Monday, 9 December 2013

Elektif di Malaysia Update untuk Pelajar Luar Negara

بسم الله الرحمن الرحیم      


Assalamualaykum semua 

Saya telahpun membuat keputusan untuk membuat elektif di semenanjung Malaysia pada tahun hadapan. 


Tujuan saya ke Malaysia ialah kerana ingin mengetahui selok belok sistem kesihatan negara sebelum pulang selain menimba ilmu pengetahuan dari doktor-doktor Malaysia sendiri. Pada masa itu juga adalah waktu bulan puasa dan raya, jadi saya ingin mengmabil kesempatan untuk berpuasa dan beraya bersama keluarga tercinta!

Untuk pelajar luar negara yang masih tertanya-tanya bagaimana nak apply elective posting, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai cara-caranya :)


Hospital Kerajaan

Pada sesiapa yang mahu melakukan elektif di Hospital kerajaan Malaysia kenalah isi dan hantar borang ni. Sertakan salinan kad pengenalan dan surat sokongan Dekan

Minimum 3 minggu maksimun 6-8 minggu. Hantarkan permohonan melalui emel jabatan kesihatan negeri yang anda hendak lakukan elektif.

Dokumen: Lampiran B, surat sokongan dekan, salinan kad pengenalan
Hantarkan melalui emel kepada jabatan kesihatan negeri sekurang-kurang 3 bulan sebelum tarikh
Kalau Johor- Pn Suhana di emel  natilia@moh.gov.my 



Hospital Universiti

Saya mahukan sesi pengajaran semasa elektif. Justeru saya fikir saya akan dapat lebih manfaat jika saya ke hospital universiti. Walaubagaimanapun berbanding dengan hospital kerajaan, anda akan dikenakan bayaran.


Universiti Malaya Medical Centre

Dokumen: Borang elektif, foto, surat sokongan Dekan
Hantarkan melalui emel kepada: julianna [at] ummc.edu.my sekurang-kurang 6 bulan sebelum 
Bayaran: RM 500
Min 3minggu maksium 8 minggu

Universiti Kebangsaan Malaysia

Dokumen: Borang elektif, keputusan peperiksaan, CV, surat perakuan universiti
Hantarkan melalui emel kepada Penolong pendaftar Fax sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum
Bayaran RM750 (8 minggu)
Min 3minggu maksium 8 minggu 


Universiti Sains Malaysia

Dokumen: Borang elektif,  
Hantarkan melalui emel  sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kepada  shiken_ahmad@yahoo.com or norashiken@kk.usm.my 
Bayaran RM152 untuk 2 minggu
Sila rujuk website 

Ada lagi uni lain, tapi silalah cari sendiri ye,

Semoga bermanfaat!



***
Tambahan

Di bawah ialah contoh cover letter. Anda dinasihatkan untuk mengubahsuai sedikit supaya tidaklah nampak sama sahaja, ye. Tips untuk surat formal ialah ringkas dan to-the-point :D


Assalamu alaykum
My name is XXX , a Xth year medical student from XXX University. 

I am very interested in pursuing a medical elective at Hospital XXX next year. This elective term is a requirement by the School during my final year studies in 2014. As a Malaysian studying abroad, the experience obtained during this elective will help to strengthen and complement my clinical knowledge prior to returning home.  

I plan to do this 4-week elective starting on the XXX until XXX.

I have attached the completed application form, a copy of my Malaysian identity card and my Head of School's support letter for your review.
Should you require any other information please contact me at +6XX or at XXX@XX.com
Thank you for your kind attention and consideration to this matter.


Yours faithfully,
Myself
Year X 
XX university

11 comments:

  1. assalamualaikum, nk tny...kalau elektif di johor, perlu hantar ke emel kt atas tu ke kt emel hosptal yg kite nak buat elektif tu ye?? kat borang elektif tu xde tlis hospital mana kita nak..mcm mn ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaykum :). Ya, hantar sahaja ke emel pn Suhana (peg pentadbir di JB) dan bukannya terus kepada hospital yang kita nak buat elektif. Tuliskan emel ringkas perkenalkan diri, tahun dan tempat pengajian, bila dan nama hospital untuk elektif, sebab nk buat elektif dan lampirkan Lampiran B dan salinan kad pengenalan. Selalunya beliau akan balas ringkas emel diterima. Dalam sebulan-2, kalau takda emel pengesahan dari beliau, telefon pejabat beliau seperti kes saya surat pengesahn dah lama dkeluarkan tapi tidak di"scan" dan di emel kembali. Setelah diluluskan pihak JB akan hantarkan maklumkan perkara ni kepada hospital berkenanan. Begitulah yang saya lakukan selama ni. Harap membantu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum doc, mnta maaf sy de lg soalan..mcm mn plak klo nk apply dkt hsptal sultanah zainab II, kota bharu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaykum. Seperti yang saya sarankan di atas, isikan Lampiran B, salinan kad pengenalan, surat sokongan dekan dan emel pada jabatan kesihatan negeri kelantan. Saya tidak pasti siapa pembantu tadbirnya tetapi cuba sahaja alamat emel yang di website mereka dan telefon pejabat mereka untuk pengesahan terima emel tersebut. Sebelum ini saya menghantar emel yang didapati di website jabatan kesihatan negeri dan sebulan kemudian barulah mendapat reply dari pembantu tadbir untuk isi borang etc. Ini alamat yang saya jumpa untuk J Kesihatan kelantan:
      No Tel: 09-7413300
      No Faks: 09-7441333
      Emel: jknk@klt.moh.gov.my
      Website: http://jknkelantan.moh.gov.my

      Semoga membantu :D

      Delete
  4. Macamana pula kalau student malaysia mahu elective di australia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Setahu saya di sini anda kena apply melalui universiti. Contoh di Queensland, 2 universiti yang menguasai "hak" atau kawasan placement di hospital adalah James Cook Uni di utara manakala Uni Queensland di selatan. Sila lihat link ini

      1. http://www.jcu.edu.au/smd/medicine/medstudents/Clinicalelectivestudents/index.htm

      2. http://www.som.uq.edu.au/future-students/inbound-medical-electives.aspx

      Maklumat daripada link di atas menunjukkan anda perlu berada di tahun akhir untuk menjalanielektif di sini. Selain tu, banyak prosedur lain yang kena tempuhi seperti bukti HepB, Blue Card, Criminal Clearance, Visa dan lain-lain mengikut syarat2 universiti/hospital.

      Secara umumnya, kunjungi website jabatan kesihatan negeri yang anda nak tuju eg New South Wales, South Australia, Queensland, Tasmania, etc dan cari maklumat mengenai elektif (selalunya di bahagian employment/work for us)

      Semoga berjaya!

      Delete
  5. Salam, macammana kalau nak buat elektif di husm kelantan? Hanya perlu hantar permohonan kt email kt atas ke? Tq

    ReplyDelete
  6. surat sokongan dekan tu kena buat mcm mne eh? ade borang boleh download? atau kena minta kat fakulti masing2? atau kena buat satu surat kepada dekan?

    ReplyDelete
  7. salam,bagaimana cara untuk membuat permohonan di negeri selangor? adakah terus ke hospital atau ke jabatan negeri dahulu? dan cara permohonan melalui pos atau email? (kebanyakkan hospital tidak meletakkan email di website utama ) saya telah terlambat membuat permohonan adakah permohonan saya masih boleh diterima?

    ReplyDelete
  8. Untuk makluman pelajar yang bakal menjalani posting elektif, yang utama sekali mesti rujuk di Fakulti masing2, lain Universiti lain cara permohonan n format surat nya. Apa yang penting pemohon kena tahu prosedur betul untuk memohonan ke Hospital/penempatan yang ingin di tuju.

    ReplyDelete