Wednesday, 7 October 2015

Tips Housemanship Malaysia

 بسم الله الرحمن الرحیم         

Assalamualaikum wbt

Sudah hampir setengah tahun saya tidak menulis.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat buat bakal HOs ataupun HOs sendiri. Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi.

First Poster
Posting pertama diakui amat sukar apalagi jika anda bermula dengan posting Medical. Sukar kerana semuanya pertama kali buat anda, seperti:
pertama kali anda betul2 kena buat keputusan untuk pesakit, 
pertama kali kena ambil darah yang sebegitu banyak dan dari mana jua bahagian badan janji dapat sampel
pertama kali kena telefon MO blood bank minta darah
pertama kali buat discharge summary, memo, surat rujukan yang tak henti
pertama kali tulis preskripsi ubat dan asyik tersalah dos
pertama kali tulis borang GSH dan lagi kerap direject sebab tak cukup nombor atau salah nama
pertama kali clerk pt dan buat pelan management sepenuhnya
pertama kali buat pelbagai prosedur seperti central catheter, peritoneal dialysis etc
pertama kali kerja banyak sampai lewat malam tak sempat makan pergi tandas sebagainya
Tidak lupa juga,
pertama kali kena marah dan diherdik secara terbuka

Jadi sememangnya liku perjalanan awal ini sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spiritual yang jitu.

Tips pertama,

Fikirkan boleh. Buat sampai dapat
Fikirkan jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Jika setiap kali anda berhadapan situasi atau tugasan yang sukar ataupun perasaan yang amat sedih, INGAT anda mesti boleh melakukannya. Kalau kena request blood atau USG/CT lepastu kena reject. Cuba lagi dan request sampai anda dapat walau apa carapun. Melainkan memang jelas kadang2 anda pun tahu takkan dapat urgent tu lainlah.




Kental jiwa bila dimarahi
Satu budaya Malaysia ialah orang atasan seperti MO/S mungkin akan memarahi/menegur anda secara lantang dan terang-terangan di hadapan pesakit/pelajar perubatan lain. Anda akan rasa seolah-olah mereka memandang rendah potensi diri anda ataupun, mereka memaksa anda dan sebagainya. Saya akui budaya ini memang tak sihat dan tidak profesional. Apatah lagi jika anda sebelum ini menuntut di negara barat di mana budaya pengajaran amatlah berbeza sekali. Apa  yang anda perlu lakukan, terima sahaja pada masa itu dan teruskan kerja seperti tiada apa yang berlaku. Setelah itu, fikirkan balik kenapa anda dimarahi dan apakah silap anda. Kongsi juga perasaan/masalah/situasi anda dengan rakan sekerja/ahli keluarga untuk dapatkan nasihat.

Bersungguh-sungguh berkhidmat untuk pesakit anda
Ya, anda akan rasa nilai gaji anda sebagai amatlah murah dan tidak sepadan dengan waktu kerja yang berlarutan. Sampaikan pesakit dan ahli keluarga acapkali bertanya doktor tak balik ke? dari awal pagi sampai malam ni lepastu esok paginya ada lagi? Kesiannya doktor kerja kilang pun tak teruk camni. 
Anda akan asyik terkejar2 nak habiskan kerja/atau tinggalkan kerja supaya anda dapat balik tepat pada masa akhir shift. Bagusnya bila begini anda akan cuba tingkatkan tahap ke"efisien"an anda tetapi pada masa yang sama akan terjadi situasi di mana anda buat kerja ala kadar, seperti tulis surat discaj ala kadar, buat dressing ala kadar, mahupun melewat-lewatkan kerja supaya orang shif seterusnya yang buat. 
Pilihan di dalam tangan anda. Jika anda berterusan sebegitu bukan sahaja tidak disukai rakan sekerja, malahan anda tidak akan dapat merasakan nikmat kepuasan berkhidmat untuk pesakit anda sendiri.

Komunikasi dan networking
Kalau asyik request blood, imaging, ambil darah kat lab, ambil appointment di klinik pesakit luar, amat wajarlah anda kena pandai ambil hati/buat network dengan orang2 di sini, baik dari tahap PPK sampailah MOs. Sebab lama2 kerja akan senang dan efisien kalau anda kenal staff yang berkenaan. Selain itu, jika anda dah banyak buat posting lain dan di setiap posting anda ada imej yang baik di mata MO, bila nak refer case amatlah mudah nanti.




Hormati rakan sekerja dan jangan malas
Jangan terkejut ada HO yang asyik hilang, lambat sangat buat kerja walupun dah berbulan2 kerja, asyik mengelak, asyik taktahu. Bila waktu shift dah habis nak balik juga tinggal semua macam tu sahaja. Rakan sekerja sebegini memang tidak disukai dan sakit hati betul. Potensi untuk diextend tinggi walaupun MOs mungkin akan melepaskan anda sahaja sebab tak nak dah anda kerja dengan mereka.




Tanya jika tak tahu. Katakan Tak jika memang tak boleh tolong
Masalah besar jika anda tak tahu dan lepas tangan sahaja. Kerja akan asyik pending, semua orang cari anda. Jika tidak tahu tanya orang lain dan buat sahajalah. Jika salah minta maaf dan buat cara yang betul. Selain itu, ada situasi rakan meminta tolong sesuatu, katakan tidak jika anda memang tidak sempat buat. Jangan asyik mengiyakan lepastu lepas tangan lagi.

Baca buku dan belajar daripada pengalaman MO/S
Kena juga baca buku untuk tambah ilmu walau sedikit macam manapun. Kalau ada MO senior ynag baik tanya je soalan banyak2 dan ingat. Jika admit pesakit baru hafal management plan daripada senior ataupun MO/S. Belajar cara tiru sebegini lebih senang pada saya.

Prioriti kerja dan Common sense
Kerja anda akan pelbagai dari ambil darah, clerk kes baru, trace BHT, request USG/CT. Kena pilih la mana yang paling urgent. Kena tengok masatu dah break ke? ke dah out office hours atau weekend?  Kalau darah baru order pk boleh ambil lewat sikit ke? or esok jelah kalau tak urgent sangat. Kalau ada job yang dekat level dengan kafe or kedai serbaguna ambil peluang beli makanan terus and makan masa tunggu ABG ke or tunggu blood.

Ingat nama pesakit dan cuba ingat sebanyak mungkin
Di awal kerjaya anda akan susah nak ingat berkenaan penyakit pesakit. Tips saya, tengok muka pesakit, tanya nama dia, dan beberapa hal personal sikit je tak payah banyak. Contoh kerja apa, anak berapa. Setelah itu cuba ringkaskan sebab kenapa dia datang hopsital dan kenapa dia masih tak boleh balik lagi. Cuba juga tengok review entry MO. Akan ada perbezaan dengan HO. Belajar cara mereka lama-lama anda akan dapat hubungkan details berkenaan pesakit anda dan ingat pesakit anda sampai bila2 inshaAllah. 


Minta Pertolongan daripada Allah dan Jaga solat
Jangan pernah putus asa berdoa supaya Ia mudahkan untuk ada. Allah dah pilih ada melakukan ini dan jalan ini, jadi doa supaya Ia membolehkan anda lalu fasa sukar ini.

Memang kerja sibuk. Sibuk yang amat sampai solat amat mudah ditinggalkan. Nasihat saya, lari dan curi juga masa untuk solat. Akan ada rakan sekerja yang tak berapa peka dengan solat tapi anda tetap kena curi masa solat. Ingatkan diri anda berkali-kali segala kebaikan dan kerja anda adalah kosong disisi Allah jika anda tak solat. Selain itu, saya dapati ada Ho yng menjamakkan solat sewenang-wenangnya. Jika memnag tidak ada keperluan/kesempitan elakkanlah dari menjamakkan solat tanpa asas yang kukuh.

Kesimpulan

Pengalaman saya yang terhad ini ialah kebanyakan HO yng quit, kena extend ataupun bermasalah ni, mempunyai masalah "attitude" dan bukanlah sangat "knowledge". Sebab kesemua HO masih sama2 baru kerja. Beza ialah cara kerja dan attitude terhadap kerja itu sendiri.

Sekian,

Semoga maju jaya dan jumpa lagi !


10 comments:

  1. Salam doktor , mcm mn nak hubungi doktor . Saya nk tanya pasal tulang .

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...boleh saya tahu email awak ? saya nak tanyakan tentang cara memohon kerja sebagai doktor pelatih di australia..saya harap awak boleh email saya di hazimhushim@gmail.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Do you know where I can bring my wife to consult a female orthopedic specialist around KL or Selangor? TQ.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Doc boleh wat artikel tentang lipoma..
    Casablancax86@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Doc masih single atau x?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Dr. Bagaimana kita boleh membantu pesakit jiwa atau lebih dikenali sebagai nyanyuk

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum doktor saya nak bertanya bolehke kalau contohnya tahun depan saya baru dapat result spm dlm tempoh tahun hadapan saya ingin melanjutkan stam di sekolah kemudian dalam tempoh itu result akan keluar kemudian baru saya buat mara/etc untuk melanjutkan dalam bidang perubatan contohnya dentist boleh ke? Mohon beri tunjuk ajar

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dokter saya nak tanya boleh ke betulkan tulang tangan yang lari daripada pengelagan tangan yang sekian lamanya sebab tulang lari ni terjadi masa kecil lagi ... Ini nombor whatsapp saya (0183973250) Hisyam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dokter saya nak tanya boleh ke betulkan tulang tangan yang lari daripada pengelagan tangan yang sekian lamanya sebab tulang lari ni terjadi masa kecil lagi ... Ini nombor whatsapp saya (0183973250) Hisyam

    ReplyDelete