Assalamu alaykum
Seperti biasa saya ingin kongsikan buku yang saya guna semasa di wad kanak-kanak
1. Core clinical cases Paediatrics Bought online for AUD25
Buku ini sangat bagus kerana menulis point-point penting untuk sesuatu penyakit. Penyakit ynag dimuatkan pula adalah yang lazim dijumpai di hospital. Bacaan yang ringkas, mudah dibaca dan sesuai sebagai bacaan awal. Harus diingat buku ini diterbitkan di UK jadi jadual vaksinnya mengikut negara berkenaan.
2. Royal Children Hosp Melbourne Paediatric Handbook library loan, bought online for AUD 34?
Sesuai untuk rujukan pantas semasa dalam wad. Kecil, mudah dibawa dan bagus untuk pelajar perubatan local kerana berasaskan sistem kesihatan australia. 95% isi klinikal - bagaimana mahu mengurus pesakit dengan pelbagai presentation/masalah.
3. Paediatric skills - nursing Library loan
Saya amat suka buku ini kerana penjelasan menggunakan bahasa pendek dan mudah sesuai untuk jururawat kanak-kanak. Tapi sebab utama ia bagus untuk pelajar perubatan ialah ia mengajar teknik/ cara memeriksa bayi/kanak-kanak dengan lebih baik, ringkas dan terperinci. Sangat bagus untuk memperbaiki teknik memeriksa kanak-kanak.
4. Paediatric clinical skills Library loan
Buku ini juga seronok untuk dibaca kerana lebih bersifat personal. Penulisnya seakan-akan berkata-kata dengan anda dan tips-tips diberikan berpandukan pengalaman penulis sebagai pakar dalam bidang ini. Sesuai untuk melengkapi pengetahuan medikal yang didapati daripada buku paediatric skills-nursing diatas. Bacaan ini menjadi lebih bermakna apabila anda membandingkan ilmu dan tips yang diberikan dengan pemerhatian semasa di wad.
5. Case files Paediatrics Bought online used AUD10
Seperti biasa siri case files ini merupakan pilihan saya. 60 kes penting di wad boleh dipelajari dengan mudah dan menarik berbanding membaca buku teks tebal biasa. Rawatan/pengurusna yang disarankan adalah daripada skop besar dan tidak spesifik. Contoh antibiotik jenis amoxycillin oral tapi tidak dinyatakan dosnya. Mengikut sistem kesihatan Amerika syarikat. 5 bintang!
6. Illustrated textbook of paediatrics Bought in store RM 200?
Buku ini bewarna warni, dan tidak mempunyai penjelasan yang berjela. Sesuai untuk rujukan penyakit tetapi bukan untuk pengurusan klinikal. Saya jarang menggunakan buku ini kerana tidak sempat. Kesimpulannya, biasa sahaja bagi saya.
7. Nelson textbook of paediatrics Bought in store RM200?
Buku ini tebal dan seperti buku rujukan medical tetapi dalam konteks kanak-kanak. Saya rasa hanya sesuia untuk rujukan sekali-sekala dan tidak berapa produktif dan time-effective untuk pelajar klinikal.
8. Diseases of children Library loan
Buku ini kecil dan amat menarik hati kerana gaya bahasa yang klassik. Buku ini diterbitkan pada tahun 1945 dan rawatan ubatannya nyata berbeza dengan sekarang. Walaubagaimanapun penjelasan dapatan tanda-tanda klinikal (signs) pada pesakit mengajak saya berfikir dari sudut yang berbeza lantas mengubah cara saya memandang sesuatu penyakit. Setelah saya membaca beberapa helaian daripada buku ini saya merasakan buku-buku rujukan kanak-kanak sekarang terlalu overloaded sehingga terlepas menekankan point-point utama yang sebenar.
Sekian, semoga bermanfaat
0 comments:
Post a Comment