Wednesday, 2 October 2013

Tips ringkas radiology untuk pelajar perubatan


بسم الله الرحمن الرحیم     


Assalamualaykum semua, 


Sebagai seorang pelajar perubatan kebolehan asas (basics) membaca X-ray dan CT scan adalah salah satu komponen wajib yang mesti dikuasai. Jadi saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana saya belajar untuk membaca X-ray dan CT scan.



1.'Belajar basic anatomy dan buat lakaran kasar

Pertama kena betul-betul faham struktur yang anda boleh nampak di Xray/CT scan. Pemahaman ini amat penting sebelum anda boleh benar-benar menafisrkan sesuatu filem. Contoh bagi Chest Xray, pastikan anda tahu horizontal fissure selalunya akan kelihatan berdekatan dengan "right hilum" dan right bronchus pula hampir selari dengan salur trachea berbanding dengan left bronchus.  Jadi, anda mesti membaca buku anatomi dan website yang menjelaskan anatomy pada filem X-ray. Tak payah terlampau detail tetapi tahu yang asas. Setelah itu, buat lakaran kasar menggunakan pen/pensil gambaran anatomi yang boleh didapati dalam filem X-ray


Diambil daripada Cambridge



Saya suka website radiology Masterclass kerana ia menampakkan "highlight" struktur pada X-ray dan amat mudah bagi pelajar yang masih asing dengan imej bewarna hitam putih ini.



Selain itu, lihat juga website Learning radiology yang menyediakan tutorial percuma yang mudah difahami. Bagus untuk maklumat tambahan. 

Untuk lebih terperinci terutamanya CT scan, USS boleh lihat Online tutorial oleh university of virginia dan Diagnostic radiology oleh Queen's university.

2. Belajar terminologi ulasan radiologi.

Anda mestilah belajar maksud terminologi yang digunakan untuk mengulas dapatan Xray dan CT-scan. Contoh: increased opacity, fluffy/patchy round lesions, reticular pattern of interstitial thickening, meniscal signs, hemidiaphragm dan sebagainya. 

3. Tahu jenis dapatan yang tidak normal

Anda juga mestilah tahu dapatan tidak normal yang asas. Sebagai contoh bagi chest X-ray anda mestilah tahu membezakan antara collapse dan consolidation, mengesan meniscal signs bagi pleural effusions, mengetahui gambaran penumothorax dan juga cardiomegaly. 

4. Lihat banyak X-ray semasa di wad

Lihat banyak X-ray dan cuba sesuaikan dapatan "findings" dengan sejarah pesakit anda. Selepas itu, bandingkan dengan pesakit lain yang mempunyai diagnosis yang sama. Contoh pesakit yang mempunyai pneumonia amat biasa didapati di hospital jadi, cuba bandingkan antara satu kes dengan kes yang lain. Bandingkan juga X-ray lama dengan X-ray baru. Lama-kelamaan anda akan dapat kesan "pattern" tertentu bagi sesuatu penyakit.


5. Bandingkan ulasan anda dengan doktor senior

Selain itu, cuba ulas X-ray di hadapan doktor senior dan dapatkan maklumbalas daripada mereka. Dengarkan juga bagaimana doktor senior mengulas sesuatu X-ray dan bandingkan dengan jawapan/pemahaman anda. Dengan cara ini, anda akan belajar untuk mengulas lebih baik.


6. Ulangan

Kadan-kadang kita akan lupa jika sudah lama tidak melihat sekian banyak X-ray/CT scan. Jadi memang kena ulang untuk "refresh" memori lama :)

Sekian, semoga bermanfaat

0 comments:

Post a Comment