Wednesday, 7 October 2015

Tips Housemanship Malaysia

 Ø¨Ø³Ù… الله Ø§Ù„رحمن الرحیم         

Assalamualaikum wbt

Sudah hampir setengah tahun saya tidak menulis.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat buat bakal HOs ataupun HOs sendiri. Coretan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi.

First Poster
Posting pertama diakui amat sukar apalagi jika anda bermula dengan posting Medical. Sukar kerana semuanya pertama kali buat anda, seperti:
pertama kali anda betul2 kena buat keputusan untuk pesakit, 
pertama kali kena ambil darah yang sebegitu banyak dan dari mana jua bahagian badan janji dapat sampel
pertama kali kena telefon MO blood bank minta darah
pertama kali buat discharge summary, memo, surat rujukan yang tak henti
pertama kali tulis preskripsi ubat dan asyik tersalah dos
pertama kali tulis borang GSH dan lagi kerap direject sebab tak cukup nombor atau salah nama
pertama kali clerk pt dan buat pelan management sepenuhnya
pertama kali buat pelbagai prosedur seperti central catheter, peritoneal dialysis etc
pertama kali kerja banyak sampai lewat malam tak sempat makan pergi tandas sebagainya
Tidak lupa juga,
pertama kali kena marah dan diherdik secara terbuka

Jadi sememangnya liku perjalanan awal ini sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spiritual yang jitu.

Tips pertama,

Fikirkan boleh. Buat sampai dapat
Fikirkan jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Jika setiap kali anda berhadapan situasi atau tugasan yang sukar ataupun perasaan yang amat sedih, INGAT anda mesti boleh melakukannya. Kalau kena request blood atau USG/CT lepastu kena reject. Cuba lagi dan request sampai anda dapat walau apa carapun. Melainkan memang jelas kadang2 anda pun tahu takkan dapat urgent tu lainlah.




Kental jiwa bila dimarahi
Satu budaya Malaysia ialah orang atasan seperti MO/S mungkin akan memarahi/menegur anda secara lantang dan terang-terangan di hadapan pesakit/pelajar perubatan lain. Anda akan rasa seolah-olah mereka memandang rendah potensi diri anda ataupun, mereka memaksa anda dan sebagainya. Saya akui budaya ini memang tak sihat dan tidak profesional. Apatah lagi jika anda sebelum ini menuntut di negara barat di mana budaya pengajaran amatlah berbeza sekali. Apa  yang anda perlu lakukan, terima sahaja pada masa itu dan teruskan kerja seperti tiada apa yang berlaku. Setelah itu, fikirkan balik kenapa anda dimarahi dan apakah silap anda. Kongsi juga perasaan/masalah/situasi anda dengan rakan sekerja/ahli keluarga untuk dapatkan nasihat.

Bersungguh-sungguh berkhidmat untuk pesakit anda
Ya, anda akan rasa nilai gaji anda sebagai amatlah murah dan tidak sepadan dengan waktu kerja yang berlarutan. Sampaikan pesakit dan ahli keluarga acapkali bertanya doktor tak balik ke? dari awal pagi sampai malam ni lepastu esok paginya ada lagi? Kesiannya doktor kerja kilang pun tak teruk camni. 
Anda akan asyik terkejar2 nak habiskan kerja/atau tinggalkan kerja supaya anda dapat balik tepat pada masa akhir shift. Bagusnya bila begini anda akan cuba tingkatkan tahap ke"efisien"an anda tetapi pada masa yang sama akan terjadi situasi di mana anda buat kerja ala kadar, seperti tulis surat discaj ala kadar, buat dressing ala kadar, mahupun melewat-lewatkan kerja supaya orang shif seterusnya yang buat. 
Pilihan di dalam tangan anda. Jika anda berterusan sebegitu bukan sahaja tidak disukai rakan sekerja, malahan anda tidak akan dapat merasakan nikmat kepuasan berkhidmat untuk pesakit anda sendiri.

Komunikasi dan networking
Kalau asyik request blood, imaging, ambil darah kat lab, ambil appointment di klinik pesakit luar, amat wajarlah anda kena pandai ambil hati/buat network dengan orang2 di sini, baik dari tahap PPK sampailah MOs. Sebab lama2 kerja akan senang dan efisien kalau anda kenal staff yang berkenaan. Selain itu, jika anda dah banyak buat posting lain dan di setiap posting anda ada imej yang baik di mata MO, bila nak refer case amatlah mudah nanti.




Hormati rakan sekerja dan jangan malas
Jangan terkejut ada HO yang asyik hilang, lambat sangat buat kerja walupun dah berbulan2 kerja, asyik mengelak, asyik taktahu. Bila waktu shift dah habis nak balik juga tinggal semua macam tu sahaja. Rakan sekerja sebegini memang tidak disukai dan sakit hati betul. Potensi untuk diextend tinggi walaupun MOs mungkin akan melepaskan anda sahaja sebab tak nak dah anda kerja dengan mereka.




Tanya jika tak tahu. Katakan Tak jika memang tak boleh tolong
Masalah besar jika anda tak tahu dan lepas tangan sahaja. Kerja akan asyik pending, semua orang cari anda. Jika tidak tahu tanya orang lain dan buat sahajalah. Jika salah minta maaf dan buat cara yang betul. Selain itu, ada situasi rakan meminta tolong sesuatu, katakan tidak jika anda memang tidak sempat buat. Jangan asyik mengiyakan lepastu lepas tangan lagi.

Baca buku dan belajar daripada pengalaman MO/S
Kena juga baca buku untuk tambah ilmu walau sedikit macam manapun. Kalau ada MO senior ynag baik tanya je soalan banyak2 dan ingat. Jika admit pesakit baru hafal management plan daripada senior ataupun MO/S. Belajar cara tiru sebegini lebih senang pada saya.

Prioriti kerja dan Common sense
Kerja anda akan pelbagai dari ambil darah, clerk kes baru, trace BHT, request USG/CT. Kena pilih la mana yang paling urgent. Kena tengok masatu dah break ke? ke dah out office hours atau weekend?  Kalau darah baru order pk boleh ambil lewat sikit ke? or esok jelah kalau tak urgent sangat. Kalau ada job yang dekat level dengan kafe or kedai serbaguna ambil peluang beli makanan terus and makan masa tunggu ABG ke or tunggu blood.

Ingat nama pesakit dan cuba ingat sebanyak mungkin
Di awal kerjaya anda akan susah nak ingat berkenaan penyakit pesakit. Tips saya, tengok muka pesakit, tanya nama dia, dan beberapa hal personal sikit je tak payah banyak. Contoh kerja apa, anak berapa. Setelah itu cuba ringkaskan sebab kenapa dia datang hopsital dan kenapa dia masih tak boleh balik lagi. Cuba juga tengok review entry MO. Akan ada perbezaan dengan HO. Belajar cara mereka lama-lama anda akan dapat hubungkan details berkenaan pesakit anda dan ingat pesakit anda sampai bila2 inshaAllah. 


Minta Pertolongan daripada Allah dan Jaga solat
Jangan pernah putus asa berdoa supaya Ia mudahkan untuk ada. Allah dah pilih ada melakukan ini dan jalan ini, jadi doa supaya Ia membolehkan anda lalu fasa sukar ini.

Memang kerja sibuk. Sibuk yang amat sampai solat amat mudah ditinggalkan. Nasihat saya, lari dan curi juga masa untuk solat. Akan ada rakan sekerja yang tak berapa peka dengan solat tapi anda tetap kena curi masa solat. Ingatkan diri anda berkali-kali segala kebaikan dan kerja anda adalah kosong disisi Allah jika anda tak solat. Selain itu, saya dapati ada Ho yng menjamakkan solat sewenang-wenangnya. Jika memnag tidak ada keperluan/kesempitan elakkanlah dari menjamakkan solat tanpa asas yang kukuh.

Kesimpulan

Pengalaman saya yang terhad ini ialah kebanyakan HO yng quit, kena extend ataupun bermasalah ni, mempunyai masalah "attitude" dan bukanlah sangat "knowledge". Sebab kesemua HO masih sama2 baru kerja. Beza ialah cara kerja dan attitude terhadap kerja itu sendiri.

Sekian,

Semoga maju jaya dan jumpa lagi !


Friday, 24 April 2015

Thursday, 5 March 2015

Tips Beli Buku Teks Perubatan Murah

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم         

Assalamualaykum

Saya mula jatuh cinta untuk membeli dan membaca buku teks perubatan pada tahun ke-4(memang agak lambat hee). Sebelum tu beli sahaja buku saranan sekolah tapi tak baca pun sangat hanya koleksi sebab orang lain pun beli. Masa tu pun saya tak faham sangat bahasa Inggeris buku teks ni dan banyak sangat jadi bosan.  

Kaedah belajar sebelum menjadi pelajar perubatan sebenar

Saya sudah terbiasa belajar dengan hanya membaca buku rujukan SASBADI semasa di sekolah rendah dan menengah berbanding membaca buku teks sekolah. Saya juga lebih gemar membuat latih tubi berbanding membaca dari A ke Z. Sepanjang saya belajar sebelum Med school itulah yang saya lakukan. Nota buat sejak kat Taylors tapi hangat-hangat tahi ayam sebab tak reti nak buat, tulisan tak berapa menarik dan cepat penat. Jadi memang takdelah nota sebenarnya. Malangnya semua kebiasaan saya tak wujud dan tidak lagi praktikal di Uni saya. Tiada soalan past years daripada Uni dan seniors Malaysia (sebab kami first batch). Jadi mulanya saya hanya bergantung pada nota kuliah online oleh pensyarah, wikipedia dan semestinya google.  Tetapi content terlalu banyak jadi saya kena cepat belajar dan hafal. Apa yang saya buat ialah membuat nota key points dan rumusan (summary). Tapi nak menjiwai konsep pula satu hal lain. Jadi seperti yang saya tulis di post sebelum ini, saya mula menonton video2 kuliah perubatan online. Sejak tu seronok sangat sebab baru faham keindahan ilmu perubatan ni. Guru-guru online itu pula asyik rujuk buku teks perubatan semasa mengajar membuatkan saya mula berjinak-jinak mencintai buku teks perubatan. Semasa saya praktikal di tahun 4 juga, saya juga berjumpa dengan seorang doktor dari Zimbabwe rasanya dan ia menekankan pada saya untuk menggunakan fakta dari buku teks sebagai hujah konkrit apabila berkomunikasi sesama profesional.

Kedai buku (Fizikal)

1. Kedai buku Kamal

Kedai buku perubatan di Malaysia ialah Kamal Bookstore. Masalah bagi pelajar luar KL ialah pengangkutan ke sana agak sukar dan memakan masa, kos dan tenaga. Harganya memang murah dan kebanyakan buku ada dijual di sana. Kalau berani boleh juga mintak diskaun sedikit daripada taukey kedai. Kalau nak estimate bajet harga buku pun boleh secara email. Jika tidak salah ada cawangan di PPUM.

Alamat134, Jalan Pahang, Opposite Ghkl, 53000, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 53000 
Email: syarikat: kamalmedical [at] outlook.com
Phone:03-4021 0575

2. Kedai buku Amal Medic

Saya tidak pernah membeli daripada kedai ini. Sebab utam kerana  kena beli secara online sebab saya duduk jauh dari Terengganu. Saya juga suka belek-belek isi buku sebelum membeli. Boleh beli di sini tapi kalau kita dah pasti buku apa yang dikehendaki.

Alamat: Jalan Paya Keladi, KT
No telefon: 09-630 5481
Website: Facebook, Laman web

3. Utama Medilink Books SDN BHD

Ni saya jumpa melalui carian google. Tak boleh nak pastikan harga dan pilihan buku yang ada.

Alamat: G2 Sinar Magna Apartment, No. 1 Jalan Prima-10, Metro Prima, Kepong, KL
No telefon: 019-9155905, 03-62579695

Kedai buku Online

1. Unibooks Malaysia

Menariknya syarikat ni ditubuhkan oleh para doktor, jurutera dan profesional lain atas kesedaran ketiadaan syarikat yang menjual buku perubatan dan lain-lain bidang secara atas talian. Harga saya rasa standard sahaja dengan kamal.

Alamat: (Rasanya tiada kedai fizikal. Hanya pejabat. Sila pastikan dengan mereka) 
Unibooks Returns Department, A-1-07 SME Technopreneur Center 1 , 2260, Jalan Usahawan 2 , 63000 Cyberjaya , Selangor
No telefon:+6016 2120 272, +603 3885 1276
Laman web: http://www.unibooks.com.my/

Kekurangan ialah koleksi buku tak sebanyak kamal tapi anda mungkin boleh bertanya secara email pada mereka

2. Booko.com.au

Saya suka laman web ni semasa menuntut di Australia kerana ia berupaya mencari dan membanding harga buku di kedai online. Ada harga bagi buku baru dan terpakai yang disenaraikan. 

Laman web: http://www.booko.com.au
Cara Pembayaran: Credit/Debit Card (?Paypal)
Tempoh sampai: 3-4 minggu

3. Abebooks.com

Di sini banyak penjual dari India. Harga boleh tahan murah untuk buku terpakai tetapi ingat tak semestinya yang termurah. Matawang pembelian dalam USD.

Laman web: http://www.abebooks.com
Cara Pembayaran: Credit/Debit Card, (?Paypal)
Tempoh sampai: 3-4 minggu

4. Better World Books

Kadang-kadang di sini juga ada buku terpakai murah. Matawang pembelian dalam USD.

Laman web: http://www.betterworldbooks.com/
Cara Pembayaran: Credit/Debit Card
Tempoh sampai: 3-4 minggu

5. Book Depository

Laman web ni menawarkan free shipping dan kadang sale yang agak lumayan. Cuma sekali lagi tidak semestinya yang termurah. Matawang pembelian dalam USD/GBP.

Laman web: http://www.bookdepository.com/
Cara Pembayaran: Credit/Debit Card (?Paypal)
Tempoh sampai: 3-4 minggu

6. Paras RedKart (India)


Paras redkart.com


Saya hendak sangat membeli satu buku ni tetapi semua laman web mahal jadi saya jadi kreatif dengan cuba mencari kedai buku online negara India. Hasilnya saya jumpa laman web ni yang menawarkan harga buku murah berbanding yang lain. 

Laman Web: http://www.parasredkart.com/ https://www.facebook.com/parasredkart
Hanya checkout online dan tunggu email berkenaan caj penghantaran
Cara Pembayaran: Western Union atau Bank Transfer
Tempoh sampai: 2 minggu

7. Flipkart


Memang murah dan macam-macam ada. Tapi Shipping hanya di India. Jadi pelajar perubatan di India sepatutnya beli kat sini daripada di Kamal saya rasa. 

Laman Web: FlipKart

Tips beli buku

Untuk pengetahuan, buku terpakai InshaAllah amat baik keadaan mereka dan selalunya jauh lebih murah. Jadi jika ada, beli sahaj tanpa ragu. Selain itu beli buku satu-dua edition kebelakang sedikit. Contoh: kalau ada edition 4, beli yang 2nd atau 3rd. Isi selalunya tidak lari. Sesuai jika mahu beli buku bank soalan dan latihan. Selain itu, google tajuk buku popular atau tajuk buku pilihan dan lihat isi kandungan dan bagaiman ia ditulis. Kalau anda suka warna warni ataupun ayat penuh mungkin anda tak serasi beli buku yang dry (dot points sahaja). Boleh cari ebook, atau lihat google preview atau amazon preview.

Selamatkah beli online? InshaAllah. Saya pernah beli daripada kesemua kedai buku (Online) di atas kecuali Unibooks dan FlipKart. Yang penting kena beli awal sebelum tahun berikutnya kerana pembelian atas talian memakan masa lama untuk penghantaran.

Sekian, semoga bermanfaat!

   


Monday, 23 February 2015

Pengalaman Peribadi Berkenaan Etnik Rohingya

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم        

Assalamualaykum 

Rata-rata masih ramai yang tidak pernah berjumpa etnik Rohingya ini.
Saya ditakdirkan bertemu, bersahabat dan merawat mereka sebagai pesakit semasa menetap di Darwin, Australia. 

Pertemuan sulung

Segalanya bermula selepas solat Eidul Adha di Masjid Darwin. Semasa jemaah meluruskan dan merapatkan saf, seorang seorang wanita datang ke arah saya dan kemudiannya solat bersama. Raut wajah kelihatan seperti daripada Indonesia. Orangnya bertubuh kecil, berusia daripada saya dan pendiam. Sesudah solat saya menanyakan nama dan asalnya. Dia memberitahu namanya sebagai P dan berasal dari Malaysia. Berkali-kali saya bertanya mengenai latarbelakangnya untuk kepastian kerana cara percakapannya kedengaran tidak seperti orang Melayu. Malah terdapat bahasanya yang lebih ke"jawa"an. Saya menanya rancangan selepas solat ini, samada ada jamuan raya yang akan dihadirinya. Di menjawab tiada. Setelah disoal lagi, rupanya dia dikatakan lahir di Malaysia, kedua ibu bapa berasal daripada Indonesia, menetap dan berkahwin di Pulau Pinang dan baru sebulan dibebaskan daripada kem tahanan pelarian di sini. Suaminya berdarah Rohingya telah berada di Australia selama beberapa tahun yang lepas.

Saya simpati dan menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Dia setuju dan segera mencari suaminya di Masjid dan meminta kebenaran untuk pulang bersama saya. (suami menunggang motor)

Semasa sampai di rumahnya, saya amat terkejut dengan keadaan tempat tinggalnya. Mereka tinggal di tingkat bawah rumah yang diubahsuai menjadi bilik. Rumah asal adalah seperti rumah kampung tinggi di Malaysia. Jadi terdapat juga penyewa di tingkat atas. Di Darwin sewa rumah mahupun bilik amatlah mahal akibat bekalan yang terhad dan permintaan yang tinggi. Sebagai contoh, rumah satu bilik yang saya duduki sebelum ini merupakan yang termurah. Ia beharga 165aud (selepas diskaun drpd 180AUD) seMINGGU iaitu kira-kira 500 ringgit. Berbalik kepada P, suaminya membayar sebanyak 400AUD seMINGGU untuk sebuah bilik yang memuatkan mereka berempat dan satu ruang makan yang diduduki 2 anak saudaranya.  Teringat perasaan pertama kali menjejaki rumahnya. Amat menyayat hati setiap kali memikirkan keadaan tempat tinggal sebegitu yang masih wujud di Australia, negara yang kaya ini.  Walau serba serbi sederhana, perkarangan rumahnya bersih begitu juga dapurnya. P masih belum ada ramai kawan di Darwin kerana baru tiba di Australia. Saya dipelawa duduk di meja makan dan minum jus oren yang dibeli di pasaraya. Hidangan pula biskut wafer jenama HomeBrand (seperi Giant) dan juga sejenis makan tradisi Rohingya. Iaitu Campuran hirisan sayur-sayuran dengan kacang dan kuah berperisa kari yang amat pedas. Menarik tetapi memang pelik sekali rasanya. Tidak lama kemudian, suaminya sampai bersama rakan-rakan Rohingya yang lain. 

Amat mesra sekali kesemua mereka. Ada 4-5 orang lelaki Rohingya kesemuanya. Hanya suaminya dan seorang rakannya yang telah bekeluarga. Selebihnya masih muda. Kami berbual mesra dan saling berkenalan. Suaminya sekarang bekerja sebagai penolak troli di pusat beli belah. Beliau menceritakan ketidaktentuan di Myanmar membuatkan mereka terpaksa lari dari negara tersebut dan datang ke Malaysia. Mereka tinggal di Pulau Pinang beberapa tahun sebelum ke Indonesia dan seterusnya ke Australia dengan hanya menaiki bot haram. Di sana mereka bekerja sebagi buruh kontrak jika tidak salah. Ada seorang pak cik itu sudah hampir berbelas atau puluhan tahun tinggal di Malaysia sebelum datang ke Australia. Kesemua mereka menyatakan bahawa mereka amat menyayangi dan menyukai Malaysia kerana harga barangan yang murah, mudah untuk mempraktikkan Islam dan keamanan negara. Cuma mereka terpaksa  ke Australia kerana negara Malaysia tidak menawarkan taraf penduduk tetap/rakyat kepada rakyat asing sewenangnya.. 

Saya amat kagum mereka mahir berbahasa Melayu. Kelakar juga ada melihat si suami berbahasa Rohinya bersama rakannya dan kemudiannya berbahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan anak dan isterinya. 

Sejak itu, saya kami menjadi rakan dan saya sering melawat mereka. Saya akan membantu mengisi borang-borang berbahasa Inggeris untuk keluarga P. Juga pernah menghadiri hari terbuka sekolah anak untuk menjadi wakil ibubapa mereka. Semasa hari minggu pula kadang-kadang kami bersama-sama ke masjid. 
Para ibu membantu menyusun makanan untuk anak-anak. Jamuan makan setiap minggu selepas kelas agama di Dewan Serbaguna di Masjid Darwin.



Genap setahun

Genap setahun perkenalan kami, P menawarkan membuat ibadah korban bersama di Darwin. Saya amat terkejut dan begitu gembira sekali. Sepanjang saya di Australia, inilah pertama kali mendapat peluang melakukan korban di tempat lokal. Rupa-rupanya terdapat komuniti Rohingya yang agak besar dan bersatu. Inilah tradisi mereka setiap tahun. Apabila saya mengagihkan daging korban segar kepada makcik Melayu yang lain di sini, mereka terkejut dan mengatakan inilah kali pertama mereka memakan daging korban di negara Australia setelah hampir 30 tahun menetap di sini. Menarik bukan?

Sambutan Rasmi Eidul Adha


Pertemuan kedua

Pertemuan kedua ialah semasa saya menjalani praktikal di jabatan Palliatif, iaitu mengurus pesakit yang tidak lagi boleh lagi dirawati selain ubatan untuk mengurang simptom seperti sakit, sudah bernafas, pening dan sebagainya. Selalunya pesakit mempunyai masa beberapa hari-minggu untuk hidup. 

Ketika itu, saya diberitahu ada seorang tahanan dari Malaysia di wad bedah yang menghidap kanser tahap akhir akan dihantar ke wad palliatif. Mereka tidak mempunyai penterjemah bahasa Melayu, justeru mereka menggunapakai khidmat penterjemah berbahasa Indonesia. Saya menjangkakan ia pasti orang Rohingya. Lantas saya mengiringi Registrar saya(doktor dalam proses menjadi pakar) ke wad tersebut untuk berkenalan dan menilai kesesuaian pesakit tersebut. Sangkaan saya tepat. Ia sememangnya berbangsa Rohingya. Yang mengejutkan ialah penterjemah bahasa Indonesia itu seorang orang putih! dan tidak lama daripada itu barulah saya tahu dia berkahwin dengan wanita Indonesia dan sudah pernah mengerjakan haji. SubhanaAllah hebat sungguh kan!

Berbalik kepada ketiadaan penterjemah bahasa Melayu. Saya diminta oleh doktor-doktor untuk menjadi juru bahasa untuk beliau. Saya sempat berkenalan dan bertanya kepada beliau mengenai latar belakangnya. Seperti keluarga di atas, beliau juga telah menetap di Malaysia beberapa tahun sebelum datang ke Indonesia untuk transit ke Australia. Bayaran lebih kurang 3000 dollars untuk ke sini. Beliau menceritakan betapa sempitnya duduk kaku di atas bot semasa ke Australia. Ia mengambil masa selama 3 hari sebelum bot tersebut ditahan oleh Pihak Berkuasa Australia.  Jika tidak ditemui, maka mereka mungkin akan mati kelaparan dan akibat dehidrasi. Ada juga kes bot yang tenggelam dan mengorbankan kesemua penumpang. Lihat, begitu sekali mereka menggadaikan nyawa demi memperjuang status sebagai rakyat!

Bayangkan anda bersesak begini di atas bot selama 3 hari atau lebih. Gambar orang Rohingya atas carian Google

Beliau menyatakan rasa syukur pada Allah kerana walaupun sakit dan berada di Australia, beliau dikelilingi oleh orang Islam, iaitu saya, doktor pakar dan juga penterjemah bahasa. Beliau juga diberi kebenaran solat dan membaca AlQuran. Sesungguhnya ini bukanlah kebetulan. Saya sempat bertemu rakan-rakannya yang lain yang datang melawat daripada kem tahanan. Mereka juga fasih berbahasa Melayu.

Saya tidak pasti samada ia masih hidup ataupun tidak. 

Kesimpulan Peribadi Mengenai Peribadi Etnik Rohingya

1. Pemurah 
Mereka amat pemurah dan menghormati tetamu. Jika pergi ke rumah mereka sebolehnya akan menghidang air dan makanan. Seperti keluarga P, ia tidak lokek memberikan saya tangkapan ikan/ketam dengan banyakknya apabila berkesempatan turun ke laut(Darwin ni tepi laut sahaja)

2. Islam
Majoriti mengamalkan islam dan solat. Mereka akan menghadiri solat jumaat dan menghantar anak-anak ke kelas agama di masjid semasa hari minggu. P sanggup berjalan kaki sejauh 1.4km untuk ke masjid setiap minggu demi menemani anaknya di sana. Bayangkan berjalan kaki pergi dan balik dalam keadaan cuaca panas terik di Darwin. Amat tabah wanita ini!

3. Bersatu padu 
Mereka akan mengadakan mesyuarat komuniti setiap minggu dan mempunyai aktivi tahunan tersendiri. hebat bukan? Komuniti melayu di sini sendiri tidak begitu rapat seperti mereka. 

4. Bahasa
Mereka fasih berbahasa Melayu kerana majoriti akan tinggal di Pulau Pinang, berkahwin dengan wanita Indonesia dan menetap beberapa tahun sebelum berlayar ke Australia. Selain itu, mereka boleh berbahasa Urdu kerana pelajaran Agama diajar dalam bahasa ini. Bahasa lain ialah bahas ibunda mereka dan bahasa Myanmar. 

5. Warna kulit
Raut wajah mereka seperti orang Bangladesh. Kulit kecoklatan hingga kehitaman. Susuk tubuh agak tinggi sedikit dari orang Melayu. Ada juga wanita yang berkulit cerah. Mungkin ia peranakan dengan bangsa Myanmar.

Di harap coretan saya dapat memberi pengajaran kepada anda yang membaca. Sesungguhnya kita kena bersyukur kerana lahir dan menghuni di bumi Malaysia walau seburuk mahupun sebesar apapun kelemahan sedia ada pada negara kita. Etnik lain memperjudi nyawa berhijrah, ditahan di kem tahanan dan bersusah payah pula menunggu penganugerahan kerakyatan. Semuanya tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi manusia yang bebas! 

Sekian, semoga bermanfaat!

Friday, 20 February 2015

Rehabilitasi Selepas Patah Tulang Buku Lali

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua


Kecederaan pada buku lali adalah masalah yang biasa di unit kecemasan mahupun klinik. Kali ini saya mahu berkongsi mengenai program rehabilitasi (pemulihan) bagi kecederaan ini. Majoriti sumber artikel ini daripada laman ini dan diterjemah untuk anda. 

Anatomi Buku lali

Umumnya buku lali dibentuk oleh beberapa tulang iaitu:


  • Tibia - tulang kering. Bonjolan buku lali dinamakan medial malleoli
  • Fibula - tulang halus sebelah tibia. Bonjolan buku lali dinamakan lateral malleoli
  • Talus - tulang kecil yang berada antara tulang tumit kaki (calcaneus) dan tulang  tibia dan fibula
Gambar carian google


Jenis patah buku lali 

1. Lateral maleolar fracture
2. Medial malleolar fracture
3. Trimalleolar fracture
4. Syndesmotic fracture


Terdapat dua sendi yang selalunya terlibat dalam patah buku lali:

1. Sendi buku lali (ankle joint) - di mana tibia, fibula, dan talus bertemu

2. Sendi Syndesmosis - sendi antara tulang tibia dan fibula

Kecederaan sendi di bahagian berhampiran buku lali. Gambar carian google
Rawatan

Bergantung kepada kestabilan sendi buku lali yang terlibat. Jika tidak stabil akan dibedah. Secara amnya, buku lali akan di pakaikan anduh (splint) atau backslab cast (simen hanya separuh kemudian dibalut) untuk mengelakkan buku lali bergerak. Ini dipakai sementara bengkakkan surut sedikit. Setelah itu barulah di bedah atau dipasangkan simen sepenuhnya. Buku lali akan diXRay secara berkala dalam tempoh penyembuhan.

Backslab cast. Imej carian google
Sekurang-kurangnya 6 minggu diambil untuk tulang bercantum. Ia mungkin mengambil masa lebih lama untuk ligamen dan tendon terlibat untuk sembuh. Jadi pesakit tidak dibenarkan berdiri di atas kaki yang terlibat dalam tempoh ini.

Seperti yang dinyatakan di atas, doktor anda kemungkinan besar akan memantau penyembuhan tulang dengan berulang x-ray. Ini biasanya dilakukan lebih kerap semasa 6 minggu pertama jika pembedahan tidak dipilih.


Rehabilitasi

Sokongan atau pendakap buku lali
Selepas 6 minggu, pesakit mungkin akan memerlukan pemakaian brace( seperti cam walker boot) sebelum fungsi dan kekuatan pulih sepenuhnya (selalunya dalam2-3 bulan pemakaian).

Cam walker boot. Gambar carian Google
Fisioterapi (Terapi aktiviti fizikal)
Apabila doktor anda membenarkan anda untuk mula bergerak pergelangan kaki anda, terapi dan aktiviti latihan fizikal adalah sangat penting. 

Setelah itu, anda juga akan mula melakukan latihan pengukuhan(strengthening). Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk otot-otot di sekitar pergelangan kaki anda untuk kembali kukuh bagi membolehkan anda berjalan tanpa tempang dan untuk kembali ke aktiviti biasa.

Sekali lagi, latihan hanya membuat perbezaan jika anda benar-benar melakukannya.

Contoh latihan pengukuhan boleh dilihat di ini:


Tempoh pemulihan
Walaupun kebanyakan orang kembali ke aktiviti harian biasa, kecuali sukan, dalam masa 3 hingga 4 bulan, kajian telah menunjukkan bahawa sebahagian pesakit mengambil masa sehingga 2 tahun untuk pulih sepenuhnya. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk anda untuk menghentikan tempang semasa berjalan, dan sebelum anda boleh kembali ke sukan di peringkat anda kompetitif seperti sebelumnya. Kebanyakan orang kembali ke memandu dalam tempoh 9 hingga 12 minggu dari masa yang mereka cedera. 


Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber:
1. Christ B. Ankle Fractures (Broken Ankle). American Orthopaedic Trauma Association. 2013. Link


Wednesday, 18 February 2015

Osteonecrosis of the femoral head-Komplikasi Akibat Patah Tulang Peha

بسم الله Ø§Ù„رحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua


Saya mengambil keputusan untuk menulis post ini sebagai jawapan kepada Saudara Fadzli yang mengalami keadaan yang dinyatakan. 

Pengenalan

"Osteonecrosis of the femoral head"- iaitu kematian tisu tulang di pangkal tulang peha atau nama dahulunya "Avascular necrosis", adalah satu komplikasi yang amat biasa bagi pesakit  yang pernah mengalami "high energy trauma" melibatkan patah tulang femur di bahagian lehernya "neck".



Osteonecrosis of the femoral head- Gambar ihsan menunjukkan bahagian atas tulang femur yang mengecil akibat sel tulang di bahagian yang terlibat telah mati

Melalui pembacaan, kira-kira 86% peratus golongan  muda mendapat komplikasi ini. 

Simptom/Tanda-tanda awal

Pesakit akan mengadu sakit seawal 6 bulan selepas pembedahan awal walaupun kebanyakkan pesakit mula mengadu sakit 2 tahun selepas. Sakit yang dialami pula disifatkan dari dalam (thigh) dan punggung, berdenyut-denyut di bahagian peha, kadang-kadang merebak di bahagian hadapan peha hingga ke lutut. 

Lama kelamaan pesakit akan merasa tempang apabila berjalan dan kaku pada sendi peha//pinggul. Akhirnya, rasa sakit juga akan hadir semasa waktu rehat dan tidur.

Signifikan keadaan ini
Gambar menunjukkan osteonecrosis berterusan dari sendi yang normal (Stage 1) kepada kegagalan sendi (Stage 4)
Reproduced from Beaule PE, Amstutz, HC: Management of ficat stage III and IV osteonecrosis of the hip. J Amer Acad Orthop Surg 2004; 12: 96-105.

Apabila keadaan ini beerlaku pada sendi pinggul, bahagian atas kepala femoral (bahagian bola) runtuh dan mula mendatar. Ini berlaku kerana sendi peha adalah di mana sebahagian besar daripada berat badan yang tertumpu. Perataan mewujudkan situasi di mana bola tidak lagi sesuai dengan sempurna di dalam soket.  Ini membawa kepada kerosakan pada sendi peha, dan kesakitan.

Tulang rawan yang berada di permukaan atas tulang femur (peha) itu turut terjejas. Tulang rawan berfungsi sebagai "cushion" apabila 2 tulang (yang membentuk sendi) bergeser antara satu sama lain. Kegagalan "cushion" inilah yang menyebabkan kesakitan apabila sendi peha digerakkan. Sebagai perbandingan ialah golongan orang tua yang selalu mengadu sakit sendi. Hal ini kerana usia yang tua menyebabkan tulang rawan semakin haus dan nipis.  Keadaan ini pula dinamakan sebagai "osteoarthritis". 

Komplikasi jangka panjang 


Gambar ihsan carian google. Lihat subchondral bone yang dimaksudkan

Jika keadaan ini dibiarkan tanpa pembedaan, terdapat dua kesan utama secara jangka panjang iaitu "subchondral collapse"- tulang dibahagian bawah tulang rawan akan "collapse" dan "osteoarthritis" seperti yang diterangkan di atas. Apabila 2 keadaan ini berlaku, Total Hip Replacement atau THR adalah satu-satunya rawatan yang pesakit kena jalani. 

Isunya sekarang apakah rawatan yang ada ialah dalam tempoh sekarang hinggalah sebelum berlakunya komplikasi jangka panjang di atas?

Rawatan sebelum komplikasi jangka panjang

1)Perubatan- bukan pembedahan

Ubat-ubatan
a) Ubat tahan sakit
Untuk sakit-sakit yang dialami, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit di farmasi seperti paracetamol/panadol setiap kali berasa sakit. 

b)Ubat anti-radang (anti-inflammatory)
Ubat ini sering digunakan untuk melegakan kesakitan. Contoh NSAIDs-  aspirin(mesti ambil dengan makanan)

b) Bisphosphonates 
Satu bisphosphonate tertentu (Fosamax biasanya digunakan untuk merawat osteoporosis) telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko keruntuhan kepala femoral pada pesakit. 

Kaedah lain
Dalam beberapa kes, pakar bedah juga menetapkan kaedah rawatan biofizikal seperti rangsangan elektrik atau kejutan terapi gelombang dalam usaha untuk mendapatkan tulang untuk sembuh. Kadang-kadang langkah-langkah ini boleh membantu melewatkan keperluan bagi pembedahan.

Penggunaan oksigen hiperbarik (HBO) juga dilakukan dengan persepsi bahawa HBO meningkatkan pengoksigenan, mengurangkan bengakakan, dan mendorong pertumbuhan saluran darah; Ini menyebabkan pengurangan dalam tekanan dalaman tulang serta memperbaiki peredaran darah.


2) Pembedahan
Menurut sumber, pembedahan mempunyai peluang yang cerah untuk "berjaya" berbanding pendekatan tunggu dan lihat.

Terdapat 2 jenis utama iaitu prosedur-prosedur yang memelihara kepala tulang femur tersebut (femoral head-preserving procedures) dan pembinaan semula sendi (joint reconstruction). Antara prosedur yang memelihara kepala tulang femur adalah bahasa inggerisnya- joint unloading, femoral head core decompression, electric stimulation, osteotomy, and bone grafting

Prosedur pembinaan semula sendi termasuklah cup arthroplasty, hemiresurfacing, total hip resurfacing, femoral head replacement, femoral head endoprosthesis, and total arthroplasty. 

Sekiranya pesakit masih belum berada di tahap 4 (stage 4), pembedahan "core decompression" merupakan pembedahan pilihan.

Di bawah ini saya hanya kongsikan satu prosedur popular untuk keadaan ini. 

Core decompression (Penyahmampatan Teras Tulang Femur)


(Kiri) Penyahmampatan Teras. (Kanan) Dalam x-ray, garis gerudi menunjukkan tengah-tengah jalan lubang gerudi kecil yang digunakan dalam prosedur teras penyahmampatan. Gambar ihsan

Prosedur ini melibatkan penggerudian satu lubang besar atau beberapa lubang kecil ke dalam kepala tulang femur untuk melegakan tekanan pada tulang dan mewujudkan saluran untuk salur darah baru untuk menyuburkan kawasan yang terjejas.

Apabila osteonecrosis sendi peha didiagnosis awal, penyahmampatan teras adalah sering berjaya dalam mencegah keruntuhan kepala femoral dan osteoarthritis.

Penyahmampatan Teras sering digabungkan dengan tulang cantuman untuk membantu menjana semula tulang yang sihat dan sokongan tulang rawan pada sendi peha. Tisu tulang(bone graft) yang sihat akan dipindahkan ke kawasan di mana ia diperlukan.

Terdapat banyak pilihan tisu tulang (bone graft) boleh didapati hari ini. Teknik yang standard ialah mengambil tulang tambahan dari satu bahagian badan anda (harvest) dan dipindahkan kepada bahagian lain badan anda (tulang femur dalam konteks ini). Kaedah ini dipanggil autograft. Kadang-kadang, tisu tulang boleh didapati daripada penderma lain yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Selain itu, terdapat juga beberapa cantuman tulang sintetik (tiruan) yang terdapat hari ini, cuma saya tidak pasti kewujudan di negara kita.

Selepas prosedur ini, pesakit mestilah menggunakan tongkat (crutches) selama beberapa bulan untuk mengurangkan tekanan kepada tulang. Secara purata pesakit akan dapat berjalan 3 bulan setelah prosedur ini. 

3) Alternatif- Bukan pembedahan

Fisioterapi/Senaman
Pada dasarnya, rawatan fisioterapi untuk keadan ini tidak berkesan. 

Menghadkan berat pada sendi peha terjejas
Apa yang boleh dilakukan pesakit ialah menghadkan aktiviti yang memberi tekanan pada sendi peha seperti menggunakan tongkat. Walaubagaimanapun terapi fizikal hanyalah menyediakan kawalan gejala penyakit (iaitu kesakitan) dan tidak banyak membantu mengubah perkembangan penyakit (tempoh daripada keadaan anda sekarang hinggalah tahap 4).


Makanan tambahan (glucosamine dan chondroitin)
Sesetengah pesakit mendapati bahawa kombinasi makanan tambahan pemakanan glukosamin dan kondroitin (chondroitin) membantu melegakan kesakitan. Pesakit yang mengambil makanan tambahan, herba, ubat-ubatan dan lain-lain pelengkap dan alternatif pemakanan perlu memberitahu doktor mereka untuk mengelakkan interaksi dadah berbahaya.


Rawatan setelah komplikasi jangka panjang (tahap 4)



Penggantian sendi peha secara total (sepenuhnya). Gambar ihsan
Apabila pesakit telah mencapai tahap empat, ia akan terpaksa jua menjalani prosedur THR-
Total hip replacement, atau penggantian sendi peha secara total. Ini dapat mengurangkan rasa sakit dan memulihkan fungsi dalam 90% hingga 95% kepada pesakit. Sungguhpun begitu kaedah ini lebih kepada pesakit berumur lebih 60 tahun kerana jangka masa hayat keberkesanan sendi tiruan ini hanyalah dalam 15 ke 20 tahun seterusnya. Kesan sepanjang hayat prosedur ini ialah pesakit tidak boleh mengangkat benda berat, menyilang kaki, bersila mahupun bercangkung untuk mengelakkan komplikasi "hip dislocation"- terkehel (lihat gambar di bawah).
Hip prosthesis dislocation

Kesimpulan

Tujuan penulisan artikel ini untuk memberi pencerahan dan pendidikan sedikit sebanyak kepada anda sebagai pesakit. 

Jumpalah doktor pakar tulang dan pastikan di mana tahap anda yang sebenarnya. Bincang dan dapatkan nasihat yang tepat daripada mereka kerana mereka dapat memeriksa anda serta melakukan pengimejan seperti X-ray. 

Sumber:

1. Osteonecrosis of the hip. Link
2. Pauyo T et al. Management of femoral neck fractures in the young patient: A critical analysis review. World J Orthop. 2014 Jul 18; 5(3): 204–217. Link
3. Bachiller et al. Avascular necrosis of the femoral head after femoral neck fracture. 2002 Jun;(399):87-109. Link
4. Avascular Necrosis of the hip. Medical Multimedia Group, L.L.C. Link
5. Sen RK. Management of avascular necrosis of femoral head at pre-collapse stage. Indian J Orthop. 2009 Jan-Mar; 43(1): 6–16. Link
6. NIH Publication . Questions And Answers About Osteonecrosis (Avascular Necrosis). Jan 2013. Link

Sekian, semoga bermanfaat!