Monday, 9 December 2013

Buku rujukan penempatan Wad Pembedahan Umum

بسم الله الرحمن الرحیم       


Assalamualaykum semua 


Berikut ialah buku rujukan saya semasa di rotation pembedahan umum.

1. Textbook of Surgery Tjandra bought online for AUD70







Buku ini disarankan oleh universiti saya kerana diterbitkan di Australia. Buku ini amat mudah dibaca, ringkas dan sesuai untuk dijadikan bacaan awal untuk pelajar perubatan.Di akhir setiap bab, ada 5 soalan aneka pilihan pendek untuk mengukuhkan pemahaman.  Walaubagaimanapun buku ini agak mahal, sukar didapati di kedai dan tidak bewarna warni. Pendapat saya, setelah anda habis membaca sekali dua buku ini, anda tidak berasa mahu lagi membukanya kerana ada buku lain yang lebih menarik. Cuma yang bagusnya bila di wad dan pakar bedah menanyakan anda soalan, anda boleh menjawabnya dengan hanya membaca buku ini.

2. Bailey's and Love Short practice of Surgery Downloaded ebook





Saya suka gunakan buku ini sebagai maklumat tambahan kepada buku teks yang disebut di atas. Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kerana jauh lebih tebal dan mengupas sesuatu topik itu dengan lebih mendalam. Mungkin buku ini disasarkan kepada Registrars atau specialist. Buku ini bewarna warni dan mempunyai banyak gambarajah berbanding buku di atas. Harganya? sudah tentu amat mahal justeru saya hanya memuat turun untuk rujukan sekali-sekala.


3. Surgical recall bought online for aud 30



Saya membeli buku ini kerana terpengaruh dengan orang yan gmengatakan buku ini bagus. Pada awalnya saya terkejut kerana buku ini seperti ala-ala soal jawab flashkad ie di kolum kiri soalan di kolum kanan jawapan. Justeru ini bukanlah buku pilihan saya pada awalnya kerana ia lebih bersifat " recall" your old memory. Tetapi semasa rotation pusingan ke 2 saya amat menyukai buku ini kerana sangat ringkas dan sesuai sekali untuk dijadikan "recall" sebelum exam.  Buku ini juga mempunyai bahagian memperkenalkan instrumen surgery, tatatcara di bilik bedah dan wad serta cara mengira "fluid resuscitation" kepada pesakit. Kesimpulannya buku yang bagus jika anda mempunyai sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan mengenai pembedahan.

4. Case Files Surgery Bought online for AUD11



Seperti biasa ini merupakan buku yang amat baik. Latihan case files membuat anda nampak perbezaan sesuatu penyakit dengan lebih jelas dan rawatan yang sesuai. Sebagai contoh setelah saya membac buku ini barulah saya nampak rupa-rupanya berbeza cara menangani penyakit berkenaan pundi hempedu seperti cholelithiasis, choledolithiasis, cholangitis dan sebagainya, Lepas tu keluar pula soalan ni masa exam jadi "BANG" dapat jawab dengan tepat!

5. Oxford Handbook of clinical medicine



BUku ini mempunyai ruangan khas untuk "surgery". Sangat bagus dan a must buy!


6. Core clinical cases Surgery



Kes yang dimuatkan sedikit dan harganya tidak sepadan dengan isi kandungan buku ini. Saya tidak sarankan anda membelinya.

Sekian, semoga bermanfaat

0 comments:

Post a Comment