Penerbangan Bali Bandung mengambil masa selama satu jam 45 minit. tepat jam 145 petang saya sampai di Lapangan terbang Hussein Sastranegara


Airport di sini amatlah sederhana. Teksi ke penginapan saya beharga 70k mengambil masa 30-35 minit kerana berada di luar kota. Saya memilih untuk menginap di MQ house milik Aa Gym kerana saya amat meminati ceramah agamanya. Jadi saya berasa amat teringin melihat sendiri Darut Tauhid dan kawasan Aa GYm. 

MQ guest house standard room



Biliknya sederhana berharga kira-kira 34AUD semalam aka 100 MYR. Bilik airnya tidak dijaga dengan baik dan kelihatan usang. Terdapat TV, quran dan sejadah di sediakan. Tiada katil tetapi ruangan tidur ditinggikan sedikit. Bilik ini beraircond dan dikeliingi kedai-kedai serta masjid sejauh 50m atau 2-3 min bejalan kaki. Begitu lokal lokasi ini jadi tiadalah pelancong luar negara melainkan saya di situ. Saya hanya sukakan lokasinya di kawasan kedai dan masjid tetapi jika anda mahu membeli belah di Pasar Baru tidaklah sesuai kerana amat jauh.

Pada hari kedua, saya mengambil keputusan untuk pergi ke Pasar Baru untuk shopping telekung. Katanya amat murah. Saya sedar lokasi yang jauh pasti dikenakan bayaran sekurangnya 70k jadi saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki! 

Di sepanjang jalan Bandung amatlah ramai orang dan motor. Bising, kotor dan tercemar udaranya yang dapat saya simpulkan. Setelah 1 km brjalan saya mengambil keputusan untuk menaiki angkutan. Apalagi saya hentam je naik dan mengatakan mahu ke pasar baru. Menarik juga naik angkutan. Setelah 20 minit angkutan itu berhenti di jalan pasar yang busuk dan kotor dan mnegatakan telah sampai ke pasa baru! Saya tercengang mengiyakan dan menanyakan berapa bayarannya. Dia mengecas saya 3 ribu. 

Pasar baru tu biasa jela. Memang murah la sikit dari Malaysia tapi lebih bagus untuk orang berniaga. setakat beli satu dua macam saya ni tak berbaloi. Tapi di sini kenalah bargain ye! Duit indonesia hanya tinggal 300k jadi saya keluar ke bank di tepi Pasar Baru dan menukar 150MYR dengan tukaran 1 MYR= IDR 3600. 

Selepas itu saya mau ke Kartika Sari yang hanya 4 minit jlan kaki. Oleh kerana saya asyik tersilap jalan saya asyik sesat, berjalan melalui pasar yang amatlah kotor dengan sampah setinggi bangunan, menaiki 3-4 angkutan ke dago, caringin dan sebagainya sehingga mengambil masa 2 jam lebih akhirnya saya memutuskan untuk pulang sahaja. Tidak mungkin saya lupakan -pengalaman berhimpit dengan berbelas ornag dalam angkutan yang kecil dan bau busuk itu. Saya menggunakan google maps untuk mengenal pasti lokasi saya, jadi saya berkali-kali berhenti untuk patah balik ke arah yang sepatutnya. Saya berhenti dan berjalan seketika lantas menemui restoran Pak Chik Met Jago Ikan Bakar. Saya memesan nasi ayam penyet, jus tembikai dan teh botol kerana amat lapar. Sedap sekali nasinya yang mempunyai 3 jenis sambal. Saya juga membungkus nasi ayam kerecek untuk makan malam nanti. 



Nasi ayam penyet Che Mat Jago Ikan Bakar



Setelah itu saya meneruskan perjalanan kaki hinggalah hujan renyai dan kepenatan saya mencuba nasib lagi menaiki angkutan ke lembang. Kebetulan angkutan ini kosong dan berhenti di sisi jalan. Pemandunya menanyakan saya mahu ke mana dan saya dari mana. Beliau amatlah terkejut mengetahui saya berasal dari Malaysia kerana bahasa Indonesia saya yang amat lancar. Beliau menjangka saya berasal dari Jakarta dan amat kagum dengan kelancaran bahasa saya (mode bangga di situ). Jam 3 petang saya selamat pulang dengan keadaan basah kuyup kerana hujan semakin lebat. Saya gagahkan diri juga untuk membeli kek lapis di kedai 24 jam 5 min dari hotel untuk dibawa pulang. Jalan-jalan di Bandung amatlah kecil dan sesak. Ianya juga tidak rata dan pencemaran asap amatlah tidak terkawal. Jadi sepanjang haritu saya seperti meracuni paru-paru ini dengan asap yang tidak terkawal.

Setelah sampai di hotel, saya terus membasuh baju dan mengemas beg pakaian untuk pulang keesokan harinya. Wang saya masih berbaki 450k pada masa itu. Jadi saya bercadang untuk menggunakannya di aiport esok untuk last minute shopping. Selepas check in saya pun membeli kek indonesia dan kek lapis yang beharga 100IDR. Cendergati lain terlalu mahal tak masuk akal jadi saya tidak menggunakannya.

Tepat jam 7.05 saya terbang pulang ke SIngapore dan penerbanagn ini hanya mengambil masa selama 1 jam setengah. 

Kesimpulannya, percutian ini amatlah mengajar saya bersyukur, mengenali Indonesia dengan lebih jelas dan tidaklah saya sesali. Saya juga amat bersyukur saya selamat pergi dan pulang. Walaubagaimanapun saya tidak bercadang untuk kembali lagi ke Indonesia malahan ibu saya memesan janganlah travel seorang diri sebagai seorang perempuan kerana ia begitu risau akan keselamatan saya.


Ringkasan tips bercuti di Bali
1. Untuk ke hotel anda. pergi ke kaunter teksi di airport (di sebelah kiri sejurus anda keluar dari balai ketibaan) untuk harga yang berpatutan. Ramai yang akan menyapa anda untuk "membantu" tetapi berjagalah untuk membayar lebih
2. Kedai 24 jam ada di sebelah kanan. Boleh dapatkan air mineral dan simkad jika perlu
3. Anda tidak perlu beratur untuk visa on arrival
4. Airport tax domestik ialah IDR40k semasa departure. International saya tidak pasti.
5. Makanan halal di Bali yang diyakini agak sukar didapati pada pendapat saya. Jalan selamat ialah membeli makanan restoran segera seperti KFC, CFC dan McD
6. Anda boleh menukar wang sejurus keluar dari bali ketibaan. Ada 3 kiosk bank di situ
7. Jika mahu berjalan dan mengenali bali ambil supir pada hari pertama. Berbual dengannya mengenai Bali. Gunakan supir untuk perjalanan jauh seperti ke Kintamani uluwatu dan Ubud, Hari seterusnya anda boleh berjalan sendiri setelah mengetahui selok belok bandar tersebut.
8. Gunakan bahasa indonesia dan tiru bunyi seperti mereka. Belajar dengan supir secara percuma bila anda dalam perjalanan menaiki kereta.
9. Kuta Central Park Hotel memang bes untuk upper budget travelers sebab bliknya besar, moden, dan berdekatan dengan pantai dan kota
10. Belanja di Krisna untuk soevenir sebab murah jugaklah. Tapi jangan over budget
11. Pasar seni sukawati (30-40 min dari Kuta) ada banyak lukisan dan baju kualiti biasa/basahan. Kereta masuk kena bayar bila keluar kawasan tu dalam 2 ribu rupiah. 
12. Ke Tegalalang dicaj 5 ribu seorang

Ringkasan Tips bercuti solo di Bandung
1. Pilih lokasi hotel sesuai dengan matlamat anda, Jika hendak membeli belah lebih baik pilih di kota
2. Ada kaunter teksi di airport untuk ke hotel. dalam 40-45000 ke kota
3. Minum air mineral botol
4. Pencemaran udara adalah berleluasa jadi bersedialah anda
5. Baiknya jika handphone anda ada internet guna google maps jika sesat.
6. Naik angkutan untuk jimat sebab sangat murah! mana-mana destinasi harganya 2 ribu rupiah sekali naik.
7. Berjaga-jaga dengan makanan halal dan bersih sebab banyak di tepi jalan tak diyakini.


Tips terakhir, tiada yang percuma di Indonesia. Rakyatnya melebihi permintaan pekerjaan jadi mereka mewujudkan sendiri kerja-kerja yang takda di Malaysia eg main muzik, pegang payung semasa hujan, jual barang di jalanraya dan sebagainya. Anggaplah pergi ke sana untuk beramal juga, beri sahajalah mereka peluang bekerja dan bayarlah mereka itu dengan niat sedekah. Mungkin pada awalnya macan ditipu je, tapi sebenarnya itulah norma bagi rakyat negara tersebut. 


Sekian, Semoga bermanfaat






Thursday, 31 October 2013

Penempatan Wad Perubatan Umum Dewasa


بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم     


 Assalamualaykum semua


Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat sulit untuk menulis entri baru atas alasan kesibukan di wad serta persiapan untuk peperiksaan akhir tahun yang bakal saya duduki dalam tempoh 3 minggu dari sekarang.

Walaubagaimanapun kali ini saya mahu menceritakan pengalaman saya di wad perubatan umum dewasa. 

Penyakit biasa

Seperti biasa penyakit yang paling lazim dijumpai di sini ialah penyakit hati kronik (cirrhosis) akibat pengambilan alkohol berlebihan serta penyakit paru-paru tersumbat/sempit kronik (COPD)  akibat menghisap rokok. Penyakit lain ialah jangkitan lapisan otak (meningitis). 

Berbanding semasa di rotation kali pertama dahulu, kali ini saya lebih kerap berjumpa pesakit yang mengalami strok sementara/tidak kekal (transient ischemic attack). Selain itu ada juga pesakit temporal lobe epilepsy yang mengamuk di wad emergency, pesakit lelaki dengan jangkitan salur kencing yang kemudiannya menjadi complicated kepada urosepsis, bberapa pesakit yang mempunyai syncope, kegagalan jantung berfungsi dengan optimum (heart failure) dan sebagainya.

Bagaimana memanfaatkan waktu di wad?

Sebelum ini saya cukup tidak suka pergi ke wad kerana merasakan tidak belajar banyak. Tetapi lama-kelamaan saya sedar, kaedah belajar di wad adalah majoriti melalui pemerhatian (observation) dan memperoleh skills yang tidak didapati melalui pembacaan semata. Sebagai contoh sekiranya pesakit anda mempunyai heart failure, lihat sendiri X ray mereka bagaiman basah nye paruparu mereka - wet lungs aka p edema, lihat ujian darah mereka, lihat perubahan ecg dan kenalpasti senarai ubat yang diberikan. Bandingkan juga dengan rekod lama untuk mengesan sebarang perubahan. Jika anda sering memerhatikan beberapa pesakit dengan diagnosis yang sama, buat perbandingan antara "presentation/ chief complaint" dan rawatan yang diterima. Dnegan cara ini, anda akan merasa "familiar" dengan penyakit tersebut, tipikal pesakit yang akan anda jumpai dan ubatan yang digunakan untuk rawatan. 

Semasa team anda membuat admission aka mengambil pesakit baru, pastikan anda mengambil sekurang-kurang1-2 pesakit baru pada hari tersebut. Dengan kaedah ini, anda akan lebih mengingati sejarah pesakit itu dan apa investigations/management plan yang perlu anda lakukan. Selepas membuat admission, pastikan anda membaca berkenaan penyakit yang anda temui untuk memperkukuh pengetahuan anda. Selain itu, semasa team anda membuat ward round, persembahkan pesakit tersebut kepada pakar dan team anda. Ini membantu anda untuk lebih baik dan efektif dalam membuat case presentation.


Selain itu bersifat terbuka dalam belajar. Ikut sebanyak mana registrars atau doktor senior kerana mereka ibarat guru yang mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang arif berkenaan jantung ada pula berkenaan endokrin, jadi lebih banyak guru lebih bagus!

Clinical skills

Menghabiskan masa di wad juga membolehkan anda mengasah skills anda Contohnya berlatih mengambil darah pesakit sekerap mungkin. Belajar mengambil darah untuk INR, culture, ABG dan sebagainya.

Cuba tawarkan diri anda untuk menguruskan pesakit. Contoh menelefon hospital lain supaya mengfakskan maklumat pesakit, berhubung dengan pihak raidologi untuk Xray, pihak ICU untuk memindahkan pesakit dan lain-lain

Klinik pesakit luar

Klinik pesakit luar adalag  unik dan bermanfaat sekali. Saya berpeluang melihat konsultasi klinik hati yang mana saya banyak belajar berkenaan penyakit hepatitis, autoimmune, sjogren syndrome dan lain-lain




Jadi tunggu apalagi, sekiranya anda di rotation ini gunakan masa yang ada dan manfaatkan!


Sekian, semoga bermanfaat


Wednesday, 2 October 2013

Tips ringkas radiology untuk pelajar perubatan


بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم     


Assalamualaykum semua, 


Sebagai seorang pelajar perubatan kebolehan asas (basics) membaca X-ray dan CT scan adalah salah satu komponen wajib yang mesti dikuasai. Jadi saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana saya belajar untuk membaca X-ray dan CT scan.



1.'Belajar basic anatomy dan buat lakaran kasar

Pertama kena betul-betul faham struktur yang anda boleh nampak di Xray/CT scan. Pemahaman ini amat penting sebelum anda boleh benar-benar menafisrkan sesuatu filem. Contoh bagi Chest Xray, pastikan anda tahu horizontal fissure selalunya akan kelihatan berdekatan dengan "right hilum" dan right bronchus pula hampir selari dengan salur trachea berbanding dengan left bronchus.  Jadi, anda mesti membaca buku anatomi dan website yang menjelaskan anatomy pada filem X-ray. Tak payah terlampau detail tetapi tahu yang asas. Setelah itu, buat lakaran kasar menggunakan pen/pensil gambaran anatomi yang boleh didapati dalam filem X-ray


Diambil daripada Cambridge



Saya suka website radiology Masterclass kerana ia menampakkan "highlight" struktur pada X-ray dan amat mudah bagi pelajar yang masih asing dengan imej bewarna hitam putih ini.



Selain itu, lihat juga website Learning radiology yang menyediakan tutorial percuma yang mudah difahami. Bagus untuk maklumat tambahan. 

Untuk lebih terperinci terutamanya CT scan, USS boleh lihat Online tutorial oleh university of virginia dan Diagnostic radiology oleh Queen's university.

2. Belajar terminologi ulasan radiologi.

Anda mestilah belajar maksud terminologi yang digunakan untuk mengulas dapatan Xray dan CT-scan. Contoh: increased opacity, fluffy/patchy round lesions, reticular pattern of interstitial thickening, meniscal signs, hemidiaphragm dan sebagainya. 

3. Tahu jenis dapatan yang tidak normal

Anda juga mestilah tahu dapatan tidak normal yang asas. Sebagai contoh bagi chest X-ray anda mestilah tahu membezakan antara collapse dan consolidation, mengesan meniscal signs bagi pleural effusions, mengetahui gambaran penumothorax dan juga cardiomegaly. 

4. Lihat banyak X-ray semasa di wad

Lihat banyak X-ray dan cuba sesuaikan dapatan "findings" dengan sejarah pesakit anda. Selepas itu, bandingkan dengan pesakit lain yang mempunyai diagnosis yang sama. Contoh pesakit yang mempunyai pneumonia amat biasa didapati di hospital jadi, cuba bandingkan antara satu kes dengan kes yang lain. Bandingkan juga X-ray lama dengan X-ray baru. Lama-kelamaan anda akan dapat kesan "pattern" tertentu bagi sesuatu penyakit.


5. Bandingkan ulasan anda dengan doktor senior

Selain itu, cuba ulas X-ray di hadapan doktor senior dan dapatkan maklumbalas daripada mereka. Dengarkan juga bagaimana doktor senior mengulas sesuatu X-ray dan bandingkan dengan jawapan/pemahaman anda. Dengan cara ini, anda akan belajar untuk mengulas lebih baik.


6. Ulangan

Kadan-kadang kita akan lupa jika sudah lama tidak melihat sekian banyak X-ray/CT scan. Jadi memang kena ulang untuk "refresh" memori lama :)

Sekian, semoga bermanfaat