بسم الله الرحمن الرحیم
Assalam alaykum semua,
Seperti sebelumnya, kami diberikan orientasi mengenai selok belok wad, klinik, bilik rehat dan sebagainya. Seterusnya, "midwive educator" atau cikgu bidan terlatih (memiliki ijazah sarjana universiti) mengajar kami teknik memeriksa kedudukan bayi (abdo palpation) dan mengagak bahagian bayi yang berada di ruang pelvis ( tiada terjemahan dalam bahasa melayu tetapi dalam bahasa mudah ialah lingkungan bahagian badan yang meliputi tulang pinggul ke kawasan kemaluan) Seterusnya kami diberi tutorial ringkas mengenai proses kelahiran normal dalam konteks klinkal. Keseluruhan sesi orientasi mengambil masa dua jam setengah sahaja.
Untuk pengertahuan, menariknya di hospital ini, pelajar perubatan dianggap sebagai "agak setaraf" dengan doktor bertauliah. Sebabnya kami diberi pager setiap satu supaya mudah dihubungi, diberi akses persendirian sistem maklumat "online" dalaman hospital termasuk nota pesakit, keputusan radiograf, USS dan sebagainya, sistem preskripsi ubat-ubatan mahupun jadual waktu bedah. Kami juga diberi akses untuk sistem maklumat luar bandar serta semua kelebihan akses perpustakaan dan database hospital kerajaan di sini. Hebat bukan! Jadi, di jabatan ini kami diberi akses secara percuma bagi "perinatal pack" di website ini : http://www.intellilearn.com/ yang bernilai $125 AUD atau dalam MYR 375 setahun. "Inilah kelebihan belajar di negara maju " detik hati saya. Pada rakan-rakan lain yang mahukan akses percuma berkenaan asas fetal surveillance bolehlah melayari website ini RANZCOG FESP .
Rasanya cukupla sampai sini, sampai jumpa lagi
0 comments:
Post a Comment